Sunday, February 21, 2010

Jawapan Pada Persoalan 96

Alhamdulillah, kesempatan kali ini, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan.

aspragina saya teringin nak sponsor website untuk mana2 rumah kebajikan yg masih tidak ade website.sms saya klu ade yg berminat 016-290 3492 atau 012-645 5810 2010-02-17 6:33 PM

Guest Slm, sy akan masuk rumah baru sekitar hujung May or awal June. Blh syorkan tarikh yg baik dari sudut Islam. Wslm 2010-02-17 9:57 AM

Sunahnya bacakan surah al-Baqarah.

Guest boleh ke kita percayakan 'saka'? adakah ia sesuatu yg baik dlm islam krna ada yg kata ada saka yg baik dan ada saka yg jahat. tlg jelaskn. tk. 2010-02-17 8:47 AM

Saka termasuk di dalam bab alam jin, dan jin itu memang ada

Guest salam ustz bole ke kaler hitam rmbut utk tutup uban utk suami lihat shj.

2010-02-17 8:16 AM

Kalau ia dalam jenis inai, boleh

Guest salam ustaz emas jika x pkai byk mana br kena zkt? klu takat 2 btk cincin kena ke?

2010-02-17 8:13 AM

Lebih 80 gram

Guest salam ustaz,blh ke kita jual perfume blh pkai solat atau kita akn dpt share dosa sipemakai sama? 2010-02-17 7:53 AM

Kalau boleh pakai solat, boleh..

zeck Salam ustz.....saya ada masalah peribadi yg sangat sensitif...harap ustz dapat email pd saya direct...tolong ustz mail 2010-02-17 7:06 AM

Insyallah, tapi masa saya agak terhad…

azreen ustaz...mengapa begitu byk dugaan dlm idup sehingga dugaan itu mmbtkn kite mrasa buruk sangka pd tuhan..seakn tuhan mahu kite mrasa derita..hingga timbul rasa putus asa pdNya..krn x trtggung lg beban dlm dri.. tlg la sy ustaz...da byk berdoa..kbyknn dugaan adlh apabila ingin mengubah dri menjd lebh baik, ingin menjdi hamba yg diredhai pasti ade hlgn yg

berat..seolh-olah Tuhn x merestui niat iklhas sy.. apa semua ini takdir sy 2010-02-17 6:21 AM

Semua orang diuji, kalau kita susah semua orang susah, Cuma bentuknya sahaja berbeza. Jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain, nanti kita payah menjadi orang yang bersyukur di atas nikmat. Hari ini, seberat mana ujian, banyak lagi nikmat yang ada disekeliling kita. Ketika sibuk mengeluh dengan musibah, kita lupa banyak lagi nikmat yang masih ada.

Tabahlah, Allah tidak akan meletakkan ujian yang tidak mampu kita tanggung.

muhammad faizal assalamualikum ustaz...sya btul2 perlukan bantuan ustaz...sya nk tanya ssuatu,harap sgt leh hubungi ustaz...ni emel sya,mail 2010-02-16 9:39 PM

Insyallah jika ada luang masa nanti

Ust Zaini Salam Ukhuwwah 2010-02-16 5:00 PM

Salam ukhuwah

Guest tu cepat je tuhan tunjuk! SJ sendiri silap ejaan.... (moral: tiada manusia sempurna) *melakukan bukan melalukan 2010-02-16 2:53 PM

azirar boleh atau tidak kita melakukan solat sunat zuhur & kemudian solat fardhu zuhur di tmpt yg berlainan antara satu sama lain?.. 2010-02-16 6:33 AM

Boleh

SJ Seoul la ustaz.. bukan Soeul... Nasib baik tak jadi Siot ke Bisol.. he he he. Bukan susah pun nak check ejaan sebelum tulis. Jangan jadikan tabiat anda melalukan kesalahan berulang2. Awat shoutbox nie dah jadi tempat iklan nie ??? Ini akibatnya kalau lama SJ tak masuk... 2010-02-15 8:28 PM

hanim sy muslimah bekerjaya.masih mencari calon..jika ada yg sesuai boleh hubungi sy di 012-6974784.wslm 2010-02-15 5:29 PM

Girl ustaz, btlkah kite lmbt bertemu jodoh @ x memberi kite cinta drp seseorg menandakn Allah x syg kite, spt Dia syk kpd maklhluknya yg lain dgn membrikn sesorg yg mencintainya menandakn dia syg pg hambaNya itu? 2010-02-15 4:45 PM

Allah Maha Penyayang kepada semua hambanya. Tidak semua orang yang bersuami itu bahagia. Ramai orang yang bersuami mengidamkan untuk diceraikan untuk hidup sendiri.

