Saturday, February 6, 2010

Jawapan Pada Persoalan 94

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan

BMC Ustaz, dlm syariat Islam, mcari harta utk menambahkn ekonomi keluraga, mgurangkn kefakiran org & bukan utk bmegah2, manakah > baik bg seorg perempuan, Adakah mganggap pekerjaan itu 1 ibadah @ sunnah, maka ianya > baik dr duduk di rumah beribadat samada bekerja (bgaul lelaki di ofis, bhias dsb) atau duduk shj di rumah dan myerahkn urusan ekonomi kpd suami shj. 2010-01-29 8:50 AM

Jika untuk membantu keluarga di atas keterbatasan suami, maka harus cuma kena jaga syariat di dalam bekerja

Ceby Ustaz, bolehkah kita gunakan kad american express yg merupakn caj kad & bukan kredit kad 2010-01-29 8:43 AM

boleh

Ceby Ustaz, dlm solat bjemaah, sy hanya sempat rukukrakaat pertama bsama2 imam tanpa sempat baca fatihah, adkah sy dikira dpt rakaat 1 tsbt. Bukankah Bukankah bacaaan fatihah itu wajib dibaca 2010-01-29 8:41 AM

Jika terlambat, kita dikatagoerikan sebagai orang yang masbuk. Untuk rakat pertama, maka fatihah kita akan ditanggung oleh Imam dan jika kita sempat rukuk dan toma’ninah bersama-sama imam dikira sudah mendapat rakaat.

Ceby Bgmn pulak jk makmum hadapan yg keluar dr saf, adkah kita yg duduk di belakang yg kena bpindah ke hdpn @ biarkan barisan tsbut yg betulkan saf tsbt 2010-01-29 8:40 AM

Jika orang disebelahnya tidak merapatkan saf, maka kita yang belakang masuk ke hadapan

Ceby Ustaz, bgmn nak betulkn saf jika sdg bsolat. cthnya jk makmum sebelah kiri keluar saf, adakah sy yg kena gerak ke kiri juga utk smbg saf 2010-01-29 8:38 AM

Bergerak ke arah imam. (ketengah)

Ceby Ustaz, cam ne kita nak minta maaf pd org yg dah mninggal dunia atau dah x jumpa lg 2010-01-29 8:34 AM

Banyakkan bersedekah dan niatkan pada orang kita berbuat salah tersebut dan berbuat baik dengan ahli keluarganya

fys Salam, apakah yg perlu dbuat pd rambut yg tlh digunting / gugur? Dbuang begitu shj atau ada cara lain? T.k. 2010-01-29 8:23 AM

Diitanam

yanaB salam ustaz, nk tanya, ap hukum bg wanita yg melantangkan suara, spt dalam bedemonstrasi?? 2010-01-29 6:13 AM

Fatwa ahli feqah syubhat dan boleh jatuh haram. Jika dilihat dari sudut fatwa syiasah syariyyah, jika tidak ada pilihan, maka boleh dan diharuskan.

Lady1 saya pernah zina, xde sape tahu, kecuali Allah, sya dah bertaubat bnyk kali, mcam mana nak tahu taubat saya diterima dan Allah dah ampun kan saya. kini sya lbih kuat beribadat, buat bnyk sunat, & mgaji. Sya nak suci diri & hrp Allah ampun dosa zina saya,tp sya masih risau Allah, x diampunkan. 2010-01-30 8:07 AM

Minta ampun dan janji Allah, Allah akan maafkan orang yang bertaubat. Tanda taubat diterima ialah kita tidak mengulangi lagi perbuatan dosa, hati telah mula tenang dan telah mula merubah diri menjadi lebih baik

Hajib Salam Ustaz... Boleh tak ustaz beri sedikit ulasan pasal Tarekat? tq2010-01-30 5:37 AM

Tarekat bermakna “jalan”, iaitu jalan untuk mencari keredhaan Allah.

