Tuesday, July 17, 2012

Universiti Kehidupaan 228 – “Tidak Ada Kebetulan Di dalam Hidup Ini…”

16 Julai 2012, jam 2.15 petang saya dan krew Jejak Rasul dalam perjalanan ke Mekah.

Pemandu kami, Abang Khalid sedang sibuk dengan telifonnya mencarikan tempat tinggal buat kami.

Rupanya, perjalanan kami belum menempah apa-apa hotel atau tempat tinggal lagi.

“Di sekitar Masjid Haram memang penuh dah” kata Abang Khalid.

Saya memang memahaminya kerana dua sebab:-

1. Hampirnya bulan Ramadhan, ramai orang dari berbagai negara turun untuk menunaikan umrah

2. Kerana banyak hotel di sekitar Masjid al-Haram telah diruntuhkan

“Kita duduk Aziziah, lebih kurang dua kilometer dari masjid Haram, nanti kalau nak “shooting” boleh hantar naik kereta” kata Abang Khalid.

Idea yang bagus, tetapi agak payah sikit di dalam bulan Ramadhan kerana jalan di sekitar masjid al-haram akan selalu ditutup di bulan Ramadhan. Kalau tutup, kereta tak boleh masuk dan kami akan terpaksa berjalan jauh nanti.

Terbayang dengan panas terik, memikul peralatan pengambaran, berjalan di tengah panas berbahang yang mungkin lebih 50 darjah celcius.

“agak mencabar tu..” bisik hati saya

Saya mengambil telifon saya. Mencari nombor Abang Arshad, orang Malaysia yang telah lama terlibat di dalam hal ehwal hotel di Mekah ini.

“Assalamulaikaum bang..” saya memulakan bicara.

Saya bertanyakan hotel sekitar masjid al-Haram.

“Memang penuh ustaz, kalau ada duit sekarang ni pun tak guna, sebab hotel penuh, tapi  saya ada ambil bilik, ada dua bilik, dalam 300 meter dari masjid al-Haram, di Ajyad..”kata Abang Arshad.

Sebenarnya, abang Arshad baru sahaja mengambil bilik terakhir ini untuk jemaah yang akan datang ke masjid haram bagi hujung Ramadhan.

Tak sangka, rupanya ia untuk kami bagi awal Ramadhan ini.

Saya meminta Abang Khalid menghantar kami ke kawasan Ajyad,

“Kami tengok dulu boleh..?” tanya saya pada Abang Arshad.

“Boleh, marilah..”

Setelah melihat bilik, kami semua bersetuju.

“Alhamdulillah.”, saya menarik nafas lega

Memang ikut logik akal, hampir mustahil jika nak bulan Ramadhan, kita akan dapat bilik sekitar al-Haram secara mengejut, lebih-lebih lagi dengan hotel yang telah banyak runtuh.

Petang ini, sekitar masjid al-Haram jalan ditutup, ia latihan untuk bahagian trafik al-Haram melihat dan mengatur lalulintas pada bulan Ramadhan.

Kalau kami duduk di Aziziah, bermakna kami perlu berjalan lebih satu kilometer jika jalan ke masjidil Haram di tutup.

Petang ini selepas tawaf, sambil menunggu waktu Maghrib saya memandang kaabah..

“Terima kasih Allah” bisik hati saya.

“Semuanya dalam percaturanMu..”

Memang, tidak ada kebetulan dalam hidup ini, semuanya di dalam percaturan Allah yang Maha mencatur hidup mahluk.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Makkah Mukarraamah

17 Julai 2012 jam 6.30 pagi

P1000474

Abang Arshad, sebelah kanan saya.

1 comment:

yayayuyu said...

salam ustaz..mmg tiada kebetulan dlm hidup ini..semua Allah dh tentukan..sekadar perkongsian,smlm masa saya mngemas cadar bilik,terdetik dalam hati untuk membeli cadar yang baru kerana cadar yang ada sudah uzur..tiba-tiba suami balik dari sekolah dan yang paling terkejut dia bagi cadar yang baru yang dia dapat hadiah sempena ceramah isra dan mikraj..ya ALLAH besar kuasa Allah..Allahurabbi,syukur sangat..dan iainya bukan kebetulan,sudah ketetapan Allah..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...