Thursday, February 25, 2010

Universiti Kehidupan 141 – Masjid Dan Lubuk Maksiat di Seoul

Ketika mula-mula sampai di Korea ini, saya tinggal di Guro, Seoul.

Setelah dua hari di sini, saya berpindah ke Itaewon, berdekatan dengan masjid terbesar di Seoul (Seoul Central Mosque).

Mula-mula sampai di Itaewon ini, saya terus ke masjid dahulu. Agak penat juga menaiki tangga untuk sampai ke masjid ini. Selepas solat maghrib, saya mula turun menuju ke Hotel Doro, sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari masjid ini.

Saya agak terkejut apabila diberitahu oleh pelajar Malaysia di sini, bahawa Itaewon adalah tempat lubuk maksiat. Terdapat banyak rumah maksiat sama ada yang normal atau abnormal.

Macam mana dekat dengan masjid banyak tempat maksiat ini?

24 Febuari 2010 jam 8.00 malam. Saya pergi ke kedai buku terbesar di Seoul, Kyobo Bookstore. Memang kedai ini sanggat besar. Saya mencari beberapa buku untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Korea.

Saya meneliti sejarah Itaewon.

Sejarah Itaewon bermula apabila ia menjadi penempatan tentera Jepun ketika Jepun menduduki negara ini. Ia menjadi tempat berhibur bagi tentera jepun.

Ketika Jepun dikalahkan pada tahun 1945, tempat ini diambil alih oleh tentera Amerika. Ia juga menjadi tempat berhibur bagi tentera Amerika, ia menjadi lubuk maksiat di Seoul ini.

Masa terus berlalu hinggalah para pendakwah mula aktif datang ke Korea ini.

Di tengah-tengah lubuk maksiat ini, datang pendakwah Islam, berusaha membina rumah Allah di atas bukit Hooker di Itaewon ini pada tahun 1976 (Robert Koehler (2009). Seoul, Seoul Selection, Korea hal. 205.

Barangkali berbekal hadis Nabi saw:-

“Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga” (HR Muslim)

Usaha mereka membina masjid di tengah-tengah lubuk maksiat ini berhasil.

“Barangkali, tiap-tiap hari kena azan, maka lama kelamaan tempat-tempat maksiat ini sudah semakin berpindah jauh dari masjid ini” kata saya pada beberapa pelajar Malaysia di Korea di sini.

“Kena azan, syaitan pun panas, lama-lama cabutlah dia” salah seorang mereka menambah.

Jadi, persoalannya, bukan kenapa di tepi masjid ada tempat maksiat? tetapi persoalannya ialah bagaimana mereka membina masjid ini di tengah-tengah tempat maksiat ini?

Ramai orang kagum dengan bunga yang sedang kembang mekar, tetapi tidak ramai yang bertanya, bagaimana ia mula-mula tumbuh.

Inilah antara usaha yang pernah dibuat oleh para pendakwah kita. Sejak tahun 1976, ketika masjid ini mula terbina, hinggalah sekarang, berbagai usaha telah dibuat untuk mengembangkan lagi Islam di Korea ini.

Hinggalah komuniti Muslim di sini mula membuat pusat pendidikan. Di masjdi ini , ia telah dimulakan dengan mewujudkan pra sekolah “Prince Sultan Islamic Preschool”.

Sesungguhnya, Korea memerlukan lebih ramai pendakwah untuk datang membantu di sini. Dan semoga satu hari nanti, gerakan dakwah akan lebih aktif di sini, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Doro Hotel Itaewon, Seoul Korea

25 Februari 2010 jam 10.00 pagi.

IMG_9366

Seoul Central Mosque

IMG_9369

Dari hadapan

IMG_9376

Masjid dari dalam

IMG_9378

Premis sarang pelacuran di sini sedikit demi sedikit diambil oleh Komuniti Islam dan dijadikan pusat ekonomi mereka

IMG_9380

Pasaraya Islam

IMG_9381

Bakery halal muslim

IMG_9382

Kedai komputer

IMG_9388

Kenangan bersama pelajar Korea dan Jepun di Itaewon

IMG_9612

Kyobo Bookstore, kedai buku terbesar di Seoul ini

IMG_9613

Kedai buku Kyobo dari dalam

5 comments:

Anonymous said...

salam, best sangat rasanya membaca blog ustaz..rasa macam nak terbang ajer ke sana nak merasai pengalaman seperti ustaz.

Anonymous said...

assalamualaikum...blog ni bez sangat..punya niat utk pg ke sana...semoga akan ada ramai pendakwah di sanak..

Anonymous said...

salam ustaz. saya bercadang nak ke seoul bersama keluarga. kalau tak keberatan boleh saya tahu macam mana nak book hotel doro...rasanya tak ada website. Adakah daerah/hotel tu selamat untuk keluarga? terima kasih.

Anonymous said...

saya akan ke seoul disember ni. Dan bercadang nak tinggal di itaewon. Ada tak hotel/guesthouse bilik sekitar RM100 semalam di sini.

yad'z said...

pinjam artikel untuk dishare ya ustaz..