Monday, February 8, 2010

Diari 162 – “Menyemarakkan Bacaan Selawat..”

Ahad 22 Safar 1431 bersamaan 7 Febuari 2010, saya bersama seluruh warga Ijabah, bersama-sama menghadiri majlis bacaan  selawat dari Kitab Dibaie di rumah Dato’ Yahya A.Jalil di Petaling Jaya.

Rombongan kami dari Subang Jaya pada permulaannya agak tertangguh  apabila bas al-Ijabah tak mahu hidup petang ini. Tapi dengan izin Allah, jam 6.45 petang, dapat bergerak juga dari Subang Jaya.

Maulid hari ini dipimpin oleh Syed Abu Bakar bersama Dato’ Imam Mahad, Imam besar Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bharu.

“Bila sampai Dato’” saya menyapa Dato’ Imam berumur 75 tahun ini.

“Petang tadi dan insyaAllah malam ini balik terus” jawab Dato’ Imam ringkas.

Saya begitu teruja dengan semangat dan kesungguhannya, bersama-sama memimpin bait-bait selawat dari kitab Dibaie ini.

“Apa rahsianya dan amalan Dato’, masih sihat macam ni” tanya saya.

“Bersihkan hati, jangan ada hasad dengki” kata Dato’ Imam.

“Juga amalkan selawat”

Ye, memang, amalan selawat adalah satu-satunya amalan yang jika kita ucapkannya sekali, Allah akan ucapkan kesejahteraan pada kita 10 kali. Jika kita membacanya 10 kali, Allah akan ucapkan kesejahteraan pada kita 100 kali, kalau 100 kali, sudah tentu kita akan sentiasa mendapat ucapan sejahtera dari Allah.

Dan jika selalu kita diucapkan sejahtera oleh Allah sendiri, maka sudah tentu hidup kita akan sentiasa sejahtera, tenang dan sihat.

Bait-bait selawat dari kitab Dibaie yang dialunkan malam ini sama sahaja, cuma, alunan nazamnya sahaja agak sedikit berbeza dengan yang biasa kita dan anak-anak Ijabah baca.

Alhamdulilah, malam ini, dari sekecil bayi yang hadir, hinggalah kepada seorang insan berumur 75 tahun, sama-sama mengalunkan bait-bait selawat.

Gembira saya melihat anak-anak ijabah telah dilatih dan dibiasakan dengan selawat-selawat ini. Semoga Allah terus memberikan kebaikan kepada semua dan sesiapa sahaja yang sentiasa berselawat kepada junjungan Nabi tercinta.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Isnin 23 Safar 1431/ 8 Febuari 2010 jam 8.30 pagi

IMG_7291

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil ringkas dan bacaan Selawat dari kitab ad-Dibaie

IMG_7315

Dari kanan gambar, Dato Yahya, saya, Imam Masjid Damansara, Dato Imam Mahad dan Syed Abu Bakar

IMG_7356

Maulid Dibaie

IMG_7358

Dari kiri gambar, Syed Abu Bakar, Dato Imam dan Imam Damansara

IMG_7424

anak-anak Ijabah

IMG_7443

Jamuan selepas majlis, bersila dan makan bersama dengan talam

IMG_7464

Selepas makan, sekali lagi bersama mengalunkan selawat pada Junjungan Nabi SAW. Semoga terus dirahmati Allah..

1 comment:

Hunny said...

Salam,

Walaupun agak terkilan sebab tak dapat join, tapi seronok melihat wajah2 penuh cahaya...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...