Jadi, sebenarnya bukan suami atau perkahwinan itu, tetapi iman yang ada di dada yang akan membuatkan kita bahagian apa keadaan kita

Guy Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” jika benar hadis itu, adakah seseorg yg ditentukn neraka jln usaha mnuju kbaikn mndpt hlgn yg hebt wlpun niatnya utk dptk kredhaan Allah? 2010-02-15 4:15 PM

Seorang itu akan dimudahkan dengan apa yang ditakdirkan baginya, jika seorang itu nak syurga, tapi dia perasan bahawa dia malas sembahyang, malas puasa, selalu buat maksiat, jadi dia boleh usahakan untuk ubah dirinya, sebab malas solat, berbuat maksiat itu adalah tanda ahli neraka.

Kemudian, jangan persoalkan hak Allah, tetapi lihat usaha yang telah kita buat. Syurga dan neraka hak Allah, yang disuruh pada kita, memaksimakan usaha. Jika usaha telah dibuat, maka Allah itu Maha Pengasih dan Maha Adil. Dia tidak akan menganiayai hambanya.

mh salam ustaz,saya nak bertanya betulkah aurat antar mertua dan menantu harm

2010-02-14 4:08 PM

Aurat menantu dan mertua seperti anak sendiri

Guest Slm..sepupu sya tak berakal,40an,diuruskan olh ibu sya dgn duit sedekah yg diterima olh sepupu,ibu sya blh makan tak duit sedekah sebagai upah?tq 2010-02-14 8:56 AM

Boleh

Guest Slm ustaz..blhtak sya halalkan hutang kwn sya yg dh meninggal dunia?tak sanggup nak tuntut dgn warisnya,tq 2010-02-14 8:52 AM

Boleh dan itu adalah jalan yang paling terbaik

Guest Slm ustaz..pendptan sya lebih tinggi dari suami..adakah rezeki keluarga kmi Allah turunkan melalui sya?Tq 2010-02-14 8:43 AM

Nama pun dah suami isteri, maka Allah akan datangkan rezeki dengan pelbagai jalan yang halal

Guest Slm ustaz..Doa saya selalu dimakbulkan Allah disaat2 sya perlukan..itukah tanda Allah merahmati sya,tq 2010-02-14 8:41 AM

Ya, insyallah.

Guest Slm ustaz..Solat subuh kalau terlupa baca doa qunut,kena sujud sahwi tak,tq 2010-02-14 8:38 AM

Mengikut mazhab Syafie, sunat sujud sahwi

Guest Slm ustaz..betulke Allah tak terima solat perempuan yang tidak menutup aurat..maksud sya sewaktu bekerja tidak pakai tudung kepala,tq 2010-02-14 8:36 AM

Tidaklah, maksudnya begini. Tanda-tanda seseorang yang diterima ibadatnya oleh Allah dia tidak akan membuat perkara yang ditegah oleh Allah

saya ustaz,sy mohon copy web ustz utk bg kat kwn2..harap ustaz benarkan...salam

2010-02-14 8:21 AM

Silakan

ummu aiman salam ust. sy alami masalah kencing x lawas dan angin ketika wuduk n dlm solat. dlm masa yg sama sy tak tau angin i2 dari qubul @ dubur. sy jadi was2 sy ulang smbhyng 2,3kali.. hingga sy takut bila tiba waktu smbhyng. adakh allah terima ibadat orng yg was2

2010-02-13 1:20 PM

Allah sentiasa menerima ibadat hambanya yang bersungguh-sungguh. Kalau was-was tidak dikira hingga kita yakin..

LIDA SALAM UATAZ...ANA MOHON COPY ARTIKEL UST TENTANG APA ADA DALAM SOLAT UTK DIMUATKAN DALAM FACEBOOK UTK SEBARKAN KEPADA SAHABAT ANA... 2010-02-13 2:23 AM

Silakan

RAR salam ziarah 2010-02-12 2:51 PM

Salam

Guestsbr bolehkah saya menambah ilmu dengan membaca buku agama dan mendengar kuliah agama yang disiarkan di tv dan radio? seperti rancangan halaqah di tv9. 2010-02-12 1:47 PM

Boleh, ia juga salah satu cara untuk mendapatkan ilmu

Mahfuz Bani israel yang di sumpah jadi kera di kawasan tasik galilei tu.Masa nabi siapa ye? Nabi Isa ke Musa? 2010-02-12 4:11 AM

Isa

Guestagb salam ustaz,sy diberi izin oleh suami outstation selama 3hr ke pantai timur,namun pd hr akhir sy dimaklumkan utk ke JB,suami x izin tp disbbkan 1 keta sy terpaksa ikut jgak.smpai dirumah,suami x nak ckp dgan sy sehingga kini.mcmana ustaz??? 2010-02-12 2:42 AM

Minta maaf dengan suami dan cakap baik-baik denga suami, doa banyak-banyak,

Guest Apa pandangan Islam tentang budaya mengadakan majlis pertunangan, akad nikah & kemudiannya kenduri kahwin (3 peringkat berturut)? 2010-02-12 1:31 AM

