Sabtu 20 Febuari, saya telah sampai ke Seoul. Jam 1 tengah hari, perjalanan pertama saya ialah ke Yongmun, iaitu satu jam lebih perjalanan menaiki kereta api dari Seoul.
Yongmun adalah satu tempat perkampungan yang cantik. Perjalanan ke Yongmun melintasi bukit bukau. Memang, muka bumi di Korea ini dihiasi dengan bukit bukau.
Oleh kerana muka bumi yang berbukit bukau, menjadi budaya masyarakat di sini untuk beraktiviti mendaki bukit. Hingga orang tua-tua mereka juga masih mendaki
Di Yongmun, masih ada salji dan kawasan di sini agak sejuk
Sungai yang masih beku dan air mengalir sangat jernih.
Di sini juga kawasan pertanian. Orang Korea makan nasi seperti kita, tetapi cara mereka makan ialah nasi seperti lauk dan lauk itu yang banyak seperti nasi.
Kami mengambil kesempatan untuk membuat pengambaran
Kawasan yang masih sejuk
Kawasan kampung di Korea ini.
Petang ini juga kami pulang ke Seoul. Gambar adalah seorang yang membawa basikal di dalam kereta api.
Orang-orang tua di sini agak peramah. Helmee mendapat emak angkat ketika pulang ke Seoul. Orang tua ini cukup ramah dan memberikan Helmee jeruk pelam.
Ketika melihat kamere Helmee, beliau mengambil kain dari sarung cermin matanya dan membersihkan kamera Helmee.
Kalau orang tua di Malaysia, dah tak kuasa nak bergambar dengan Handphone, tetapi di sini, orang tua pun telah celik dengan barang teknologi. Orang tua ini menunjukkan gambar anak perempuannya, menantunya dan cucunya melalui handphone.
Setelah habis pelam jeruk, diberi pula kuih Korea
Kemudian dapat pula gula-gula, kemudian diberi pula tisu, isk.. peramah sungguh..
Helmee bersama emak angkatnya. Perjalanan satu jam agak lama. Selesai makan, makcik ini memberikan pula sebuah kain untuk Helmee membuat bantal berehat.
Saya memerhati sekeliling. Di satu sudut, memang ada orang yang bertukar-tukar makanan di dalam keretaapi ini.
Orang-orang tua duduk berbual-bual sambil ketawa dan begitu gembira
begitu juga dengan nenek-nenek. Masih berjalan bersama-sama kawan-kawan sebayanya pergi ke Seoul.
Menurut pelajar di sini, orang muda agak kurang ramah, tetapi hari pertama saya di sini, saya menyaksikan, orang Korea agak peramah.
“Pengalaman, Guru Tanpa Bicara”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Joyang Officetel, Sindorim, Seoul Korea
7 Rabiul Awal 1431/ 21 Febuari 2010 jam 10.20 pagi
4 comments:
Nice. I wish I could go there too ;)
Salam Ustaz,
Seronok baca celoteh ustaz kali ni.. agak santai.. paling best, part mak angkat helmee laa.. nasib baik tak ada barang lain mak angkat dia bawak... kalau ada tilam pun, maybe dia kasik.. hahahah.. macam poket doraemon pun ada gak.. Salam pada Helmee, dengan pesanan, ada harapan jadi warga korea.. :)
semoga perjalanan dan segala hasrat ustaz dan kawan2 berjalan lancar..
ps** ustaz, kat korea ada wondergirl..hikhikhik
salam ustaz..
seronok baca pengalaman ustaz ke korea. gi tak pulau nami?
Post a Comment