Guest Slm. bagaimana sy nak jemput Ustaz berceramah di kawasan saya 2010-01-30 1:23 AM

Boleh menghubungi PA saya  Aleeya 019-6003643

Guest Salam Ustaz, apakah hukumnya seorang ibu meminta anak menantunya bercerai kerana tidak sanggup lagi melihat anaknya menderita hidup dgn suaminya. 2010-01-29 10:39 AM

Ibu ayah boleh memberi nasihat tetapi tidak boleh mempengaruhi untuk mereka membuat keputusan.

makhluk Allah Salam, ketika hadas besar/kecil, bolehkah menyentuh bahagian luar (kulit) Al Quran tanpa mengangkatnya? 2010-01-29 8:52 AM

Boleh berdasarkan niat. Jika untuk membetulkan kedudukannya dari terjatuh, harus.

BMC Ustaz, perlukah kita memulangkn semula wang yg disogokkn oleh vendor @ kita sedekah kan kpd tempat lain 2010-01-29 8:52 AM

Dari awal jangan terima, kalau dah terima, pulang balik atau berikan pada baitul Mal sebagai wang tidak patuh syarak

(^_^) Ustaz, ada apa2 petua/amalan untuk mudah bangun awal sebelum waktu subuh..Niat di hati nak solat berjemaah& solat di awal waktu. 2010-01-31 3:22 AM

Kurangkan makan waktu malam dan bertaubat sebelum tidur. Satu lagi, tidur awal sikit…

ingin tahu ustaz,di mana saya boleh belajar mazhab ahlissunnah yang saya anuti?apa pendapat ustaz ttg syiah?bolah tak kalau saya dapat berbincang panjang dengan 2010-01-31 2:46 AM

Pondok,

Syiah aliran yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Doraemon Salam ustz, sy bermimpi dikejar pihak berkuasa.. ada apa2 makna kah? TQ 2010-01-30 2:18 PM

Ada rasa bersalah dalam hati

EYL30jan Kawan saya selalu tidur sebab rasa letih, nak bangun pun tak bermaya dan bila buka mata pening. Solat pun terlepas. Macamana nak buat ustaz? 2010-01-30 1:14 PM

Cuba bahagi waktu setepatnya, bahagi masa kerja, beribadah, beriadah dan sebagainya. Jaga makan..

Guest salam ustaz,perlukah sy m'gerjakan semula solat sy krn sy sering merasa was2 setelah selesai solat?adakah amalan2 yng perlu sy amalkan utk m'hilangka 2010-01-30 10:40 AM

Tak perlu, amalkan membaca surah An-Nas, insyaAllah

Guest salam ustaz,sejak akhir-akhir nie saya sering berasa was-was dgn solat saya..adakah perlu saya mengerjakan semula solat tersebut

2010-01-30 10:37 AM

Tidak perlu

AHLUSUNNAH 1412 SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA 2010-01-30 8:20 AM

Amin….

Lady1 hati sya sering tertanya, sya dh taubat, dh berubah, kena siksa juga dlm kubur & akhirat nanti? Blh ke ibadat sya skrg hapuskn dosa besar sya yg lalu? 2010-01-30 8:16 AM

Orang yang telah bertaubat dan diterima taubatnya seperti orang yang tidak berbuat dosa. Putih bersih di sisi Allah.

Memang salah satu mengikis dosa ialah dengan meningkatkan ibadah

Tetamu 6 DisemberAssalamua'laikum W.B.T. Persoalan saya mengenai pertemuan dua saudara, mengarahkan pipi ke sebelah kanan dan kiri, apakah ada perkara di sebalik 2010-02-01 6:54 AM

Budaya Arab sebagai menyatakan keakraban

Fish jjd Salam Ustaz Mintak tlg terangkan ada hadis ttg'..aku jd psangandari jenis kamu sendiri,supaya ..... Saya bertanya kerana suami saya baik jd saya tak takut saya jd perasan yg saya pun baik mcm dia,cth dia sabar saya krg sikit,dia lembut hati saya X,mcmana tu? Tkasih maaf ustaz yg saya maksudkan saya takut terperasan saya ni baik dan mengarah kepada riak,saya tersalah tulis td.Maaf. 2010-02-01 5:13 AM

Allah jadikan setiap perkara terbaik untuk kita. Kadang kala, dijadikan suami isteri baik, untuk kebaikan banyak pihak. Suami baik isteri kurang, untuk kebaikan isteri itu dan semua orang juga. Isteri baik dan suami kurang, untuk kebaikan suami dan semua orang.

