Wednesday, February 10, 2010

al-Ijabah 47 – Mesyuarat Rumah Perlindungan HIV MAIS

Hari ini Rabu 25 Safar 1431 bersamaan dengan 10 Febuari 2010, jam 9.30 pagi, saya menghadiri mesyuarat bersama MAIS, membincangkan perjalanan rumah HIV muslim di Selangor ini.

Hanya dua rumah sahaja yang terlibat di dalam mesyuarat ini iaitu rumah HIV kita, Yayasan al-Ijabah dan Istana Budi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybhg Ustaz Abdul Halem Hafiz, Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor.

Untuk pusingan pertama, Istana Budi membentangkan laporan perjalanan rumah dan laporan kewangan kepada semua yang hadir.

Alhamdulillah, bersyukur kerana umur Istana Budi sama dengan umur dengan umur Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini dan sahabat dari Istana Budi ini dapat sama-sama menjaga penghuni dengan baik.

Pusingan kedua ialah laporan yang diberikan oleh Darul Ukhwah. Semua laporan kewangan dibentangkan begitu juga perjalanan dan halatuju rumah ini.

Saya ingin kongsikan dengan bab akhir pembentangan hari ini iaitu perancangan dan cabaran yang telah dan akan dibuat oleh Darul Ukhwah bagi tahun 2010 ini.

Cabaran pertama ialah stigma masyarakat.

Masyarakat telah meminggirkan golongan ini hingga bukan sahaja orang luar, ahli keluarga sendiri juga ramai yang membuang golonga ini.

Perancangan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah untuk perkara ini ialah dengan mengadakan program kesedaran masyarakat menganai perlunya golongan ini diterima.

Saya telah mengadakan perbincangan secara lisan dengan Prof. Dr. Ahmad Hidayat, Pengarah Akademi Universiti Malaya bagi memasukkan pelajar yang ingin membuat praktikal latihan Industri, agar mereka boleh membuatnya di rumah ini. perkara ini dapat melatih mahasiswa/i supaya peka dengan kebajikan umat Islam dan seteruskan membiasakan diri untuk berkhidmat untuk agama.

Dan insyaAllah, kita akan membuat program dengan ahli keluarga dan juga dengan Mahasiswa/I Universiti bagi menghilangkan stigma mereka pada golongan ini.

Cabaran kedua ialah program bersama penghuni rumah.

Ada dua kategori penghuni rumah ini.

1. Mereka yang hilang semangat setelah dikhabarkan kepada mereka bahawa mereka menghidap HIV . Jadi, satu cabaran besar untuk memulihkan semangat mereka.

Bagi tujuan ini, mereka akan didedahkan dengan program luar bersama masyarakat seperti ceramah di masjid, sambutan Maulid dan sebagainya. Jadi keberadaan di tengah masyarakat akan menjadikan gologan ini tidak terasa dipinggirkan.

2. Ada di antara mereka mempunyai latar belakang yang agak gelap. Jadi, satu cabaran untuk membiasakan mereka dengan program keagaaam seperti solat berjemaah dan sebagainya

Cabaran ketiga ialah cabaran kewangan

Di dalam menjaga mereka, banyak keperluan yang perlu disediakan. Saya berterima kasih kepada MAIS dan Majlis Aids yang memberikan sokongan kewangan. Walaubagaimanapun, bantuan orang ramai di dalam memperkasakan lagi usaha ini amat dialu-alukan.

Gereja menghabiskan sebanyak 470 ribu setahun, sudah tentu agak terhad untuk menyaingi program yang telah mereka atur dan buat. Tapi insyaAllah, semoga satu hari nanti, kita akan lebih baik dari yang ada sekarang.

Dengan keterbatasan yang ada, Alhamdulillah, Ustaz Abdul Halem tadi telah menegaskan peruntuakan sebuah van untuk rumah HIV Darul Ukhwah ini.

“InsyaAllah dalam 2 bulan lagi keluar” kata Ustaz Zulkifli Jamil Bahagian Perolehan MAIS.

Cabaran keempat ialah sukarelawan

Tidak ramai orang yang ingin bersama-sama di dalam usaha ini. Jadi,satu program kesedaran perlu dibuat untuk menyedarkan orang ramai.

