Saturday, April 18, 2009

Universiti Kehidupan 57 – Memahami Gelombang Kehidupan

17 April 09, saya dijemput untuk menyampaikan kuliah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid di Pantai Dalam. Ustaz Affandi, Imam Masjid ini merupakan kawan saya ketika di Maahad Muhammadi Kelantan. Setelah selesai solat, setiausaha Masjid bangun dan memberikan pengunguman yang panjang.


“Tuan-tuan sekelian, saya selaku setiausaha masjid ini ingin mengisytiharkan….”


Hati saya berbisik, “aik! Macam nak pengunguman keputusan tengok anak bulan pulak.”


“Imam kita yang juga juru nikah dari kariah kita akan bercuti selama enam bulan dari tugasnya. Jika tuan-tuan hendak berurusan mengenai soal nikah kahwin, bolehlah berurusan dengan juru nikah kariah berdekatan”

beliau menyambung.


Pengunguman ini diulang-ulang hingga hampir lima minit.


“Alamak, apa dah jadi?” Bisik hati saya. Saya terus berdiri dan menunaikan solat sunat.


Orang ramai mula berkumpul di luar. Mereka berkumpul mengelilingi Ustaz Affandi.


“Kenapa ustaz? kenapa?”, mereka bertanya.


“Ana kena fitnah sebenarnya. Ada orang buat aduan pada JAWI ana susah nak ditemui untuk menikahkan orang. Bayangkan, ana di sini baru dua bulan sudah menikahkan lebih 300 pasangan. Macam mana ada orang aduan ana payah nak nikahkan orang”, jelas Ustaz Affendi.


Salah seorang jemaah menyampuk:-


“Tapi ustaz, ana rasa sebab lainlah, ana rasa sebab ustaz mengajar keras sangat kat sini. Jadi ada orang tak suka, orang cari pasallah”.


“Ye..ye ..ye..,” kenyataaan itu dibenarkan oleh beberapa jemaah yang ada di sekeliling Ustaz Affandi.


Setelah hampir 20 minit berbual, saya meminta izin untuk pulang. Saya salam Ustaz Affandi, saya peluknya dan bisikkan ditelinganya,


“Sabarlah”


Itu sahaja yang mampu saya ucapkan.


Inilah kehidupan. Tidak semua orang menyukai kita. Jika ada 10 orang yang memuji, akan ada lima orang yang mengeji. Jika ada 10 orang yang bersetuju dengan kita, akan ada 5 orang yang tidak bersetuju. Lebih parah lagi, jika tidak sependapat itu diapi-apikan syaitan, maka akan jadilah perpecahan, fitnah memfitnah, kata mengata, aib mengaib dan sebagainya.


Menyentuh mengenai fitrah, ia merupakan satu gelombang yang dahsyat. Seseorang itu tidak akan mampu melawan fitnah yang melanda dirinya.


Oleh sebab itulah, di dalam al-Quran Allah mengajar kepada Siti Maryam, ketika dia menghadapi fitnah kaumnya yang dahsyat, agar Maryam tidak berkata apa-apa. Biarkan orang yang mengata dan nanti Allah sendiri yang akan membela. Pembelaan Allah akan datang dengan berbagai cara.


Selain itu, apa panduan kita yang mendengar sesuatu fitnah ini? Jika kita yang mendengar dan kita tidak tahu adakah ia betul atau tidak, maka hendaklah kita diam dan jangan mengulas apa-apa


Rencam fitnah paling lama tujuh tahun. Kita lihat kisah Nabi Yusuf yang terfitnah kemudian terpenjara. Setelah tujuh tahun maka, Allah akan tunjukkan kebenarannya.


Jadi, paling lama fitnah itu akan bertahan selama tujuh tahun. Kita yang mendengar dan betul-betul tidak tahu, kita boleh tunggu. Paling lama tujuh tahun. Paling cepat, sepintas lalu dan kebenaran terus Allah tunjukkan.


Jika setelah tujuh tahun, dia tidak terbela, dan kebenaran tidak juga timbul, maka memang sungguh dia melakukan seperti yang dikata.


Tetapi, jika seseorang itu benar-benar terfitnah, maka paling lama tujuh tahun, pasti kebenaran itu akan timbul dan nampak.


