Saturday, July 21, 2012

Diari 391 – “Bicara Mengenai Susu Unta Dan Fakta Mengenainya…”

18 Julai 2012, (2 hari sebelum puasa) turun dari Gua Hira, kami terus menuju ke Hudaybiah.

Dengan keadaan badan yang tidak selesa kerana semalaman berada di gua hira’ kami terus ke sana untuk menyelesaikan urusan rakaman.

Jam di tangan saya menunjukkan pukul 9.30 pagi, tapi matahari musim panas di tanah suci ini suduh mula membakar kulit.

Sampai di Hudaybiah, kami sarapan pagi dan mula membuat pengambaran mengenai unta di sini.

Binatang yang digelar oleh orang Arab sebagai “Safinah al-Sakhra” (bahtera padang pasir) memang terkenal dengan kekuatannya menahan panas dan boleh berjalan tanpa minum sehingga berbelas hari.

Saya dan Fitdri diberi peluang untuk memerah susu unta.

Selepas itu, kami bergilir merasa sendiri susu unta.

Menurut Imam al-Tabari, susu unta mempunyai kepanasan dan ubat, bagus untuk ubat buasir, dan menguatkan tenaga jimak (rujuk Kitab Mukjizat al-Tadawi Bil Alban Wa Abwal al-Ibil, halaman 13)

Selain itu, bagi orang yang susah tidur, secawan susu unta ditambah dengan sesudu madu akan menjadikan sistem badan seimbang dan akan menjadikan tidur lebih lena (ibid. halaman 25)

Kajian oleh Dr. Ahmadani mendapati susu unta dapat menurunkan kadar gula bagi pengidap kencing manis kerana susu unta terdapat hormon insulin (ibid. halaman 27).

Bagi daging unta pula, ia satu-satunya daging yang bebas dari kolestrol (ibid. halaman 45)

Beberapa fakta mengenai unta (ibid. 111)

1. bilangan unta di dunia mencecah 15 juta ekor dan di Arab Saudi hanya 5 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan iaitu lebih kurang sejuta ekor.

2. Jenis yang terdapat di Arab Saudi ialah jenis “al-Majahim” iaitu untuk susu.

Sebenarnya banyak lagi boleh diperkatakan mengenai unta ini, dan kalau saya mahu masukkan semua fakta mengenainya saya terpaksa merterjemahkan kitab rujukan 130 halaman yang saya rujuk seperti di atas.

Pengambaran habis hampir jam 12 tengah hari…

P1000487

Punyalah panas sekarang ini sampai tak tertahan rasanya, tapi unta binatang yang tahan panas dan dia tidak akan menjelirkan lidahnya kerana kehausan seperti binatang lain

P1000533

Saya dan Fitdri berpeluang untuk memerah susu unta.

P1000537

Lepas itu, kami saling jamah sikit

P1000538

Rasanya, mmmm, tak tahulah, kena rasa sendirilah..

P1000540

Unta makan rumput kering dan seminggu sekali ia perlu diberikan garam untuk ia minum, sama macam lembu juga.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

21 Julai 2012 jam 10 pagi

2 comments:

Anonymous said...

Suka tngok mata unte, & muka dia , nampak tenang & sabor aje.

al fateh said...

Askm, dulu masa umrah dan haji saya minum susu unta tapi yang telah disejukkan dalam fridge.
BTW, good info ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...