Thursday, February 18, 2010

Diari 164 – “Erti Sihat……”

“Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat”Beginilah motto Temasya Sukan Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASSA).

Hari ini, Khamis 11 Febuari 2010 jam 3.00 petang, saya merasmikan majlis penutup Temasya Sukan di MASSA ini.

Alhamduillah, sukan yang disempurankan selama dua hari ini memberi berbagai kenangan menarik buat pelajar di MASSA terutama di dalam proses mengenal potensi diri dan juga belajar bergerak di dalam sebuah kesatuan.

Sebanyak 4 rumah dibahagikan menurut warna biru, hijau, kuning dan merah.

Bersukan adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan. Di dalam Islam, kesihatan pula adalah salah satu perkara yang penting untuk dijaga. Dengan kesihatan yang sempurna, kita akan dapat beribadah dengan sempurna.

Jika kita sakit, banyak perkara tertangguh dan sukar untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Tetapi, apabila kita membahaskan mengenai kesihatan, ia tidak terhenti kepada kesihatan tubuh badan sahaja. Ia mencakupi berbagai perkara.

Di sini, saya ingin kongsikan isi penting bagi ucapan penutup Temasya sukan MASSA tahun 2010 ini.

Ada tiga kesihatan yang penting untuk kita pelihara.

1. Kesihatan fizikal.

Kita digalakan untuk bersukan dan melibatkan aktiviti kecergasan. Di dalam Islam ada tiga sukan yang digalakkan untuk kita menceburinya iaitu berenang, memanah dan berkuda. Ketiga-tiga aktiviti ini adalah aktiviti yang lasak dan membawa kepada kecergasan.

Selain dari itu, membahaskan mengenai kecergasaan fizikal, Islam juga menganjurkan agar kita memakan dari perkara yang baik-baik dan berzat. Di dalam al-Quran surah al-A’raf ayat 160, Allah berfirman:-

Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu

2. Kesihatan mental

Dalam konteks mental, kita disuruh untuk mempelajari ilmu dan menimba pengalaman sebanyak-banyaknya.

Di ajar kita untuk sentiasa mengingati perkara yang baik dan jangan sekali-kali memikirkan untuk berbuat jahat kepada orang lain.

Orang yang mentalnya sihat ialah orang yang sentiasa ingin memberi manfaat kepada orang lain sedangkan orang yang mentalnya bermasalah, dia akan sentiasa memikirkan keburukkan orang lain, memikirkan untuk menyusahkan orang lain, hutang tidak mahu dibayar, ingin menipu orang lain dan sebagainya.

Di dalam al-Quran banyak ayat Allah memerintahkan untuk kita sentiasa berfikir mengenai kebesaran Allah.

3. Kesihatan Hati

Hati merupakan raja bagi badan. Jika hati itu jahat, maka seluruh badan akan diarahkan untuk berbuat jahat.

Jika hati baik, maka akan disuruh semua anggota badan ini berbuat baik.

Hati yang sihat akan membuatkan seseorang itu sentiasa menghormati orang lain, berkasih sayang, memaafkan kesalahan orang lain, tidak sombong, membuang hasad dengki dan sebagainya.

Hati yang jahat pula ialah hati yang penuh dengan sifat mazmumah (sifat yang buruk).

Orang yang hatinya jahat akan sentiasa berdendam, sentiasa merasa tidak cukup pada nikmat dan sebagainya.

Ubat bagi hati yang jahat ialah dengan mendidiknya agar sentiasa ingatkan Allah.

Di dalam al-Quran, Allah menyataka di dalam surah al-Ra’du ayat ke 28 bahawa:-

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Jadi, untuk menjadi orang yang benar-benar sihat, maka hendaklah kita memelihara kesihatan ketiga-tiga kompenan badan kita iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan hati.

Gabungan ketiga-tiga ini akan menjadikan seseorang itu baik akhlaknya, terpuji pergaulannya dan disenangi kehadirannya.

Inilah yang pernah ditunjukkan oleh Baginda saw.

Semoga Allah, sentiasa membimbingkan kita dan memberikan kita kebaikkan di dunia dan di akhirat.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Rabiul Awal 1431/ 18 Febuari 2010 jam 12.50 pagi

IMG_7894

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis penutup Temasya sukan MASSA 2010 ini.

IMG_7910

Kenangan pentas

IMG_7977

Santai pelajar

IMG_7981

Menang dan kalah adat pertandingan…

1 comment:

Hunny said...

salam Ustaz,

Mudah-mudahan sentiasa sihat fizikal, mental dan hati..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...