Kita berdoa agar Allah menghindarkan kita dari terkena fitnah. Kita juga meminta agar Allah sentiasa membimbing kita untuk selamat dikehidupan di dunia ini, dan lebih-lebih lagi di akhirat. Sesungguhnya, fitnah itu lebih besar dari membunuh. Hari ini, jika seseorang membunuh orang lain, maka orang itu mati dan tiada dilihat lagi oleh orang. Tetapi, orang yang terfitnah, tetap wujud di tengah masyarakat dengan malu dan dihina.


Semoga, kita sentiasa dilindungi oleh Allah, amin..


“Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat”


Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Taman Impian Emas, Skudai Johor

18 April 09 jam 2.30 pagi.

12 comments:

Leenoh said...

Salam.
Saya juga bersimpati dengan Us.Affandi.Kalaulah benar kata ahli jamaah tersebut.bermakna perkembangan Islam dihalang oleh orang kita sendiri.

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

Pasal Ustaz Affandi tu, ini baru cerita sebelah pihak. Kita tak tahu cerita pihak yang satu lagi. Lagipun cara kesimpulan dibuat adalah dengan cara andaian. Ini pun tak boleh diterima sebagai hujah.

Pasal 7 tahun fitnah yang ustaz amin cerita pula. Apa dalilnya ? Jangan main cakap jer tanpa bagi dalil. Macam mana orang nak percaya benda yang tak ada dalil.

Jika ada tunjukan. Jika tak ada, jgn ckp. Jika ada tetapi tak tunjukan, ini juga salah. Secara tak langsung ustaz mengajar anak murid untuk mempercayai ustaz tanpa dalil.

Lama-lama Ayah Pin pun akan jadi hebat semula.

Jadi kepada ustaz amin. sertakan dalil. Secara tak langsung, pembaca dah terlatih dgn dalil2 dan rujukan2.

Ustaz cakap 7 tahun. Katakan lepas tujuh tahun ustaz yang terkena fitnah tadi dipandang hina. Apa pandangan ustaz ? Adakah ustaz nak jatuhkan hukuman kepada orang yang tak bersalah.

Secara tak langsung, ustaz sendiri sudah sediakan platform fitnah untuk masa depan.

ibnu_maulub said...

ustaz dapat tak al-maidah yang saya email kat ustaz tu...??

Anonymous said...

salam ustaz...sy sedikit sangsi la ngan kenyataan ustaz yg ini:

"Jika setelah tujuh tahun, dia tidak terbela, dan kebenaran tidak juga timbul, maka memang sungguh dia melakukan seperti yang dikata"

kalo benar-benar seseorng tu tak bersalah, setelah tujuh taun, kebenaran masih blom timbul gak..mcm mana tu ustaz?..pada hal, die mmg yakin tak bersalah..

Hunny said...

Salam Ustaz,

Saya pun kurang setuju dengan penulisan ustaz mengenai had tempoh fitnah paling lama adalah 7 tahun. Kebenaran disandarkan kepada masa, bukan keterangan/bukti? Ini bertentangan dengan cara pembuktian dalam perundangan syariah. Need to justify your opinion on this.

Shahabudeen Jalil said...

Alhamdulillah. Pembaca blog sudah jadi lebih kritis berbanding dulu dok angguk saja.

Ustaz Amin perlu lebih berhati-hati.

Ustaz Amin said...

Maaf lambat respons. Semalam saya ada program di Johor, balik ke KL terus ke Penang menguruskan kemasukkan anak yatim ke kolej Ihsaniah.

Untuk Hani, saya berkata atas dasar orang awan. Sebagai pengamal undang-undang, ia mesti di adili. Tapi saya membincangkan cara berfikir untuk orang awam.

Dua tahun lepas, ada seorang ustaz dari TV 3 yang difitnah dengan mencabul. Orang yang mengenalinya heboh. Sahabat dari TV3 sendiri ada menghubungi saya bertanyakan hal ini.

Pihak polis selaku penguatkuasa undang-undang wajib dan telah menyiasat, tetapi terbukti tidak benar. Adakah orang awan mengikuti kes ini? mereka hanya ikut yang pertama dan seterusnya tidak. Setelah setahun masih terus dibualkan orang.

Saya bercakap atas dasar orang awam yang mendengar. Apa yang perlu kita buat selaku orang awam.

