Tuesday, February 2, 2010

al-Ijabah 45 – Permulaan Pembinaan

“Seribu kawan itu sedikit, seorang musuh itu ramai” terngiang-ngiang kata Imam as-Syafie di telinga saya ketika rumah perlindungan HIV kita dikomen oleh sesetengah pihak.

(Diwan al-Imam as-Syafie, Darul Fikr,2005, hal 219).

Kenapa Imam al-Syafie berpesan kepada kita demikian? Kerana seseorang yang tidak senang dengan kita akan sentiasa menyusahkan kita seperti kita dikelilingi oleh seribu orang.

Komen-komen yang diberi memberi semangat kepada saya dan semua sahabat dari al-Ijabah untuk lebih memperkasakan perjalanan rumah ini.

Lebih semangat apabila saya mendapat khabar bahawa gereja ini mula mengisikan tempatnya dengan orang Melayu kita lagi.

“Ye, mungkin kita tidak sebaik gereja yang telah beroperasi bertahun-tahun, tapi doakan” itu sahaja yang mampu saya ucapkan.

Baru enam bulan beroperasi sudah tentu terdapat kelompongan situ dan sini. Tapi InsyaAllah.

Ahad 31 Januari 2010, dengan izin Allah jua, kita telah memulakan fasa awal pembinaan rumah perlindungan HIV ini di Puchong.

Tanah mula ditambak dan juru ukur telah mula mengukur secara tepat tanah seluas 10 000 kaki persegi ini. Pada asalnya, ia diniatkan untuk pembinaan rumah anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah, tetapi, setelah rumah al-Ijabah berjaya membeli tanah seluas dua ekar tidak jauh dari tempat ini, maka pembinaan kompleks al-Ijabah itu dirancang di atas tanah 2 ekar ini.

Saya mula berbincang dengan beberapa kontraktor dan akhirnya, seorang kontraktor bersetuju untuk membantu membinanya dengan kos yang rendah.

“Ustaz, kalau buat ni pun, dalam RM 300 000 juga ni” kata Haji Daud, kontraktor yang membantu untuk membinanya.

“RM 300 000 nak cari dalam 6 bulan, dari mana ye?” kata seorang sahabat.

“Tak apa, semua ini urusan Allah, jika Allah mahu ia terbina, insyaAllah, Allah akan datangkan kemampuan ini” kata saya ringkas.

Melihat tanah ini mula ditambak, saya bersyukur pada Allah. Tak sangka, tanah yang dibeli empat tahun lepas rupanya Allah sediakan untuk usaha ini.

Semoga ia menjadi satu jariah untuk kita dikemudian hari. Syukur padaMu Allah, dan terima kasih kepada semua yang bersama-sama di dalam usaha ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Sama ada secara zahir atau secara maya.

Mudah-mudahan Allah terus juga berikan keikhlasan pada yang terlibat, amin…

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

17 Safar 1431/ 2 Febuari 2010

IMG_6373

Juruukur melihat plan tanah

IMG_6380

Bersama Haji Daud, kontraktor yang akan membantu membinanya.

IMG_6388

Alat ini memang canggih, kalau tengok anak bulan di balai cerap, mereka akan gunakan alat seperti ini.

IMG_6411

Semoga ia dibantu Allah, amin…

1 comment:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Moga berjaya dan dipermudahkan urusan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...