Allah jadikan pasangan itu sesuai dengan keperluan manusia itu.

sym Adakah wajib menbayar zakat pendapatan bagi mereka yang tiada simpanan. 2010-02-01 3:21 AM

Tidak wajib

Guest saya bekerja di kedai serbaneka yang ada jual produk beer n rokok.tetapi selain tu majoriti adalah produk makanan dan minuman.halal tak gaji saya 2010-02-01 1:16 AM

Syubhat

Guest slm,cmner tnde ssorg 2 jdh kita stelah kita s.istiharah?klau dlm mmpi cmner situasinya?or dlm situasi slen dr mimpi?cmner ptunjuknya? 2010-01-31 6:38 AM

Setelah istikharah, petunjuk dari Allah boleh datang dalam pelbagai keadaan. Antaranya dalam mimpi atau diluar mimpi dan secara tiba-tiba naluri kita menjadi kuat untuk membuat pilihan

Guest slm ustaz,sy bt solat istiharah utk mntak ptunjuk brkenaan plhn jdh sy,2x dlm mmpi 2 de tnjk jdh yg sy mntk tuk kpstian,adkh tu org(jdh) yg sbnrnya? 2010-01-31 6:19 AM

Istikharah adalah minta panduan mana yang terbaik, belum tentu lagi ia jodoh kita, jodoh benar-benar jadi apabila memang telah akad

(^_^) sy ada mimpi. sy solat di suatu masjid.di sbelah tmpat sy solat. ada org tgh nazak.kmdian mninggal & jenazah ini diurus shingga slesai.apa maknanya ? 2010-01-31 3:27 AM

Ada masalah dalam hidup puan yang puan tidak perasaan telah diselesaikan

hazra terima kasih ustaz di atas segalanya..semoga ALLAH membantu setiap usaha ustaz. 2010-02-01 4:11 PM

Syukran, Amin..

azmi p.mas slm ustz.ada x doa atau amaln nk bg cepat dpt jodoh. 2010-02-01 3:58 PM

Doa banyak-banyak, dalam bahasa melayu pun tak apa

repek boy ustz.apakah bezanya niat atau nazar.perlukah d tunaikan klau niat ng bg sesuatu pd org. 2010-02-01 3:56 PM

Nazar mesti lafaz, kalau belum lafaz pada lisan belum jadi nazar

repek boy salam ustz.boleh tak niat solat tu sblm takbiratulihram sbb payah nak hadir niat dlm takbir. 2010-02-01 3:55 PM

Niat mesti dalam takbir, dia lintasan hati untuk solat

Gold Apakah hukum download video dari internet sedangkan vcdnya ada di pasaran.Adakah kita menzalimi orang yang menjual? 2010-02-01 12:48 PM

Kita tak zalimi orang yang menjual, yang mungkin kita terambil hak adalah penerbit

Guest apa hukum akaun pelaburan emas maybank dan public bank ust ? 2010-02-01 12:39 PM

Kalau akadnya Islamic, harus

Guest ustaz,solat sunat isyrak tu kira2 pukul brapa..t.kasih 2010-02-01 12:23 PM

Ada dalam kalender, sebab dia berubah mengikut waktu subuh

nur salam ustaz.. "bagaimanakah mendapatkan kekuatan untuk berubah?" 2010-02-01 12:09 PM

Sering berdoa kepada Allah dan kuatkan azam

as semase solat berjemaah, terasa ada makan didalam mulut?bagaimana hendak membuangnya? 2010-02-01 8:34 AM

letak ditangan kiri

Drew Salam ustaz, apa patut dibuat pada barang yang dibeli dengan hasil judi? Kalau buang bukan ke membazir? kalau bagi orang tak berdosa ke kita kerana memberi barang bukan sumber halal orang menerima plak berdosa ke kalau dia tau? kalau orang tak tau, apa hukumnya menggunakan barang tersebut 2010-02-02 6:21 AM

Apa-apa yang hasil dari judi adalah haram, jika ada yang mengambil dengan tidak tahu maka tidak dikira berdosa.

