Ketika saya mula-mula datang dulu, saya diberikan bilik penginapan di MSU (Moscow State University) bersama pelajar. Selepas seminggu barulah saya mendapat bilik penginapan pensyarah.
Ketika duduk di penginapan pelajar, saya berkenalan dengan seorang pelajar Kyrgistan. Namanya Agym. Dia duduk di sebelah bilik saya. Dia seorang muslim, pandai membaca al-Quran tetapi liat untuk sembahyang.
Tiap-tiap malam saya akan berbual dengan dia sama ada dia datang ke bilik saya atau saya datang ke biliknya. Ketika saya sudah berpindah ke bilik pensyarah pun, Agym selalu datang ke bilik saya.
Kesempatan ini, saya gunakan untuk berbual dan memahami cara berfikir orang “Tan-Tan” ini. Sebelum itu , mari kita kenali sedikit mengenai geografi Asia Tengah. Asia Tengah adalah sebuah kawasan yang terkurung daratan di Benua Asia.
Asia tengah merangkumi bekas negara Soviet seperti Kazakhstan, Kyrgiztan, Uzbekistan, Tajikistan, dan Turkmenistan. Asia Tengah telah lama menjadi wilayah perdagangan antara Tiongkok dan masyarakat Barat. Pada hujung abad kelima, kebanyakan wilayah ini perlahan-lahan dijajah oleh Kekaisaran Rusia dan Kerajaan Tiongkok.
Semasa abad ke-20, kebanyakan wilayah di Asia Tengah merupakan bagian dari bekas negara aliran komunis Soviet. Negara-negara ini mula berpecah kembali pada tahun 1991.
Kyrgyzstan pula sebuah negara yang dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, ia bersempadan dengan Kazahstan, Uzbekistan, Tajikistan dan China. Islam ialah agama utama di kawasan ini, dengan kebanyakan mereka merupakan orang Islam Ahli Sunnah bermazhab Hanafi
Di Kyrgistan terdapat kaum Oshk dan Biskek yang saling bertentangan. Orang Oshk seperti orang Uzbek, mudah dan mesra tetapi orang Biskek agak moden dan banyak terpengaruh dengan Rusia.
Di antara negara “Tan-Tan” ini, Turkeministan adalah negara paling kaya kerana minyak terdapat di sini. Bandarnya bernama Askabat. Walaubagaimana pun, negara ini tidak ada internet. Polisi negaranya tidak membenarkan ansir-anasir luar masuk ke dalam negara ini.
Menurut Agym lagi, antara negara “Tan-Tan” ini, Ubekistan paling kuat ketenteraannya. Di Uzbek, lebih 50% orang Tajikistan
Orang Kazakhastan pula tidak suka Uzbek. Mereka mengatakan negara mereka yang lebih maju dan baik dari Uzbek. Negara Kazakhastan negara yang agak moden.
Orang Kazakastan dan Kurgistan sama budaya. Mereka dahlulu orang Nomad, berpindah randah, tetapi orang Uzbek tidak, mereka memang masyarakat yang duduk tetap. Perempuan di Uzbek sangat taat pada ayah dan suami. Mereka tak seperti negara “Tan-Tan” yang lain.
Agym kemudian tersenyum pada saya,
“jika nak kahwin dengan orang Uzbek, bukan ambil hati perempuan itu, tapi kena ambil hati ayahnya. Sebab, dia akan turut kata ayahnya”
Di Kyrgistan terdapat 80 etnik dengan bahasa yang berbagai. Di Rusia ini pula terdapat 120 etnik.
Di Azerbaijan, Georgia Checnya pula, di panggil orang Kafkaz. Negara di sini keadaannya panas. Asyik perang sahaja.Chechnya dan Digistan adalah kawasan pergunungan.
Bagi Tajikistan, pula, mereka kebanyakannya bangsa Farsi. Mereka dan Iran sama dan banyak juga fahaman Syiah di sana.
Antara negara “Tan-Tan” ini, yang paling kuat agama ialah orang Tataristan dan Checnya. Orang Checnya baik hati tidak minum arak. Lepas solat jumaat mereka ada pengajian dan tazkirah.
Turkistan sekarang bawah china. Di sebut orang Uigur (ooi guur).Di sini ada bandar Kashkar, bandar lama. Orang di sini bercakap dengan bahasa Turki yang lama. Mereka semua Islam tetapi negara mereka diletakkan di bawah jajahan China.
Inside Kurgistan.
Saya bertanya pada Agym mengenai budaya orang Kyrgistan. Dia menceritakan mengenai budaya perubatan di sini. Kalau orang demam akan datang imam dan membacakan doa. Mereka ada kepercayaan mengenai sihir dan Ain. Kalau patah, mereka ada urut dan picit.
Kawasan Negaranya pergunungan. Jadi banyak emas, uranium.
Orang tua-tua di sini ramai yang masih sokong Stalin. Sekarang ini, sedang berlaku krisis ekonomi, orang- orang tua mereka berkata “kalaulah ada Stalin..”
Budaya orang tua melepak juga ada di Kyrrgistan. Orang tua akan duduk di tepi jalan sambil minum teh, cerita pasal politik, krisis dan sebagainya. Di masjid ada orang cerita pasal politik juga. Kadang-kala dimarah oleh Imam.
Semakin lama saya berbual, semakin saya rasakan ada kesamaan dengan orang Melayu. Memang, ketika saya di Uzbekistan tahun lepas, saya bertamu di rumah orang Uzbek, saya tidak duduk di hotel. Mereka seakan orang Melayu, budaya lembut dan hormat orang, suka membantu dan mesra.
Inilah bangsa-bangsa Muslim di dunia. Di satukan dengan akidah dan diselaraskan dengan syarak.
Malam 31 Mac, lepas Maghrib, Agym menjemput saya ke biliknya. Dia membuat kenduri kecil-kecilan sempena perpisahan dengan saya. Dia memasakkan nasi minyak ala Kyrgistan. Walaupun mereka makan roti, tetapi dia berusaha memasak nasi sebab dia tahu kita orang Malaysia makan nasi. Di akhir perpisahan, Agym memberitahu saya
“jangan lupa saya, nanti kita berhubung dengan email”.
Saya menganggukkan kepala dan tersenyum. Semoga bertemu lagi sahabat. Dengan ucapan salam, kami berpisah untuk sementara.
Demikianlah umat Islam, disatukan dengan akidah, syariat dan akhlak. Gabungan tiga ini lahirlah ukuwah. Dengan ukhwah lahir kasih saying, dengan kasih sayang lahirlah perpaduan dan dengan perpaduan lahirlah kekuatan. Segala-galanya bermula dengan kesatuan iman.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah308,
Hostel Kahovskaya Moscow Medical Academy
1 April 09 jam 11.00 pagi
Kenangan hari akhir di MSU
kenangan di hadapan bilik saya
Agym menbuat kenduri kecil meraikan saya
Dari kanan, Agym, Bolot dan saya
Nasi minyak Kyrgistan. Memang berkuahakan minyak
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
3 comments:
Assalamualaikum Ustaz. Menariknya cerita Tan-tan ni. Satu penambahan pengetahuan dan ilmu . I find it interesting dan amusing! Sebab dulu dalam cerita P. Ramlee je ada sebut negara2 ni. Boleh quote ye, cerita kat kawan-kawan!
salam ustaz....sy baru terpanggil untuk memberi komen...
rupa kawan2 ustaz tu mcm muka orang cina...kalau tak tahu asal diorg mesti ingat muka orang cina
budi yang baik dikenang juga..;p
ustaz saya dah praktikel kat mahkamah ..
Post a Comment