Islam tidak menolak apa-apa majlis yang tidak bertentang dengan syarak

Guest Adakah wajib menghadiri majlis pertunangan apabila dijemput? Adakah majlis tersebut perlu dihebahkan? 2010-02-12 1:28 AM

Jemputan kena hadir jika tidak ada keuzuran. Dan majlis pertunangan sunat tidak dihebahkan tetapi majlis perkahwinan sunat dihebahkan

Aminah 2) Sewaktu sembahyang jemaah, adakah kita harus diam dan mendengar imam membaca fatihah dan surah pendek. Bila pula makmum harus membaca al-fatihah. 2010-02-12 1:16 AM

Mendengar bacaan imam sunat sahaja, Jika kita anak baca terus ketika imam baca, pun boleh

Aminah Assalamualaikum ustaz.1) Bolehkah kita menyentuh qubul & dubur sewaktu mandi wajib dan terus solat setelah mandi wajib tersebut tanpa mengambil wudu' 2010-02-12 1:15 AM

Setelah mandi wajib yang terpaksa sentuh qubul dan dubur, kita alirkan air sekali lagi pada seluruh badan dengan niat mandi wajib dikekalkan. Aliran kedua yang tidak menyentuh qubul dan dubur maka terangkat hadas kecil.

Tapi seeloknya, pada Negara yang banyak air, untuk lebih berhati-hati, ambillah wudhuk selepas mandi wajib.

bard ust,hukum menyapu muka selepas salam solat?saya pernah dengar zaman nabi,shabat dulu menyapu muka kerana pasir,(solat di padang pasir) 2010-02-12 1:04 AM

Ya, zaman nabi kerana pasir cuma dalam mazhab Syafie ia sunat kerana nabi pernah melakukannya walaupun sekarang tidak ada pasir di dahi

Guest maaaf.ustaz..boleh ke ustaz menghantar email ustaz kepada saya? email saya mail..saya ingin bertanya tentang pengurusan harta islam.salam 2010-02-11 5:37 PM

InsyaAllah jika ada kelapangan

Norsabrina Salam Ustaz, kalau sy ingin menjadi sukarelawan di Darul Ukhwah atau Rumah Anak2 Yatim Al-Ijabah, agak2 kerja yg mcm mana sy perlu buat yer? 2010-02-11 4:44 PM

Macam-macam boleh, kalau pentadbiran boleh bantu di dalam prosedur di jabatan-jabatan terbabit, kalau dirumah itu, lebih pada khidmat dalaman.

Guest suami saya ada cakap pipi saya dah tembam macam adik perempuan dia. adakah itu dinamakan zihar 2010-02-11 11:44 AM

Tidak

Guest bolehkah kita memberi zakat kepada banduan? 2010-02-11 10:44 AM

Boleh jika dia termasuk asnaf

Guest saya bermimpi ketika saya bangun hendak mengambil uduk datang anjing menjilat saya apa maksudnya? 2010-02-11 10:43 AM

Ada perkara nak datang

tonet,Salam Ustaz... 1.Seorg wanita,'bak kata Ust ada ciri2 ahli Syurga', sewaktu hamil hinggalah slps mlahirkan, tlalu byk dugaan yg menimpa hinggakan wanita tsbt bDOA, 'Ya'Allah....jika inilah dugaan yg tpaksa aku terima, aku mohon biarlah ini kali ptama & t'akhir aku mlahirkan ank....'. Psoalannya, a)Adakah bdosa wanita tsbt bDOA sedemikian rupa? b)Benarkah DOA tsbt tlh d makbulkan oleh Tuhan memandangkan wanita tsbt tdk mlahirkan ank lg.(anknya cuma seorg dan kini tlh b'usia ±19th..... c)Blh ke bdoa mcm tu? Wanita ini tlalu byk sgt pderaan mental, emosi hinggakan x mampu utk bcerita... Hya pendamkan... d)Mcm mn nak bantu wanita ini keluar dr masaalah yg sdg dia hadapi? Berat mata yg memandang, berat lg bahu yg memikul.Tlg lah Ust.Sy kesian melihat pderitaannya.... Hya mampu menasihati tp s dpt merubah apa2.... Dan dgn b'doa lah, ank nya 'jadi org'. skrg sdg bljr d KUIS. Sy sgt syg kan wanita ini n sanggup buat apa saja utk kebahagiaannya..... Masaalah sy cuma suami x pernah SOLAT 5 waktu, tp wanita ini punya > bganda2 kali masaalah drp sy. Ptolongan Ust, sy dulukan dgn ribuan t/kasih....... Sy menulis nie pun dgn airmata bgenangan.... Sedih, sebak bcampur-baur... ... Lelaki yg baik utk wanita yg baik. Tp mgapa wanita sebaik ini mdpt suami yg seteruk ini? Yg tdk pernah mahu b'ubah biarpun usia tlh meningkat > dr 50 2010-02-11 9:23 AM