Jangan terikut arus. Paling kurang, tunggu dan lihat.

Bagi yang lain, saya akan bahas tajuk fitnah ini di dalam entri khas insyaAllah.

Shahabudeen Jalil said...

Ustaz tak menjawab isu pun.

Isu orang awam atau perundangan sama saja. Perundangan tu untuk orang awam dan Orang awam menggunakan perundangan.

Saya rasa adalah baik jika ustaz edit saja artikel ini kerana tak ada hujah dan dalil kukuh pasal mitos 7 tahun ini.

Jangan buai pembaca dengan cerita-cerita begini. Berpijaklah pada bumi nyata, dan bercakaplah berdasarkan fakta.

cuba baca wawancara Dr. Mahmood Zuhdi ini berkenaan Fitnah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Jika kita baca buku orang-orang intelek atau baca wawancara mereka. Kita boleh lihat bahawa tak ada hujah2 seperti ini.

Cuba baca Tafsir Al-Azhar Hamka.

Shahabudeen Jalil said...

apsal dua2 posting nie bergabung pulak nie ? apa maksud ustaz nie ?

Anonymous said...

Setuju juga dgn pendapat ustaz Shahabudin Jalil pasal ustaz Affandi. Kita perlu medapatkan kepastian cerita dari JAWI berkaitan beliau.

Memang ada segelintir ustaz yg menurut org awam ustaz tersebut difitnah. Tapi sebaliknya bukan fitnah tetapi sesuatu yg realiti.

Kadang2 org suka hukum Jabatan Agama halang org berdakwah. Tapi kalau penyampaiannya keras, asyik utamakan politik dari Islam tu sendiri..apa kesnye.

Tapi lebih suka kalau ada ramai orang yang penyampaian nya seperti ustaz Amin lagi bagus.

Kepada Leenoh, sebenarnya ramai orang nak berceramah dan berdakwah ada yang telah berceramah tetapi menipu sijil pengajian dan pelbagai kes. Cuba2 leenoh risik mana2 jabatan agama kenapa ada yg mohon mengajar atau sebagainya tapi gagal mendapatkanya atau di rehatkan.

Kepada Ustaz Affandi, Didoakan semoga tabah. Kalau kita berada dipihak yg benar, Yakinlah Allah bersama anda. Tapi kira sebaliknya, anggaplah itu sebagai kelamahan kita sebagai hambaNya. Yang sempurna itu Allah. Sama-sama yg kurang itu diperbaiki. Yang penting Ustaz mendapat pahala dan kebaikan kerana 300 pasangan telah dinikahkan....:-).

Shahabudeen Jalil said...

Minta maaf, saya bukan ustaz.

Kpd anonymous, bagus sekiranya anda meletakan nama untuk memberi komen. baru dipanggil berani.

satu lagi perkara yang bermain di fikiran saya..

Hebat ustaz affandi tu kerana berjaya nikahkan 300 pasangan dalam masa 2 bulan.

Jika betul maklumat ini. Ustaz ini secara purata telah nikahkan 5 pasangan dalam masa sehari setiap hari selama 2 bulan berturut2.

Jika diambil kebiasaan orang berkahwin di hujung minggu. ada 8 minggu dlm 2 bulan. Katakan kita ambil 2 hari untuk satu hujung minggu. Jadi ada 16 hari.

Jadi ustaz itu telah nikahkan 18-19 pasangan sehari.

Anda fikir logik ke untuk kahwinkan 5 pasangan sehari selama 2 bulan berturut2 ? ataupun anda percaya ustaz itu dapat nikahkah 18-19 pasangan dalam sehari ???

Betul2 musim orang berkahwin sepanjang 2 bulan ustaz ini menjadi juru-nikah.

Jika salah maklumat ini. Ustaz Amin perlu bertanggungjawab atas sebaran maklumat tidak betul. Atau dengan bahasa ringkas, menyebarkan pembohongan.

Anti buden said...

nyampah pulak aku bace komen si budin nih...ko xyah komen bole x...pedulik ape ustaz tu nak letak entry ape pon..blog die...nak bace, bace jela...nak tunjuk pndai dalam blog seniri ye...jgn nak menyemak kat cni....sssshhh..sshhhh...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...