Sudah tiga hari blog saya didatangi oleh posting asing yang dipublishkan. Macam-macam ada diiklankan dari software cetak rompak, beg tangan, jam hinggalah ubat Viagra.
Hari ini, Rabu 25 Safar 1431/ 8 Febuari 2010, saya menghadiri satu mesyurat rumah perlindungan HIV di bangunan Utara MAIS.
Saya disapa oleh seorang pegawai dari MAIS hari ini:-
“Ingatkan sekarang ustaz dah jual beg tangan dan jam”
“Tak tahulah, macam mana saya nak buat” jawab saya ringkas.
Saya telah berhubung dengan beberapa orang untuk membantu, setakat ini belum ada jalan penyelesaian lagi.
Jadi, setiap kali posting yang tidak dikenali keluar, terpaksalah buang dan buangkan.
Banyak kerja sikitlah gayanya.
Tapi tak apa, ia sebagai cabaran di dalam dakwah di alam maya ini, semoga ia terus dibantu Allah, amin…
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
25 Safar 1431/ 10 Febuari 2010 jam 4.40 petang
3 comments:
salam ustaz...
saya pun terperanjat juga dengan "promosi2" ustaz...
tapi, bila di lihat smula, rupanya "virus" yang menyerang...
semoga ustaz terus berdkwah di alam siber ini...
cuba tukar password..
Salam UStaz,
Kelakar pun ada.. tetiba jadi pengedar viagra..
Post a Comment