2010-02-11 9:08 AM

a. Doa begitu boleh cuma kita boleh berdoa yang lebih baik sebenarnya.

b. mungkin

c. Doa begitu boleh cuma kita boleh berdoa yang lebih baik sebenarnya.

d. Bantulah dengan kudrat yang ada, jika tidak mampu dengan lisan dengan nasihat2, kalau tak mampu dengan hati iaitu doakan

jung salam ustaz. kalau dalam solat lepas baca fatehah kemudian kita rasa tak puas ati dgn bacaan sbb tak kyusuk, boleh tak kita ulang sekali lagi? 2010-02-11 6:26 AM

Boleh

Guest, salam ustaz. saya nak qada solat yg byk saya tinggal dulu2,bole tak saya qada ikut masa yg saya free, macam qada slt.subuh sya buat masa tghari,ptg atau mlm. 2010-02-11 5:14 AM

Boleh

Guest Salam. Mcm mana nak elak hati dr prasangka buruk, riak dan suka cakap memburukkan org lain? 2010-02-11 4:13 AM

Banyakkan istighfar dan berdoa

Guest Kita kena sujud sahwi. Tiba2 pada rakaat akhir ada org ikut jadi makmum, adakah selepas tahyat akhir kita bagi salam dan kemudian baru sujud sahwi? 2010-02-11 4:05 AM

Tempat sujud sahwi sebelum salam, jika agak mengelirukan makmum baru, maka tak payah buat

a'in ustz,appakh dosa paling besar selain syirik,adakah diberi pengampunan dosa trsebut sdgkan ia dosa besar kemurkaan Allah trhadap hambanya,adakah akan dberi pengampunan sdgkan sseorg dlm kemurkaanNya 2010-02-11 12:49 AM

Dosa itu tidak ampunkan di akhirat ketika Allah banyak mengampunkan hambanya, di dunia, selagi ada nyawa di badan, setiap dosa akan diampunkan jika bertaubat bersungguh-sungguh.

Tazkirah-Hadis Salam ...Marilah Sama-sama Membaca,Memahami,Menghayati dan Mengamalkan ASSUNNAH Rasulullah SAW link 2010-02-10 1:41 PM

Guest SALAM.SEMASE SOLAT MAGHRIB SELEPAS IMAM BACE FATIHAH KITE KENE BACE FATIHAH TETAPI JIKA IMAM DAH MULAKAN SURAH LAIN.ADAKAH KITE KENE BEHENTI BACE FATI 2010-02-10 10:52 AM

Tidak, habiskan al-fatihah tersebut

aza ustaz..tukar password 2010-02-10 8:51 AM

Aida sabar ustaz. mungkinkah agenda non muslim yang marah ustaz bwk kuar patient hiv dr gereja..ada possibility x. kalu datang masjid uda jb boleh ustaz... ...bawakkan 1 copy selawat dibaie boleh ustaz ajar cara alunannya di akhir ceramah nanti...moga mendpt manfaat

2010-02-10 8:26 AM

tonet,Salam Ustaz... Ust ckp kena tanya dgn bhikmah org yg suka myakitkan hati kita, kenapa dia buat mcm 2 pd kita. Oleh kerana attitude nya yg teruk, bimbang akan jadik teruk. Blh ke klu kita perli je. Sebg cth, masa jiran tu 'hentam' pintu sewaktu kita lalu, kita ckp dgn jelas, 'sabar... Biar tuhan yg bls' @ ckp kat ank tp sebenarnya nak perli jiran tu, 'Adam jgn buat mcm tu, x baik....' @ yg paling kasar, 'Ni mesti masa kat sekolah x sempat bljr sivik, coz cikgu dah mati.....'. 2010-02-10 6:45 AM

Sebenarnya, tak payah layan sikap orang yang tak berakhlak, takut nanti kita juga terikut hilang akhlak. Nasihat saya, tak buat perkara di atas, nanti semakin teruk hubungan. Doalah dengan sabar

azmin r.pjg hanya mereka yg x beragama yg cuba menghalang web2 agama..kita2 serahkan kpd ALLAH bg menghackkan tangan2 perosak ni 2010-02-10 6:01 AM

hamba allah salam, ustaz saya ada terbaca 1 artikel yg mengatakan wanita xberkawin xboleh masuk syurga..betulkah ustaz??saya harap ustaz boleh terangkan... 2010-02-10 5:50 AM

Tak betul

Guest Ustaz, apa hukum bekas suami tak bayar nafkah edah setelah 3 tahun bercerai? Nafkah anak pun byk tertunggak. Pi mahkamah byk sgt proses kena buat. 2010-02-10 3:07 AM

Jangan risau, orang yang tahan hak manusia Allah akan tahan hak dia. Rezki kak dan anak insyaAllah akan terus ada walaupun bekas suami tak beri

dr.afeeq slm. Link [cbe ustz tgk dan tuliskn post berkenaan ini.sgt penting!]