Cara melupuskan harta haram ialah berikan pada tempat yang boleh digunakan umum

bard ust,apa rukun khutbah jumaat?apa yang perlu disebut,baca? 2010-02-02 2:43 AM

Rukun Khutbah 5, Memuji Allah, selawat pada Nabi, membaca sepotong ayat al-Quran, memberi ingat untuk bertaqwa pada Allah dan doa untuk kaum muslimin sekelian

a'in ustas,nikmat iman terhakis dsebabkan dosa,walaupun dpelihara,adakan keimanan sseorg itu telah dtntukan,sbb duji brbgai sudut higa trhakis wlaupn djaga 2010-02-02 1:41 AM

Iman itukan sentiasa bertambah dan berkurang, bertambah jika orang meningkatkan amlaan dan berkurang jika seseorang membuat maksiat

aishah askum ustaz kawan yang baru mengugurkan kandungan 2 bulan adakah wajib ditanam 2010-02-02 12:08 AM

Wajib

Azam: Assalamualaikum ustaz;Adakah batal air sembahyang menantu bila besalaman dengan mentua ? 2010-02-01 4:31 PM

Tidak batal

azizah nur ustz..sy ada lg satu soalan bolehkah kita makan makanan yg di masak oleh org bukan islam?.. 2010-02-01 4:29 PM

Syubhat, elok elakkan

azizah nur ustz..apakah hukumnya jika bersentuhan kulit dgn bukan muhrim kerana sy berkerja sbg pem.klinik yg memerlukan sy membantu doc ketika memberi rawatan? 2010-02-01 4:23 PM

Dalam bab perubatan diharuskan jika sentuhan mengikut keperluan dan tidak menimbulkan syahwat

kusut Salam ustaz, wajibkah saya patuh dan taat pada suami yg jarang solat? 2010-02-02 2:51 PM

Wajib, tak wajib taat hanya jika suami mengajak berbuat maksiat

Ahmad Salam ustaz...saya ada utang ptptn,setiap bulan,ptptn kenakan 1%-3% bunga,saya rasa tertekan nak byr...apa hukum kalau sy byr jumlah yg sy pnjm shj... 2010-02-02 2:20 PM

Dari sudut Islam memang begitulah, tetapi dari segi kontrak dunia, tuan tak lepas

IDA Sy solat zohor, masa rakaat ke 2, org iqamat, so sya nak ikut solat berjemaah, so sy terus tahiyat akhir n ikut org jemaah. betul ke? apa cara terbaik 2010-02-02 11:37 AM

Tidak boleh membatalkan solat dengan sengaja

IDA Sy baru pts cinta.. Perlukan saya solat hajat agar bersambung semula? Sedih rasa hati saya.. 2010-02-02 11:28 AM

Mintalah yang lebih baik dari Allah

Hamba Allah Saya menerima wang ganjaran pencen (gratuity) RM 76,000 pada 05 Januari 2006. Adakah wajib dikeluarkan zakat apabila cukup tempohnya setahun? 2010-02-02 9:00 AM

Wajib jika ia jadi simpanan

kak nun selamat berjuang ustaz. memang sunah orang berjuang ada pahit manis. 2010-02-02 7:27 AM

Syukran , kak

Drew kalau orang yang menerima baru tahu, patutkan dia buang? rasanya cam tak abis soalan ni plak katalah barang yang diperolehi dari judi tu buat beli rumah ... bukan boleh buang plak

2010-02-02 6:23 AM

Gunakan untuk kegunaan umum

pakcik ustaz, kalau seorg janda kahwin dgn lelaki bujang dikira tak sekufu ke? salah ke kalau depa kawin? apa hukum menghalang depa kawin? 2010-02-03 9:04 AM