Jika di gereja tempohari, ada sahaja sukarelawan hingga dari luar Negara pun ada, untuk berkhidmat di dalam tempoh tertentu. Walaupun mereka dibayar, tetapi ada usaha ke arah itu.

Cabaran kelima semagat sahabat-sahabat yang bersama-sama membantu.

Kadang kala, kita pun terasa agak lemah semangat untuk melangkah. Jadi ia dikuatkan dengan hadis-hadis nabi mengenai ganjaran yang besar bagi orang yang membantu saudara seIslam.

Kita sering mengulang-ulangkan hadis Nabi saw:-

Barangsiapa yang membebaskan Riqab (orang yang terhamba diri mereka), Allah akan membebaskan bagi setiap sendi anggota dari api neraka hingga selamat dia dengan keselamatannya (HR Bukhari dan Muslim)

Di Selangor, orang HIV ini ditakrifkan sebagai golongan Riqab (orang yang terhamba diri mereka), jadi orang yang bersama-sama mengusahakannya berpeluang mendapatkan kelebihan dari apa yang disebut oleh Nabi ini.

Hadis ini telah ditampal didinding rumah Darul Ukhwah ini untuk menjadi semangat dan pendorong kepada sesiapa sahaja yang bersama-sama membantu.

Mesyuarat tamat pada jam 12.15 tengah hari.

Saya dan seluruh warga Ijabah mengucapkan terima kasih kepada MAIS yang memberikan perhatian untuk membantu golongan ini.

Semoga kelebihan hadis yang disabdakan oleh junjungan Nabi ini diberikan kepada kalian semua dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dengan usaha ini.

Semoga terus dibantu Allah, amin..

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

25 Safar 1431/10 Febuari 2010 jam 5.20 petang

IMG_7799

Meyuarat rumah HIV

IMG_7800

Di adakan di tingkat 10 Menara Utara

IMG_7806

Kenangan selepas mesyuarat. Dari kiri gambar, Ustaz Kamal, Ustaz Halem, saya, Abang Azizi, Adnan (al-Ijabah), ustaz Azmi (al-Ijabah) Ustaz Mahdan (Budi) wakil dari Jabatan kesihatan negeri, Ustaz Anuar (MAIS) dan Wakil dari Budi.

4 comments:

Hunny said...

salam Ustaz dan semua Muslim yang sama-sama berusaha untuk membangunkan Rumah HIV bagi orang Islam,

Semoga persepakatan dan kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat diteruskan, dan semoga terus diberi kekuatan dan dipermudahkan oleh Allah. Dan semoga semakin rama Muslim yang menghulur tangan untuk sama-sama berusaha ke arah matlamat yang sama.

ena said...

salam ustaz bagaimana nak jadi sukarelawan tu..

Ust Abu said...

Ustaz Amin,

Kenapa la 'syok' sangat nak publisitikan maklumat-maklumat sulit tentang urusan MAIS dengan
Ijabah/Istana Budi ni...

Ustaz tak faham ke.. ini adalah urusan 'confidential'.. Jadi, jagalah amanah ni...

Mentang-mentang suka menulis, sampai urusan rasmi melibatkan butiran operasi kerja MAIS pun Ustaz nak hebohkan..

Sepatutnya Ustaz tidak mendahului
pihak MAIS dalam membuat publisiti
semacam ni... Ini adalah adab kita
sebagai NGO yang menghormati MAIS sebagai sebuah badan berkanun negeri yang berada di bawah naungan DYMM Sultan Selangor.

Ustaz dah dapatkan kebenaran dulu dari mereka ke? Sedarlah sikit, Ijabah ni masih mengharapkan bantuan dari MAIS dalam urusan Rumah HIV.

Lainlah kalau perkara/urusan tersebut merupakan hal sendiri-sendiri dilakukan oleh Ijabah, tiada kaitan dengan mana-mana pihak.. So, perkara macam tu, it's up to you lah...

Perkara yang kedua, Ustaz kaitkan dengan keterlibatan Istana Budi dalam mesyuarat tu, jualkan muka mereka pulak tu... Ustaz dah
dapatkan kebenaran dulu dari Budi ke?

azman said...

salam ustaz,saya nk tahu bagaimana nk jd sukarela

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...