2010-02-10 2:21 AM

Wak Kusai salam ustaz, ada ke rakaman selawat dari buku selawat dibaie yang boleh saya perolehi 2010-02-09 8:29 PM

Mmm, tak perasan pula ada atau tidak..

Guest ustaz tlg bg pandgn bg web inilink benarkah apa dikatakn ustaz itu? 2010-02-09 3:25 PM

ana ustaz dah jual jam pulak ker? 2010-02-09 2:18 PM

Lin Salam. jika sdh tercatat di Loh Mahfuz akhirat nnti syurga/ neraka, bolehkh kita sbg hamba mengubahnya. 2010-02-09 1:56 PM

Dengan doa dan usaha yang bersungguh-sungguh, Allah akan berikan setimpal dengan apa yang kita buat

Guest Ustaz,dalam NST hari ini bolehkah kita terima derma dari pertunjukan amal yg penyanyinya adalah prempuan n tak menutup aurat 2010-02-09 1:35 PM

Boleh, cuma cara gunakan derma itu, ada caranya. Buat perkara yang umum boleh guna seperti buat jalan dan sebagainya

Guest salam, ustaz kalau waktu syuruk 7.25 nak solat sunat isyrak pukul brapa..t.kasih

2010-02-09 1:08 PM

7.25

umie link cuba utz jenhag sekejap blog yg saya sertakan. apa hukumnya? haram? 2010-02-09 1:00 PM

Guest link salam ustaz. cuba utz buka sekejap blog yg di sertakan,apa pendapat ustaz? berdosa kah? 2010-02-09 12:57 PM

Guest ustaz, dimana boleh beli kitab ad-Dibaie yg mengandungi bacaan Selawat Nabi tu. T.ksh.

2010-02-09 7:49 AM

Banyak dipasaran. Penerbitan Jahabersa ada tak salah saya

Guest Bleh ke mkn limau mandarin yang dihantar oleh syarikat2 ke pejabat kerajaan? Adakah ianya salah satu unsur rasuah? 2010-02-09 7:15 AM

Boleh asal tidak terhutang budi

siti hawa salam ustaz,mcamana kita nak tolong orangtua(sgt tua) yg bekerja dgn majikan cina jual kerepek di tepi bangunan? 2010-02-09 6:57 AM

kalau mampu, tawarkan kerja yang lebih baik

http://hjarshad.blogspot.comSalam..Ustaz dtg nanti jgn lua bawa kitab Dibaie...Sy

2010-02-09 5:15 AM

(^_^) Ustaz, apakah cara kita nak tunaikan hak sesama muslim? 2010-02-09 4:50 AM

Baca hadis yang tentang hak muslim terhadap muslim ada 6 perkara

nur_2612 salam,ustaz sy nk tahu apa hukum jika kita m'gunakan peralatan dipjbt spt fotostat/print? perlu bgtau bos dulu ke? tp bos jenis yg tdk kisah. 2010-02-09 2:22 AM

Kalau bos jenis tak kisah tak mengapa, asalkan akad jelas, jangan kita aje agak-agak yang dia tu tak kisah

blueocean 1.Slm ustz.Btl ke rasullullah d jadikan x tahu mbca spya baginda x dtduh sngja mncpta ayt2 dlm al quran?Sya prnh dgr ttg ni dlm 1 forum agma d tv. 2.Tp bru2 ni sya ada t'bca baginda sbnrnya tdk 'ummi'..Ada khilaf ke ttg ni sbb sya prnh critakan ttg vrsi bginda seorg yg 'ummi' pd murid sya.. Bmbg nt org kta sya bw ajrn ssat lak.Hrp ustz dpt jlskan..Trima ksh.

2010-02-08 3:04 PM

1. betul

2. khilaf itu ialah ketika baginda wafat, adakah baginda ummi sampai mati atau sebelum mati telah pandai membaca berdasarkan ayat Iqra.

anti salam ustaz, apakah waktu yg elok (mula dr jam brape ke jam brape) solat dhuha?