Tak salah

Guest ustaz, berdosakah kita kalau tak dapat nak memaafkan seseorang disebabkan terlalu terluka akibat disakiti? 2010-02-03 9:00 AM

Tidak berdosa, tetapi belajarlah memaafkan orang lain. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita terus memperbaiki diri

Guest saya ada simpanan ASB yg melayakan keluar zakat simpanan. bolehkah guna duit simpanan dari bank lain untuk bayar zakat simpanan ASB tersebut. 2010-02-03 8:31 AM

boleh

LELA USTAZ, SAYA NAK TAHU APA HUKUM MELABUR DALAM ASB

2010-02-03 6:43 AM

Harus, sudah ada fatwa

fys Salam, boleh ke mandi sunat tanpa basahkan rambut? 2010-02-03 3:31 AM

Boleh tapi sebaiknya basahkan semua seakan kita mandi wajib

tonet,Salam Ustaz... Ust, 3 th lps sy tlh bjanji utk mbela 5 ekor kucing sy hingga ke akhir hayat mrk, tp sy x laksanakan krn x mampu (baru mlahirkan ank). Sy buang d pasar tp sejak kebelakangan nie, kelibat 2 dr mrk ada di kawasan kediaman sy... Mcm mn nak hilangkan rasa bsalah nie, ust? Apa hukumnya ust? Hingga kini sy rasa bsalah & bdosa yg t'amat sgt pd kucing2 tu.... 2010-02-03 1:48 AM

Belajarlah memaafkan diri kerana kita bukan sengaja membuat demikian tetapi kerana memang sudah tidak mampu

Sy Bolehkah isteri membantu mengambil wudhu utk suami yg lumpuh tanpa memakai sarung tangan? Sahkah? 2010-02-03 12:48 AM

Boleh kerana kala itu sudah di dalam takrifan darurat

edy Ustaz, ape hukumnya isteri halau suami dari rumah bila keadaan isteri marah. Keadaan ni kerap berlaku. Ape kah hukumnya saya masih duduk di rumah itu 2010-02-02 2:55 PM

Taubat dan jangan ulangi lagi. Hari ini kita halau suami sebab kita rasa kita berkuasa berbuat demikian, satu hari nanti kalau Allah balas, orang lain menghalau kita dari tempat tinggal kita, barulah kita tahu perasaan itu. Taubatlah dan minta Allah beri kekuatan memperbaiki diri.

Persoalan duduk di rumah tersebut, memang kena duduk dan tak boleh nak tinggalkan rumah

tonet,Salam Ustaz... 7)Suami bg isteri $ utk d simpan(cth ±RM5000). Tanpa d sedari, secara sedikit2 $ tu tlh abid d ambil oleh suami. Tp suami ttp mahukan RM5000 jugak. Perlukah isteri mbayar sdg kan $ tu tlh diambil sepenuhnya oleh suami, cuma tiada bukti (t\resit)? Bdosa x klu isteri x nak byr? 2010-02-03 9:55 AM

Tak sebab suami telah beri, maka ia telah menjadi milik isteri

tonet,Salam Ustaz... 6)Sy x sanggup lg melihat pderaan Mental yg d lakukan oleh abg ipar ke atas kakak sy. Slh ke klu kami adik-bradik myarankan supaya kakak bCERAI?

