14 April 09, pukul 3 petang, saya menghadiri mesyuarat terakhir membincangkan program kembara Tebing Barat.
Dengan izin Allah, saya bersama enam yang lain teramasuk Bil Hikmah Production, akan terlibat dengan satu program kembara ke Jordan dan Palestin. Kami akan mula bertolak pada 22 April 09 ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato' Yahya Jalil, pengerusi Gerbang Perdana di pejabatnya.

Dato' Yahya membahagikan al-Quran yang dicetak oleh Yayasan Restu kepada kami. Ia untuk diwaqafkan di Baitul Maqdis. Ada hadiah-hadiah dari Malaysia juga yang dibawa untuk diberikan kepada orang di sana.
"Yang ini daun trup. Ada gambar-gambar Malaysia. Jadi, dia orang boleh tengok gambar-gambar Malaysia di sini" kata Dato' Yahya.
"Kita bagi polis yang jaga kat sana, biar dia orang lalai sikit", kami semua tergelak mendengar celoteh Dato' Yahya.
Saya akan bersama rombongan hingga 4 Mei 09. Kemudian, saya akan ke Turki untuk membuat satu MOU dengan sebuah tempat pengajian di sana. Jika diizin Allah, anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah yang terpilih, akan mengikuti program hafalan al-Quran di sana.
InsyaAllah, kita akan berkongsi pengalaman nanti. Saya akan cuba membawa sebanyak mana buku-buku dari sana untuk kita kongsikan. semoga boleh diterjemahkan dan kita manfaatkan. Banyak perkara yang kita tidak tahu sebenarnya mengenai sana.
"Diari, Merakam Sejarah, Mencatat Kenangan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
Putra Height 15 April 09, jam 8.25 pagi

Semoga dipermudahkan Allah.
1 comment:
Salam ustaz,
Selamat mengembara ke Tebing Barat. Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa rakam sejarah dan catat kenangan ek?
Post a Comment