2010-02-08 3:03 PM

Seeloknya jam 8-10

az zahrah ustaz.. adakah persaan tak kesah itu maknanya "kita redha"? bagaimana nak tahu bahawa kita ini redha atau tak kesah?2010-02-08 2:37 PM

tak kesah bermakna memberikan hak. Redha bermakna melepaskan hak

az zahrah assalamu'alaikum.. ustaz apakah sebenarnya maksud mengharap redha ALLAH, dan apakah pula maksud "kita redha"? 2010-02-08 2:34 PM

Mengharap ialah kita usaha semaksima agar Allah redha. Kita redha bermakna kita puas dengan melepaskan hak kita

nur salam ustaz.. boleh kah kita mohon pada ALLAH supaya seorg itu menjadi suami/isteri buat kita? kalau boleh apakah yang patut kita lakukan?clip_image001 2010-02-08 2:09 PM

boleh, seseorang akan dimudahkan dengan apa yang ditakdirkan pada kita. Dah doa, usahalah..

rohayu ismail apa pndgn ustaz ttg kandungan E-code dlm mknn yg dipercayai ada lemak babi?benarkah?2010-02-08 10:16 AM

tak semua e-code ada babi, beberapa nombor yang ada babi memang tak boleh..

rohayu assalamualaikum ustaz.sy nk tnya, apa hukumnya seseorg mggunakan wang insurans takaful utk pergi menunaikn haji?sy ada emailkn soalan lengkap kt ustaz 2010-02-08 10:06 AM

boleh sebab takaful adalah system Islam, jadi, hasilnya juga halal.

mas assalamualaikumb ustaz...btl kah org Islam tak boleh bakar baju yg tak boleh di pakai dah?

2010-02-08 9:24 AM

Atas niat

zah apakah makna mimpi melakukan seks dgn lebih dari satu lelaki.tksh. 2010-02-08 9:01 AM

Harapan terlalu tinggi untuk sesuatu

aida sekiranya ada mengambil anak angkat, bagaimana hendak menghalalkan hubungan sekiranya anak itu sudah berusia 2 tahun2010-02-08 8:54 AM

susukan

Guest Ustaz, di mana boleh dengar bacaan selawat dari Kitab Dibaie? Ustaz ada tak audio file yg boleh kongsi dgn kami? 2010-02-08 8:08 AM

InsyaAllah nanti..

sara Salam, sahkah wuduk saya kalau ada dakwat pen yang terkena tangan masa menulis?

2010-02-08 6:46 AM

sah

ingin tahu Betul ke tuhan dan kita adalah satu. apa dalilnya 2010-02-08 5:06 AM

Surah ikhlas

Guest susah hati saya memikirkan islam yg kita amalkan ini nanti tidak diterima Allah krn menolak hukum hudud. 2010-02-08 4:56 AM

Guest adakah aliran ASWJ yg kita amalkan skrg ini dah sesat kerana kita tidak mengamalkan hukum hudud..pening saya???? 2010-02-08 4:54 AM

Prinsip ASWJ adalah bab akidah. Perbahasan yang paling besar apabila ia berhadapan dengan fahaman seperti syiah, qadariah, jabariah, mujassimah dan sebagainya.

Dalam bab menolak hudud dengan niat tidak percaya, lebih pada membatalkan akidah secara umum, tidak di dalam perbahasan bab khusus di dalam ASWJ

jenal70 salam ustaz. sy seringkali masuk ke surau dgn iktikaf. boleh ke ustaz. boleh ke jika sy solat tahiyattul masjid sblum masuk maghrib bila spi surau. 2010-02-08 2:46 AM

Kewajaran iktikaf di surau ada khilaf kerana yang ada kelebihan iktikaf hanyalah masjid. Sebahagian ulama mentakrifkan masjid adalah yang buat solat jumaat. Jika ini takrifannya maka surau tidak termasuk, sebahagian mentakrifkan masjid adalah tempat khas untuk solat, maka jika ini takrifannya, maka surau termasuk di dalam takrifan ini.

Solat tahyatul masjid mana-mana waktu boleh buat hingga selepas asar pun boleh..

bard ust,boleh tak bunuh tikus,lipan,ular yang ditangkap didalam rumah?bagaimana cara terbaik utk bunuh?atau tidak elok dibunuh? 2010-02-08 2:36 AM

boleh, terbaik yang cepat mati

Guest Salam Ustaz. Swaktu suami sy meninggal, sy tdk mminta maaf drnya. walaupn spnjang masa sy ade d sisinya mengajar mengucap dn membacakn Yaasin. Krn td tdk tlintas lgsg dihati sy dia akan pergi. kini hati sy sntiasa sedih bila ingat sy tdk mminta ampun dr dia. Apa yg perlu sy buat ustaz. 2010-02-07 5:59 PM

Banyakkan sedekah dan niatkan untuknya

ahmad slm ustaz..minta ustaz terangkan cara2 yg afdal menyempurnakan uri bayi. Terima kasih.

