Korea adalah Negara yang pro Amerika. Ini kerana Amerika pernah membantunya di dalam peperangan dengan Korea Utara.
Negara di sini adalah Negara empat musim. Beza jam dengan Malaysia ialah +1 jam. Perjalanan menaiki kapal terbang ialah 5 jam lebih. Kalau perjalanan sejauh ini ke arah Timur tengah, sudah tentu perbezaan jamnya sudah jadi 3 atau 4 jam.
Oleh kerana negara berbagai musim, cabaran juga berbagai.
Latarbelakang agama mereka adalah Buddha, tetapi Kristian banyak membuat gerejanya di sini.
Kalau dahulu, mereka mempercayai semangat dari datuk moyang dan dewa-dewa.
Walaubagaimanapun, Agama Islam bukanlah asing bagi mereka
Oleh kerana bagi fahaman mereka nombor 4 membawa kepada kesialan, mereka tidak menggunakan nombor empat untuk banyak perkara. Jadi, jika di dalam lif, nombornya akan berturutan 1, 2,3 F, 5, 6, 7, 8
Tilik nasib di sini tak macam dekat negara lain, di sini ada ruangan khas di tempat membeli belah dan ramai yang keluar masuk, mempercayainya.
Di satu tempat ada pintu gerbang yang tertulis, sesiapa yang melalui dibawahnya tidak akan menjadi tua
Penerangan mengenai pintu gerbang ini.
Pengajian sejarah bangsa amat ditekankan hingga mereka begitu bangga dengan bangsa mereka.
Oleh kerana keyakinan diri dengan bangsa sendiri, mereka banyak membuat barang-barang sendiri dan orang mereka begitu memberi sokongan kepada barangan tempatan.
Pengajian sejarah direntaskan dijalan-jalan dan simbol sejarah bangsa dipelihara dengan baik. Anak-anak pelajar dapat mempelajari sejarah di jalan-jalan di bandar Seoul ini.
Di Istana lama di bandar Seoul juga, mereka masih mengekalkan penjaganya dengan pakaian tentera tradisonal
Jika melawat Istana Gyeongbok, kita akan dapat merasakan suasana silam dengan para pengawal yang berpakaian tradisional
Mereka begitu menjaga kesan sejarah bangsa, gambar di atas ialah bangunan lama di tengah bandar Seoul.
Penerapan budaya membaca di gambarkan melalui patung-patung di jalan. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian saya, budaya membaca di sini tidaklah hebat seperti di Moscow atau di Barat.
Orang di sini agak amanah, menurut pelajar di sini, jika kita terjatuh barang sekalipun, atau tetinggal di restoran, di teksi, mereka akan berusaha untuk memulangkannya semula. Jika jual handphone, hanya letak di luar dan yang menjaga ada di dalam kedai. Tetapi tidak ada kes kehilangan.
Mungkin sebab selamat dan aman di sini, maka jarang-jarang kelihatan polis di sini. Teksi sini murah, asalkan jangan naik teksi warna hitam. Teksi hitam adalah teksi Limo. Di sini, teksi memang akan mengambil penumpang. Tak ada istilah tak nak ambil
Walaubagaimanapun, di dalam bas dia ada kamera CCTV. Teknologi CCTV di sini murah dan sebab itu semua benda boleh pasang CCTV.
Kemudahan pengangkutan awam di sini banyak, ada Metro, kereta api, bas dan teksi. gambar adalah menuju stesen Metro, di hiasi dengan lampu lama. Tapi tidaklah secantik stesyen di Moscow.
Pembedahan Plastik di sini diamalkan agak meleluasa. Kebanyakkan orang di sini membuat pembedahan plastik terutama untuk membesarkan mata mereka.
Free peluk di bandar Seoul.
Cerita-cerita Korea kebanyakkanya berkaitan dengan perasaan. Orang di sini mempunyai perasaan yang halus. Jika sedih, panjang sedihnya dan oleh kerana tidak banyak yang berpegang pada agama, di sini kes bunuh diri antara tertinggi di dunia, dari bekas PM hingga ke artis-artis glamour. Kes bunuh diri di sini mencatatkan 15-44 kes bagi setipa 100 000 orang. Tahun lepas, seorang model terkenal, Daul Kim, 20 tahun, mati membunuh diri.
Mereka agak bersih dibandingkan negara China walaupun tidak sebersih orang Jepun.
Mereka menggunkan sarung tangan untuk memasak
Selera makan kita dengan orang Korea agak sama, mereka makan nasi dan masakan lauk mereka ada campuran unsur manis, masin, masan dan pedas, berbeza dengan China, atau Hongkong yang kebanyakkan masakannya sup dan mee sahaja.
Di sini, kita boleh makan ikan dan berbagai cara masakan boleh didapati.
Di sini juga, ada restoran masak nasi goreng di meja pelanggan.
Budaya berniaga di sini agak tinggi. Berbagai-bagai cara mereka berniaga.
InsyaAllah kita akan berkongsi lagi nanti.
“Pengalaman Guru Tanpa Bicara”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Joyang Officetel, Sindorim, Seoul Korea
Isnin 8 Rabiul Awal 1431/ 22 Febuari 2010 jam 8.20 pagi
2 comments:
salam, saya seronok mengikuti blog ustaz kerana banyak ilmu dapat dikongsi..terutama dari pengalaman ustaz ke negeri orang...saya tak dapat pergi pun rasa macam dah pergi bila baca blog ustaz...hehehe
perkongsian yang menarik!
terima kasih
saya akan mengikuti lawatan sambil belajar ke korea,esok 1/2/2012..
smoga smuanya berjln lancar..amin.
Post a Comment