Wednesday, February 10, 2010

al-Ijabah 48 – “Jika Inginkan Sesuatu Yang Hebat, Ia Memerlukan Penasihat Yang Hebat”

Rabu Jam 12.30 tengah hari, 25 Safar 1431/10 Febuari 2010, setelah tamat meyuarat dengan pihak MAIS, saya dan rombongan al-Ijabah terus ke Majlis Aids di Sentul. Kali ini ialah pertemuan dengan Dato’ Zaman Khan, Timbalan Pengerusi Majlis Aids.

Makan tengah hari bersama insan mulia berumur 72 tahun ini memberikan banyak perkongsian pengalaman beliau.

“Dato, apa petua nampak masih sihat ni” tanya saya.

“hati jangan ada hasad dengki, kena selalu bertenang dan selalu ingat Allah” pesan Dato’ Zaman Khan.

“Sama macam pesanan Dato’ Imam besar Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bharu tempohri pada saya” jawab saya.

Kala ini, banyak orang yang berumur panjang yang saya jumpa memberikan rahsianya dengan katanya:-

“hati perlu baik”

Inilah peranan hati dan kaitannya dengan kesihatan.

Sebelum ini, Abang Azizi telah mencadangkan kepada Dato’ Zaman Khan agar menjadi penasihat bagi rumah HIV Darul Ukhawah Yayasan al-Ijabah ini. 

Perkara ini juga telah dipersetujui oleh Pengerusi Yayasan al-Ijabah.

Berbincang mengenai pengurusan baru Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini, Dato’ Zaman dengan sukacitanya bersetuju untuk menjadi penasihat bagi rumah HIV Darul Ukhwah.

Hari ini, kami membawa surat secara rasmi dari Yayasan bagi tujuan itu.

Semoga dengan menjadi penasihat Darul Ukhwah ini, segala pengurusan dapat lebih dibimbing.

Saya mendoakan agar beliau terus dipanjangkan umur, diberi kesihatan untuk terus memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah.

Semoga ia menjadi amalan yang diredhai oleh Allah. Di Selangor, golongan HIV dikategorikan di dalam golonga riqab (yang terhamba dirinya). Nabi saw menyatakan di dalam hadis:-

Mana-mana Muslim yang membebaskan seorang Muslim (dari golongan riqab) Maka sesungguhnya Allah akan menjadikan pelepasan setiap tulang yang dibebaskan darinya dari api neraka. (Sahih Ibnu Hibban)

Di dalam hadis yang lain:-

Barangsiapa yang membebaskan Riqab (orang yang terhamba diri mereka), Allah akan membebaskan bagi setiap sendi anggota dari api neraka hingga selamat dia dengan keselamatannya (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga kelebihan ini menjadi sumber semangat kepada sesiapa sahaja yang bersama-sama dan semoga usaha ini terus dibantu oleh Allah, amin…

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

25 Safar 1431/ 10 Febuari 2010 jam 5.50 petang.

IMG_7819

Hari ini, Yayasan al-Ijabah memberikan surat secara rasmi kepada Dato’ Zaman bagi tujuan menjadi Penasihat Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah. Semoga dapat membimbing kami di dalam program ini. Sesungguhnya, jika inginkan sesuatu menjadi hebat, ia memerlukan penasihat dan pembimbing yang hebat kerana, di belakang orang yang hebat, pasti ada guru yang hebat.

1 comment:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Ada kerja kosong lagi sebagai penasihat? Boleh lah saya apply.. :)