21 Febuari 2010 jam 11.00 pagi, saya bersama beberapa pelajar dari Jepun di ajak untuk melawat Istana Gyeongbok. Ia terletak di sebelah utara kota Seoul (Gangbuk). Ia dibangunkan oleh Dinasti Joseon pada tahun 1394 oleh Jeong do jeon.
Jepun telah menawan Korea pada tahun 1592-1598 dan telah menghancurkan istana ini. Ia kemudian dibangunkan kembali sekitar 1860-an dengan 330 buah komplek bangunan
Pada tahun 1895, Maharani Myeongseong telah dibunuh oleh orang Jepun. Raja Gojong meninggalkan istana ini bersama anggota keluarganya yang lain dan tidak akan pernah kembali lagi.
Pada tahun 1911, sekali lagi jepun menjajah Korea dan sekali lagi istana ini telah dihancurkan kecuali 10 bangunan utama. Pihak jepun kemudiannya telah membangunkan Bangunan Pemerintahan Utama Jepun di sini.
Ketika Korea mengisytiharkan penubuhan Republik Korea pada tahun 1948,Presiden Syngman Rhee menggunakannya sebagai pejabat dan tempat kediaman.
Kami sampai di sini lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Kini, Istana Gyeongbok telah menjadi Muzium Istana Kebangsaan Korea (National Palace Museum Of Korea).
Mula-mula melangkah ke sini, tiba-tiba suasana seperti berubah.Saya seolah-olah melangkah ke mesin masa yang kembali ke zaman purba.
Kawasan Istana di Bandar Seoul ini, tiba-tiba menjadi kawasan tanah tanpa simen. Di hadapan pintu masuk terdapat pengawal-pengawal istana dengan pakaian perang, berpedang, berpanah dan ada yang memegang lembing.
Keadaannya seperti di Istana Buckingham di London yang mempunyai askar yang menjaganya, berdiri seolah-olah patung. Bezanya, pakaian di Istana Buckingham ialah agak moden sedangkan di Istana Istana Gyeongbok ini, pakaian mereka adalah pakaian tentera silam.
Orang ramai boleh mengambil gambar dengan mereka tetapi tidak boleh menyentuh mereka. Ada satu pengawal berpakaian tentera lama yang mengawal orang awam yang ingin bergambar.
Saya berjalan di setiap sudut di tempat ini. Penjagaan dan pemuliharaan yang dibuat menjadikan seolah-olah istana ini betul-betul berada di zamannya.
Ramai anak-anak pelajar yang datang dan guru pengiring akan menerangkan mengenai sejarah bangsa mereka.
Saya terfikir, alangkah baiknya kalau di Malaysia dibuat begini, istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak di kaki Bukit St. Paul Melaka dibuat satu suasana orang Melayu lama. Ada penjaga berpakaian pahlawan Melayu dan ada pengajian sejarah bangsa dengan kaedah yang menarik.
Ia bukan sahaja menjadi daya tarikan pelancong, tetapi menjadi anak-anak muda mengenal jatidirinya.
Paling kurang, gambaran bahawa orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam dapat ditunjukkan.
Orang Melayu memang tidak boleh dipisahkan dengan Islam dan Islam itu sendiri merupakan jatidiri bangsa Melayu.
Jika kita melihat takrifan Melayu itu sendiri ialah, orang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.
Apabila sedikit demi sedikit jatidiri Islam berkurangan dari bangsa Melayu, maka sedikit demi sedikit bangsa Melayu hilang jatidirinya.
Hari ini, kita rungsing dengan kekalutan anak-anak bangsa yang terlibat dengan dadah, rogol, mencuri, seks bebas dan sebagainya.
Kenapa perkara ini berleluasa?
Kerana, anak-anak bangsa telah lupa akan jatidiri mereka.
Saya pernah di tanya oleh seorang professor di Rusia ketika saya mengajar di Moscow State Universiti, Moscow awal tahun lepas, mengenai keadaan anak muda di Rusia berbanding di Malaysia.
Ketika saya memberikan jawapan bahawa kadar pergaulan anak muda di Malaysia tidaklah seteruk di Rusia, spontan beliau menjawab:-
“Malaysia lainlah, Malaysia ada Islam, Islam membuat kamu jadi baik”.
Orang yang bukan Islam juga mengakui bahawa agama itu membawa kita menjadi baik.
Keluar dari Istana Gyeongbok memberi kesedaran kepada saya bahawa, sejarah tidak boleh diketepikan di dalam membina jatidiri bangsa.
Jika kita lupakan sejarah, nanti anak bangsa lebih membesarkan budaya asing dari budaya sendiri. Yang lebih malang apabila budaya luar yang bertentangan dengan Islam itu yang dibanggakan sedangkan dalam waktu yang sama, anak-anak ini menganggap Islam itu rendah dan ketinggalan zaman.
Sesungguhnya, jatidiri bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam, jika dipisahkan, Melayu akan tinggal layunya sahaja.
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Zaman”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Doro Hotel, Itaewon Seoul Korea
10 Rabiul Awal 1431/ 24 Febuari 2010-02-24 jam 1.00 pagi
Bersama pelajar Korea dan Jepun
Kita tidak perlu membina patung seperti ini, tetapi biarlah sejarah bangsa dapat diajar dengan cara yang menarik
Jalan untuk ke Istana Gyeongbok
Maharaja Korea
Sejarah yang dicatatkan menurut tahun di jalanan
Pintu gerbang Istana yang sedang diperbaiki. Kotak berwarna warni ini hanyalah penutupnya, di sebalik kotak ini terdapat gerbang besar untuk ke Istana
Kini, Istana Gyeongbok menjadi Muzium
Pengawal silam di Istana Gyeongbok
Gaya dan pakaian mereka seolah-olah tempat ini berada di zamannya
Bersama ketua pengawal
antara pengawal Istana Gyeongbok
Ada seorang pengawal yang akan menjaga pelawat. Di belakang badannya terselit walkie talkie. Tentera lama dengan peralatan moden.
Sejarah Istana Gyeongbok
pintu masuk ke Istana Gyeongbok
Kenangan bersama pelajar Korea dan Jepun
Gerbang Istana Gyeongbok
Di tengah Istana ialah patung naga, naga Korea berjari enam
Tasik di kawasan Istana yang beku
Di kawasan kuil di dalam Istana Gyeongbok
Solat berjemaah di kawasan Istana Gyeongbok
1 comment:
Salam Ustaz, Saya Arif pelajar dr Jepun. Kite ade berjumpa & berjemaah hari tu di Seoul. Saya yg pakai jaket warne merah tu kalau Ustaz masih ingat. Heheh. Semoga journey Ustaz selamat dan sentiasa diberkati...Insyallah kite berjumpa lagi. Askm W.B.T
Post a Comment