2010-02-03 9:48 AM

Kalau memang memudharatkan zahir atau mental, maka boleh meminta fasakh melalui mahkamah Syariah

tonet,Salam Ustaz... 5)Ada org pandai ckp itu ini, tp diri sendiri x btl... Slh ke klu sy abaikan nasihat/ckp2nya itu? 2010-02-03 9:45 AM

Pandanglah kata-katanya jangan dipandang siapa yang berkata. Yang benar tetap benar walaupun datang dari orang yang kita benci

tonet,Salam Ustaz... 4)Ust ckp, HATI milik Tuhan. Klu kita puas b'doa agar seseorg b'ubah, tp x ubah2 juga. Jadi give-up pula. Mcm mn ek ust? 2010-02-03 9:44 AM

Berdoa menjadi tanggunngjawab kita, yang mampu mengubah hanyalah Allah. Teruskan berdoa dan jangan putus asa

Guest ustaz macamana nak jadi macam isteri ustaz, ustaz kesana kemari tak bwk diakan? Mesti dia tenang dan redha je bila ustaz takde. 2010-02-03 9:35 AM

Kena tanya dia…

tonet,Salam Ustaz... 3)Kenapa ek, seseorg yg tdk rabun TETAPI tdk npk Kaabah yg b'ada d dpn mata? 2010-02-03 9:32 AM

Sama ada salah pintu, atau kebetulan ketika lihat kaabah matahari sedang betul-betul terpancar pada mata, atau terlindung dek orang Afrika atau mungkin sebab hijab lantaran dosa..

tonet,Salam Ustaz... 2)Ust, kat Meca/Madinah (dlm bilik), blh x pakai short + t-shirt?

2010-02-03 9:29 AM

Boleh kalau tak ada orang lain tengok aurat tu..

tonet,Salam Ustaz... 1)Bg mn aurat wanita Islam dgn wanita Islam (tggl sebilik sewaktu mgerjakan Haji/Umrah) 2010-02-03 9:26 AM

Yang wajib ialah pusat hingga lutut,

najla saya nak tanya ustaz, sebelum buang tuala wanita, wajib ke cuci darah haid tu atau boleh balut shj dgn tisu /suratkhabar sebelum buang? 2010-02-03 9:06 AM

Terbaik, basuh dahulu sebagai kebersihan

yusri salam, pemakaian loket quantum pendent(batu gunung berapi) yang boleh memberikan skalar enegy dlm tubuh (tenaga) dan menyembuhkan pelbgi penyakit, sya, ingin tahu apakah hukum nya sya mengunakan dan apakah hukum nya lelaki memakainya sebagai rantai 2010-02-04 2:22 PM

Jika ada kajian dari sudut ilmiah tak apa, yang tak boleh jika berdasarkan kepercayaan buta seperti kayu koka boleh mempercepatkan jodoh.

Hukum jika memakainya dengan niat berubat tak apa.

aylii salam ustaz. saya berusia 26 tahun.belum berkahwin dan memang tiada pasangan. macam mana cara saya hendak mencari jodoh.adakah perlu membuat istikarah buat masa ini, saya cuma berpegang pada prinsip mungkin ada sebab yang terbaik dari Allah.Bantulah saya ustaz

2010-02-04 12:30 PM

Teruskan doa, jangan terlalu memilih dan berusaha untuk mendapatkan jodoh dengan cara syarak

Lin Salam. Waktu mana yg afdal bdoa masa buka posa, sebaik saja mula azan ataupn selepas azan( bpeluang jawab azan) 2010-02-04 7:36 AM

Dua-dua, sebelum azan untuk doa umum, lepas azan doa khusus untuk jawab azan

sara Salam.... bolehkah dsedekahkan pahala amal kebaikan kita kpd arwah ibu bapa agar roh mereka dirahmati Allah selalu. 2010-02-04 7:00 AM

Boleh..

wati salam....ustaz....sy dh bcerai dgn suami 2 thn lalu...bru skrg sy dan die buat aduan di pej.agma....soalan sy, pda keesokan hari kami bercerai...die brkata kepada sy...walaupun kte dh bcerai mlm tdi...tp aku rse awk mcm bini aku lgi je.....n dlm tempoh 2 bln...sekitar 2 bulan...die ade mengajak sy blk...tapi sy ktekan pdnya tempoh edah dh abes.....sbnrnya sy keliru.....takut tempoh edah dah habes...rujuk kAMi tak sah......adakah sah kata2 rujuk itu??tolongla...saya keliru...dan amat berharap dapat kembali padanya.....kesilapan dulu adalah silap saya.....

