Khamis 18 Febuari 2010, waktu tengah menunggu jurukamera bersiap, Pengarah drama Kelas Arab 101, Din CJ mengajak saya duduk di sebelahnya. Dia mula bercerita.
“Ustaz, walaupun drama ini merupakan drama komedi, tetapi ia ada nilainya, kita nak cerita dekat penonton nilai kesungguhan di dalam belajar dan ada kaedah disebut sebagai dorong paksa, iaitu tak ada pilihan baru boleh jadi”
Drama Kelas Arab 101, mengisahkan sekumpulan pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Malaysia ini. Ketika mereka ingin bertolak ke Mesir, ustaz yang mengajar mereka tiba-tiba terkandas, kerana disenaraihitamkan oleh bank disebabkan dia pernah menjadi penjamin pada seseorang.
Kenapa pilih Abang Ramli Sarip? Kenapa bukan orang lain?
“Din CJ menerangkan, sejak saya sekolah, saya tak pernah dengar peristiwa buruk membabitkan Abang Ramli”
“Mmm, betul juga” kata saya.
Memang beliau antara artis yang bersih imejnya.
“Abang, apa rahsia boleh kekal diterima orang” tanya saya pada Abang Ramli Sarip.
“Kena selalu hormat orang lain” jawab beliau.
Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan gambar sekitar pengambaran tersebut…
Bersama pengarah Drama, Abang Din CJ
Di Lokasi
Taklimat sebelum bermula
Sebelum bermula slot kedua
Gelagat santai
gelagat juru kamera
Di hujung pengambaran, Abang Ramli berkongsi lagu barunya yang belum diterbitkan lagi
Santai di hujung rancangan
“Pengalaman Melahirkan Hikmah”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Seoul Korea
20 Febuari 2010 jam 10.20 malam
No comments:
Post a Comment