Hari ini, 21 Safar 1431/ 6 Febuari 2010, saya telah dijemput menjadi ahli Panel Kempen Kesedaran Kesihatan “Jom Sihat “10” yang diadakan di dewan Jubli Emas SK Janda Baik bertajuk Sihat Itu Mudah.
Rakan ahli panel bagi forum ini ialah Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed yang merupakan dekan bagi Post Graduate Studies di Kolej Universiti Sains Cyberjaya.
Kesempatan kali ini, ingin saya berkongsi isi penting perbincangan kami.
Soalan pada Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed. Apa itu sihat?
Menurut world health organization, sihat bererti kesejahteraan mental, fizikal dan social. Ini bukan semata-mata tidak ada kecacatan.
Jika badan sihat, tetapi hati tidak sihat, maka tidak dikatakan kita sihat.
Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed kemudian memaparkan statistic sakit kepada seluruh yang hadir. Maka, data menunjukkan, dalam konteks rakyat Malaysia, kebanyakkan mereka sakit dari sudut gaya hidup dan pemikiran. Dan dari gaya hidup yang tidak sihat serta pemikiran yang tertekan maka lahirlah sakit-sakit lain. Sakit yang betul-betul kerana tubuh badan sendiri, jatuh nombor bawah. Yang awal adalah hasil tabiat manusia yang rosak.
Soalan yang diajukan kepada saya. Kenapa ramai orang tahu sihat itu penting tetapi tidak dapat mengamalkannya?
Memang manusia itu sifatnya pelupa, sebab itu perlu selalu diingatkan. Walaupun mereka tahu, tetapi kadang-kala lalai dan lupa. Sebab itu di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, 3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (surah al-Asri ayat 2-3)
Allah juga mengatakan bahawa manusia di dalam kerugian hinggalah mereka sentiasa berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran.
Soalan pada Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed. Bagaimana perubatan di dalam Islam seperti bekam dapat membantu kesihatan?
Di dalam Islam diajar untuk kita menjaga kesihatan. Dan ada di antara perubantan Islam itu disebut seperti bekam, memakan madu dan sebagainya.
Tetapi, perubatan itu juga memberi prinsip kepada kita seperti, bekam, maknanya ada potong dan pendarahan. Jadi prinsip, membuang kesakitan dengan jalan potong dan pendarahan ada dan telah diamalkan di dalam perubatan moden seperti pembedahan.
Jadi bukan sahaja bekam itu, tetapi prinsip-prinsip yang ditunjukkan di dalam amalan bekam.
Soalan diajukan pada saya. Bagaimana usaha menjaga kesihatan itu perlu di dalam Islam?
Di dalam Islam, ada yang dipanggil anugerah dan ada yang dipanggil usaha. Kesihatan adalah anugerah dari Allah yang Allah beri pada siapa yang Dia kehendaki. Itu milik Allah. Bagi kita hambaNya, yang disuruh kita buat ialah usaha menjaga kesihatan. Ini kerana, usaha itu yang Allah mahu berikan pahala.
Sebagai contoh, jika seorang itu sakit, dia berusaha ke hospital sana dan sini, dia makan ubat. Dia tidak akan rungsing jika diberi anugerah sembuh atau tidak oleh Allah, tetapi dia akan merasa puas kerana telah berusaha sedaya upaya, ini kerana usahanya itu Allah beri pahala untuk akhiratnya.
Jadi dia tidak putus asa kerana, jika tidak sembuh sekalipun, Allah sediakan baginya pahala untuk akhiratnya kerana usaha telah dibuat.
Rumusan Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed.
Mencegah itu jauh lebih murah dari berubat, jadi berusahalah untuk menjaga kesihatan
Rumusan saya
Allah telah tunjukkan cara hidup yang sihat, disuruh jaga makan, jangan meletakkan diri dalam kebinasaan dan sebagainya. Jadi untuk sihat, kembalilah pada Islam. InsyaAllah sejahtera kita di dunia dan sejahtera kita di akhirat.
Forum tamat jam 11.00 malam. Majlis ditutup dengan ucapan dari En. Azmi, setiausaha JKKK Kampung dan juga Dr. Mohd Nawar, penasihat program ini.
Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed boleh dihubungi melalui email beliau, latiff@cybermed.edu.my
Secara peribadi, kempen kesedaran kesihatan ini sangat penting kerana memang Islam menganjurkan agar umatnya sentiasa sihat. Semoga Allah terus memberikan kita kesihatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat, amin…
“Ilmu Pelita Hati”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
Putra Heights
23 Safar 1431/ 8 Febuari 2010 jam 8.00 pagi
Forum Sihat Itu Mudah
Kiri gambar, Dr. Abdul Latiff
Senarai top 10 sakit di Malaysia. Yang atas semunya dari tabiat manusia yang tidak sihat
Jamuan selepas tamat program
No comments:
Post a Comment