Sunday, February 7, 2010

Diari 163 – Mmm…Perjalanan Hari Ini…..

21 Safar 1431/ 6 Febuari 2010, jam 5.00 pagi. saya telah bertolak ke Penang di dalam rangka membincangkan mengenai MOU pendidikan yang telah saya buat dengan Maahad Ihsaniah (MANHAL) sejak 2004 lagi.

Maahad Ihsaniah sekarang berada di bawah HPA dan yang menarik, antara subjek yang diajar di Kolej ini ialah Asas Pengetahuan Herba.

Mesyuarat bersama Pengarah MANHAL ustaz Jamaluddin Ali berjalan dengan baik dan diakhiri dengan persetujuan untuk terus bekerjasama.

Ini adalah antar MOU pendidikan yang dibuat untuk menjamin masa depan anak-anak Tahfiz dan Yatim al-Ijabah agar mereka dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tamat mesyuarat jam 12.00 tengah hari, Ustaz Jamal mengajak saya dan rombongan untuk makan tengah hari.

Jam 1.00 tengah hari, saya dan rombongan terus bertolak balik untuk program malam ini di Janda Baik Pahang.

Jam 6.45 petang, saya telah mula memasuki jalan ke Kampung Janda Baik ini.

Melalui jalan-jalan ke Kampung Janda Baik, kita akan melintasi pemandangan yang cantik, kampung ini, jauh dari kesibukan hiruk pikuk bandar. Pemandangan petang di sini dihiasi dengan gelagat penduduk kampung yang ke sana ke mari dengan menaiki motosikal.

Inilah kali pertama saya ke Kampung Janda Baik. Kami berhenti di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar Kampung Janda Baik Bentung.

Di sana, para pelajar dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya telah menunggu.

Malam ini saya memenuhi undangan dari Kolej Kediaman Ibnu Sina Universiti Malaya untuk program Kempen Kesedaran Kesihatan “Jom Sihat “10” di Di dewan Jubli Emas SK Janda Baik bertajuk “Sihat Itu Mudah”

Rakan ahli panel malam ini ialah

Prof. Dr. Abdul Latiff bin Mohamed. Semoga kupasan malam ini memberikan manfaat untuk penduduk kampung di sini.

Syabas dan tahniah kepada penganjur dan seluruh ahli Kampung yang menjayakan program malam ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Kampung Janda Baik Bentung Pahang

21 Safar 1431/ 6 Febuari 2010

Di rumah rehat sebelum bermulanya program Sihat

IMG_6804

Memasuki Kampung Janda Baik

IMG_6808

Jalan berliku ke Kampung ini

IMG_6813

Pemandangan cantik Kampung Janda Baik

IMG_6815

Penduduk kampung di sini

IMG_6819

Kempen Kesedaran Kesihatan “Jom Sihat “10”

IMG_6821 

IMG_6850

Rumah rehat kami

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...