Saturday, February 13, 2010

Universiti Kehidupan 137 – “Kelas Arab 101”

“Kelas Arab 101, menarik bunyinya, tapi kenapa 101? tanya saya ketika diminta untuk sama-sama berlakon di dalam Drama ini.

“Kalau kita nak tanya sesuatu, kita kan kena dail 101, tanya operator, jadi dari situlah datangnya nombor 101” salah seorang bahagian pentadbiran menjawab.

Hari ini, Jumaat jam 9.00 malam, 27 Safar 1431/ 12 Febuari 2010, saya dijemput untuk melakonkan beberapa babak di dalam Drama “Kelas Arab 101”. Drama yang membuat pergambarannya di Mesir baru-baru ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang mempelajari bahasa Arab.

Antara pelakon yang bersama-sama ialah Abang Ramli Sarip.

Kalau dahulu, tuan-tuan guru selalu berkata:-

Kehidupan di dunia ini adalah satu pentas lakonan.

Kenapa kata-kata hikmah ini boleh keluar?

Rupanya memang betul. Di dalam dunia lakonan, kita tertakluk kepada arahan pengarah. Apa yang pengarah minta untuk kita buat, maka kita kena laksanakan.

Setiap perkataan perlu selaras dengan skrip. Apa yang diminta kita cakap, kita kena cakap dan apa yang diminta kita mengulas, kita kena ulas.

Begitu juga kehidupan ini.

Dalam TV orang nampak putih, tapi sebenarnya di luar kulitnya hitam. Pencahayaan dan make up dapat membuatkan seorang yang hitam dipandang putih.

Di dalam TV nampak kurus, padahal sudut kamera diletakkan akan memperlihatkan kita seolah begitu ideal.

Jika sedang di dalam skrip ketawa, kita disuruh ketawa walaupun pada perkara yang sudah beberapa kali diulangkan lawak itu.

Apa yang dipaparkan tidak menggambarkan situasi sebenar sesuatu keadaan.

Begitulah juga kehidupan di dunia ini. Kadang kala, kita melihat orang lain begitu bahagia dan kita begitu mengidolakan mereka, tetapi rupanya, keadaan hidup mereka penuh dengan masalah dan ujian.

Kita melihat orang masuk ke dalam majalah, menjadi contoh keluarga bahagia, tetapi sebenarnya, sering menghadapi krisis rumah tangga.

Kita sering mengidolakan anak kita menjadi anak yang berjaya dengan teori-teori pembelajaran yang kadang-kala tak pernah pun diamalkan oleh orang yang berjaya.

Kita sering menggambarkan kehidupan ini yang indah-indah belaka sehingga kita sering membuat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain.

Kita sering berkata:-

“Hidup aku ni susahlah, tengok orang tu, kereta besar, rumah besar”

Kita tidak tahu bahawa, dia ada rumah besar, tetapi isterinya begitu memeningkan kepalanya..

Anaknya lari dari rumah..

Suaminya selalu menyakiti hatinya…

Akhirnya, kita tertipu dengan kehidupan yang kita bandingkan dengan kita.

Akhirnya hilang kesyukuran dan ketenangan dalam hidup kita,

Akhirnya kita selalu mengeluh dan tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah ada.

Kenapa?

Ya, jika kita telah mula membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain, maka bermulalah hilangnya kebahagiaan kita.

Jadi, belajarlah menghargai diri kita, belajarlah menerima hakikat diri kita, belajarlah memaafkan kesalahan diri kita.

Orang lain tidak akan jadi seperti kita dan kita juga tidak akan menjadi seperti orang lain.

Sesungguhnya, apa yang kita lihat kebanyakkannya tidak menggambarkan realiti sebenar sesuatu perkara itu kerana, kebanyakkan kita sedang memerhatikan pelakon-pelakon di pentas kehidupan.

Sesungguhnya, hidup di dunia ini ibarat pentas lakonan, jangan kita tertipu dengan apa yang kita pandang.

Baliklah pada al-Quran dan hadis untuk menerima hakikat sebenar kehidupan. Dari al-Quran dan hadis sahajalah, kita akan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Safar 1431/ 13 Febuari 2010 jam 1.15 pagi

IMG_8123

Memerhatikan skrip

IMG_8130

berbincang sebelum memulakan pengambaran

IMG_8144

Hidup ibarat pentas lakonan, banyak yang indah kita lihat sebenarnya tidak begitu

IMG_8156

Persediaan akhir

IMG_8158

Kita akan hilang kebahagiaan jika kita mula membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

IMG_8161

Berbual dengan Abang Ramli Sarip, insan seni penuh falsafah di dalam hidupnya

3 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Wah! Jadi pelakon sekarang yer.. Boleh minta otograf? :)

rizzar said...

ya ustaz kita ni terlalu kerdil.. kdg2 kwn2 ckp yg dia kesian tgk saya dibebani kerja2 yg mencabar.. sesusah mana pon kerja tu saya cuba usaha kan yg terbaik.. tp pandangan org tak sama seperti yg ada dlm kotak fikiran saya.. saya terima aje pandangan tu wpon saya pelik.. baik lah mmg hati manusia tu berlainan..

twistal said...

salam ustaz...

1) nak tumpang tanya

2) ustaz dah tonton "the arrival"?

3) sebab 101 ada maksud tersendiri yang telah dikupas dalam cerita "the arrival"

4) dan kalau ustaz dah tengok, apa pendapat ustaz tentang cerita itu?

5) thanks... salam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...