2010-02-07 4:58 PM

Basuh dan tanam di tempat yang baik

azmin r.pjg harta yg d beri semasa hidup tanpa hebah atau pengetahuan semua anak2 tu sahkah..anak angkat yg terima tu 2010-02-07 3:35 PM

sah

azmin r.pjg salam.ustaz..adakah kambing nazar tu kena yg cukup umur. 2010-02-07 3:33 PM

tak perlu, ikut niat ketika nazar, kalau kambing secara umum, tak perlu, tapi kalau nazar menjurus kepada sesuatu jenis, maka kena ikut niat itu

Mohd dftr la di myjodoh.net...insyaAllah ia membantu... 2010-02-07 2:07 PM

HANIM askum..sy sdg mencari jodoh..ada sesiapa boleh bantu? 2010-02-07 1:43 PM

Guest Slm ust, melontar semasa haji jika lebih dari 7 biji batu sahkah? 2010-02-07 12:05 PM

sah

aishah salam ustaz.sya tidak dibnrkan lg dtg ke rumah emak,jika sy dtg adakah"jatuh talak keatas emak"ustaz 2010-02-07 9:08 AM

Jika datang maka jatuhlah talak tersebut.

zaimah Solat jemaah suami isteri, isteri sepatutnya disebelah kiri suamikan. Tapi kalau dlm bilik tak cukup ruang, boleh tak solat belakang suami? 2010-02-07 6:37 AM

boleh

Guest Camne kalu kta tengah solat mgrb..pda rakaat prtma..tiba2 msuk wktu insyak..ape yg prlu kta buat? 2010-02-07 3:34 AM

Teruskan solat, jika dapat satu rakaat pada waktunya, maka dikira kita telah menunaikan di dalam waktu tersebut

hasyimah Allahu Akbar us ada blog rupanya.ana dah lama cari macamna ana bleh cntc us.mgkin adapgrm2 yg ana bleh jemput us dtg.sgt suka dgn gaya pnympaian us 2010-02-07 3:14 AM

AHLUSSUNNAH 1412 SILA ZIARAH BLOG ANA 2010-02-07 2:51 AM

Guest apakah hukum mengambil wang BISP ( mengajar mat dan sains dalam b.inggeris).sebab saya mengajar matematik dalam bahasa inggeris bukan semua kelas. 2010-02-06 2:42 PM

Kalau memang ada peruntukan itu dan kita buat kerja betul, boleh

azirar apakah cara terbaik utk kita menegur kwn2 yg suka menceritakan keburukan org lain

2010-02-06 2:02 PM

Nasihat dengan baik dan selalu ulangkan

ct Salam, solat janazah bleh ke kite solat lebih dari sekali apa hukum nya jika solat lebih, adakah haram hukumnya ustaz? 2010-02-06 1:50 PM

boleh

mahasiswa saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengemukakan soalan agar menggunakan ayat penuh bukan singkatan..mudah sikit ustaz nak baca.. 2010-02-06 12:35 PM

blueocean bila mneral water ustz nk smpai ke trengganu? 2010-02-06 11:21 AM

InsyaAllah

blueocean clip_image002trima ksih ustz sbb paste halaqah cctv kt sni..sya t'lupa nk tgk hri 2..mmg mnarik topik ni.. 2010-02-06 11:19 AM

zaimah boleh tak solat sunat sebelum & selepas zohor dibuat kat surau pejabat? 2010-02-06 10:40 AM

Boleh

razialong salam ust..moga sihat n ceria..boleh saya link blog ust?saya follow. 2010-02-06 10:01 AM

Silakan

mama Salam, arwah bapa ada meningalkn harta dan emak tiri. Harta tsbut ada seblum brkhwin dgn emak tiri. Sblum meningal tlh brpsn harta tsbut utk anak2 ... dn tda utk emak tiri. utk emak tiri wng blnan shga brkawin lg. Bleh ke cara pmbhgn bgtu. Smua ats pstujuan brsma. Mnta pjlsan dri ustaz. Tk 2010-02-06 9:16 AM

Jika atas persetujuan dan keredhaan bersama, maka boleh

Muhammad salam ziarah 2010-02-06 6:46 AM

Salam

wak salam ustaz.msh bernajiskah tilam yg terkena kencing yang hanya kita jemur di bawah cahaya matahari? Jazakallah. 2010-02-06 1:37 AM

masih, kena basuh untuk sucikan

Guest Terima kasih ustaz kerana sudi menjawab soalan kami. Semoga ustaz dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat, insyaallah 2010-02-05 5:04 PM

Amin, jazakallah

Guest Jerry Pls sir, i will like to meet you face to face becos i really want to convert to agama islam 2010-02-05 5:01 PM

Berikan email tuan

ayuna apa maksud mimpi mengerjakan umrah? 2010-02-05 2:08 PM

Sedang berharap pada yang baik

Guest assalamualaikum ustaz, boleh tak saya bayar fidyah puasa pd ustaz. perlukah sebarang niat. bagaimana cara untuk membayarnya, 2010-02-05 1:37 PM

Perlu, berikan pada Yayasan dan maklumkan pada saya.