2010-02-04 4:27 AM

Caranya ajak suami nikah semula. Kalau dalam dua bulan dulu masih eddah. Perkataan suami demikian sebenarnya masih boleh dipersoalkan. Kalau lafaz yang jelas (soreh) seperti, saya rujuk semula kamu, maka rujuk itu sah

bard ust,jika kita mabil wuduk dlm keadaan tanpa seurat benang sah tak?hukumnya?

2010-02-04 12:59 AM

Sah, tapi makruh

nik assalamualaikum ustaz... saya ada suami yang mana pada saya, selama kawin saya tak pernah di ajak solat berjemaah. bila di bangkitkan hal ini, dia akan diam dan tak mahu bercakap dengan saya. rimas saya dibuatnya. begitu juga dengan mengaji al-quran. tidak pernah sekali pun dia mengaji al-quran, bila saya sarankan di ambil ustaz untuk mengajar di rumah, dia akan diam dan tak mahu bercakap dengan sy dah dekat 15 tahun saya berkahwin, setiap kali bicara hal agama, dia akan diam dan saya jadi mangsa bisu dia. kalau balik kerumah ayah saya, tambah2 ayah saya seorang yang alim. bila di ajak berjemaah, cepat2 dia keluar dari rumah dan ke terus ke masjid, saya tahu, dia takut dia di suruh jadi imam atau di suruh qamat. sedihnya hati saya ustaz tiap2 hari saya doa supaya Allah buka pintu hati dia untuk jadi penghuni masjid, untuk jadi ketua agama dalam keluarga, bimbing saya dan anak2.. tapi sebaliknya saya pulak yang terpaksa berkeras, saya takut nanti saya jadi fed up dan terlepas cakap apa harus saya buat ustaz?

2010-02-04 2:40 PM

Doakan dia, dia diam bermakna dia tahu itu kelemahan dia cuma dia tak tahu jalan macam mana nak buat. Mungkin syor puan tu membuat dia terfikir tetapi mungkin dia malu. Terus beri sokongan pada dia dan doakan dia

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan, jika masih terdapat kesamaran, maka bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Dalam Perjalanan ke Janda Baik Pahang

21 Safar 1431/ 6 Febuari 2010

Jam 6.50 petang

3 comments:

wanDON said...

Salam ustaz.. sya nk cita kisah duka sya sebagai seorang suamj kpda 1 org ank pompuan.. sya sering dihalaw klua oleh isteri kerana isteri merajuk dgn sya dan minta diceraikan.. tatkla perkra yg mmbuatkn isteri marah itu sya berkta benar dn tidak cover sebenarnya.. dgn berkta ' gemuk ni suka membebel'..sya mulut celupar sedikit dgn sikap isteri yg suka pentingkn diri kerna cita xmaw kalah.. isteri juga selalu minta diceraikan kerna mahu mencari suami yg benar2 cintanya dn buatkn di masuk syurga..sya ni sembhyng dn selalu mngjak juga isteri berjemaah lantas dia jrang mhu sembhyg.. apakah komen ustaz utk sya terus kn hidup ini lantarn isteri yg bersikap selalu dingin sedemikian.. Sya teringin mendptkn kluarga yg memahi sya yg belajar dihujung minggu dn bekerja.. tetapi isteri tidak merestui utk sya belajar kerna hari akhirat tiada guna kn pelajaran duniawi ktanya..sya buntu..??tq ustaz

Unknown said...

Asalamualaikum ustaz. Apakah hukum bagi orang yang bukan muhrim tidur sekatil tapi membuka pintu.

hamba Allah said...

Salam.. ust,sy nk tnya,, arwah mak saya byk brhutang.. tp hutang2 bkn tuk kpntingn dia tp utk suami dan madu serta kluarga.. saya tdk tahu dgn siapa dia bhutang krn dia x smpt bgtahu sy... apa yg .perlu saya lakukan utk mmastikn hutng dhalalkn & bgaimana keadaan ibu sy dsana.. apa yg perlu sy buat ust

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...