Thursday, February 25, 2010

Universiti Kehidupan 140 – “Jiwa Yang Perlu Diisi…”

Sesebuah masyarakat dibentuk dengan kepercayaan yang mereka pegang. Masyarakat Korea adalah sebuah masyarakat yang berpengang dengan kepercayaan Confucianisme dan Korea satu-satunya negara yang berpegang dengan fahaman ini lebih kuat dari negara China sendiri (Choi Joon-Sik, Dr. (2007) Understanding Koreans And Their Culture, Her One Media, Seoul, hal. 16)

Adat-adat ketimuran yang terbentuk di kalangan masyarakat Korea dibentuk dengan menghormati keluarga. Ia berdasarkan ajaran Confucianisme ini.

Oleh kerana ritual terbesar bagi kepercayaan mereka ialah nyanyian dan tarian, maka tidak hairan di kalangan masyarakat Korea lahir banyak jenis seni hiburan (Understanding Koreans And Their Culture (2007) hal. 72).

Bermula dengan kesenian tradisional hinggalah lahir hiburan-hiburan moden.

Mutakhir, filem-filem Korea menembusi dari timur hingga ke barat, dari Jepun hingga ke US seperti drama “Sarangi Mogille” (Apa itu cinta?) , dan “Winter Sonata”.

Pada tahun 2004, filem Korea memenangi “the best director’s” di semua festival filem yang berlangsung di Venice, Berlin dan Cannes dan pada tahun 2007, Korea memenangi pelakon terbaik di Cannes. (Understanding Koreans And Their Culture (2007) hal. 82).

24 Febuari 2010, setelah selesai beberapa urusan, jam 2.00 petang ,saya pergi ke Dongdaemon Market (Pasar Gerbang Timur). Ia merupakan pusat membeli belah yang terkenal di Korea ini.

Satu lagi pasar yang terkenal di sini ialah pasar Namdaemon (pasar gerbang Selatan). Kedua-dua pasar merupakan pasar tertua di Korea Selatan ini. Ia merupakan pasar retail terbesar di Seoul.

Ketika saya memasuki plaza fabric, Semua orang sedang duduk khusyuk melihat tv hingga kedatangan pelanggan kurang dilayan. Rupanya mereka sedang melihat sukan ice skating di Voncouver Canada, sukan Olympic musim sejuk, dan Korea memenanginya. Olahragawati ini (Kim Yuna) cukup disanjung.

Pagi ini 25 Febuari 2010, saya melihat berita, dari tentera hingga ke Professor Universiti mengulas mengenainya. memang menjadi kegilaan di sini dengan sukan ice skating. Orang di sini cukup menghargai kesenian, nyanyian dan filem-filem berkaitan emosi dan perasaan.

Memang hiburan dan kesenian cukup banyak di sini dari yang diiktiraf hingga yang tidak.

Walaubagaimana pun, oleh kerana ketenangan dicari dengan cara hiburan semata-mata, Korea antara negara tertinggi kes membunuh diri. Mungkin jiwa masyarakat ini yang halus atau mungkin tidak tahan dengan tekanan hidup.

Dari bekas Presiden hingga ke penyanyi dan pelakon membunuh diri. Mereka menghiburkan orang lain tetapi diri sendiri pun tidak terhibur.

Mereka mula kembali kepada agama. Dan oleh kerana gerakkan kristian masuk dengan begitu aktif sekali, ramai orang Korea kini beragama Kristian.

Pada pandangan saya, oleh kerana keperluan jiwa yang perlu diisi di sini, komuniti Muslim di Korea memerlukan lebih ramai para pendakwah untuk datang membantu pengisian program Islam di sini.

Jika orang kristian begitu aktif datang dan menyebarkan agama mereka, maka sudah tentu tanggungjawab seluruh muslim untuk sama-sama memikirkan bagaimana cara untuk membawa kalimah tauhid ke negara ini.

Walaupun kita merasa ini satu tugasan yang agak besar, tetapi ia perlu dibuat dan dilaksanakan bersama. Setakat ini, ia telah dimulakan oleh sahabat-sahabat kita dari India, Paksitan dan Bangladesh. Semoga satu hari nanti, lebih banyak negara dan bangsa Muslim yang datang bersama-sama membantu operasi dakwah di sini.

Sesungguhnya, Islam itu syumul dan global sifatnya. Jika Islam itu global sifatnya, maka dakwah juga perlu bersifat global.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Doro Hotel, Itaewon Seoul

25 Febuari 2010 jam 9.45 pagi

Kim Yuna terkenal menandingi polulariti artis

Dari para pelajar

anak-anak kecil

tentera hingga professor di universiti mengulas dengan gembira

Oleh kerana ketenangan dicari denga hiburan semata-mata, jiwa menjadi kosong dan Korea antara negara tertinggi kadar membunuh diri

IMG_9312

Peluk percuma, kekosongan jiwa anak-anak muda di sini.

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...