mahasiswa Assalamualaikum ustaz..adakah apa yang sedang berlaku di Patani Darussalam itu dikira jihad.. 2010-02-05 1:02 PM

Jika mempertahankan diri dan tanah air, termasuk di dalam jihad

Guest Salam ustaz, wang denda mencarut bolehkah di sedekahkan kepada masjid, diberi kepada fakir miskin, anak yatim atau belanja buat makan-makan? 2010-02-05 10:32 AM

Boleh

Hurrin Ain Salam Ustaz,apakah aurat diantara lelaki dengan lelaki yang sebenar-benarnya?... ada yang mengatakan bahawa aurat lelaki &lelaki adalah dengan hanya memakai seluar dalam.adakah ianya pendapat mazhab lain? 2010-02-05 10:08 AM

Pusat hingga lutut di dalam keadaan tanpa syahwat, jika ada syahwat, kena tutup badan

zurinaz assalamualaikum ustaza apakah hukumnya seorang anak melawan ibu kerana mempertahankan suami yang sememangnya tidak bertanggungjawab t 2010-02-05 8:44 AM

Seorang ibu boleh memberi nasihat pada hal rumah tangga anak tetapi tidak boleh berusaha mempengaruhinya. Mungkin anak menyampaikan pandangannya pada salah anggap ibu pada suaminya. Ibu pun, janganlah mudah mentakrifkan itu sebagai melawan

Ingintahu salam ustaz, apakah hukumnya suami isteri yg dah bercerai tapi masih tinggal serumah bersama anak2. Tk 2010-02-05 8:20 AM

Kena jaga aurat sebab mereka dah orang lain

Guest salam ustaz.. klu cuci baju atau selepas buang hajat, ade air basuhan yg memercik, ape hukum nye? time kasih ustaz. moga ustaz dilindungiAllah selalu 2010-02-05 6:22 AM

Cuci baju jika tidak najis, air itu suci tetapi tidak menyucikan kerana telah bercampur dengan sabun dan sebagainya. Air buang hajat jika bercampur najis maka jadi najis

Guest, Salam ustaz. sekrg ni byk yg saya tengok dlm tv/mediamasa yg mbuka keaiban/peribadi artis, perkara ini adalh 1 dosa, adakah kita yg menonton/membaca dpt dosa sama? 2010-02-05 3:28 AM

Atas niat

Zailani salam ustaz. macam mana nak jemput untaz bagi kuliah kat Langkawi?

2010-02-05 2:18 AM

Hubungi PA saya Aliya 019-6003643

Guest assalamualaikum, saya nak tanya pendapat ustaz berkenaan sistem sumbangan wang pos?apakah hukum sistem ini? 2010-02-05 1:49 AM

Atas nama sumbangan, boleh

Wallahualam,

Semoga menepati kehendak soalan, jika ada kesamaran, boleh tanya kembali

 

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Joyang Officetel, Sindorim, Seoul Korea

7 Rabiul Awal 1431/ 21 Febuari 2010 jam 10.15 pagi

2 comments:

Anonymous said...

salam, ustaz, saya nak bertanya, betul ke kalau kita pergi ke tanah suci mekah dengan ada bnyak dosa, tuhan akan segera memperlihatkan blasan terhadap dosa yang kita pernah lakukan?? saya bertanya kerana saya mungkin akan menunaikan umrah bersama keluarga,tpi saya rasa takut, malu nak pergi sana, banyak sangat dosa saya dah buat....sya takut Allah tak terima saya untuk tgk tmpat suci tu....

Anonymous said...

Salam Ustaz, sedih hati saya Ustaz. Suami saya lebih tua dari saya hampir 30 tahun. Walaupun dia tua tapi sihat dan kuat. Sejak awal tahun lepas beliau selalu syakprasangka terhadap saya, juga ada orang menghantar surat layan2 kepejabatnya memfitnah saya berzina. Saya terus mendoa dan mengawasi diri. Pada bualn April saya nampak suami saya menjemput seorang wanita cina yg agak tua kedalam salah satu rumah kosong kami yg tidak jahu dari rumah kami. Sebelum itu suami saya telah talipon saya dan kata beliau akan ada di kelab golf utk berapa jam. Maka sangat teperanjat saya apabila ternampak beliau bersama perempuan cina di rumah kosong, dimana kereta telah parking jalan belakang. Saya talipon suami dan memberitahunya, saya ada luar rumah kosong itu dan bertanya dengan siapa dia berada di dalam bersamanya. Mereka keluar dan lari masing2. Saya seperti orang yg hilang akal. Apa patut saya buat? Suami tersayang saya ini tidak mengakui perbuatanya. Dia juga minum arak dan tidak sembahyang, hanya sembahyang semasa berada di kampong sahaja. Sekian terima kasih kepada Ustaz atas nasihat yg akan diberi.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...