Hari ini, 19 Febuari 2010, saya bersiap-siap ke KLIA. Perjalanan ke Seoul hari ini menaiki penerbangan MAS MH 066.
Sampai di KLIA saya terus membuat urusan Chek In. Pegawai bertugas, agak lama membelek skrin di hadapannya.
"Ada apa-apa masalah ke encik?" saya bertanya.
"Tak adalah, cuma malam ni flight penuh, Mmmmm, jadiiiii...." dia mengeluh panjang.
"Jadi apa?" tanya saya agak kehairanan.
"Jadi saya terpaksalah upgrade encik ke Businees Class" jawabnya sambil tersenyum.
"Oh ye ke.., agak-agak, boleh buatkan untuk balik sekali Business Class tak?" sapa saya bergurau.
Pegawai bertugas tergelak.
Penerbangan malam ini berlepas jam 11.45 melalui gate H10. Tempat duduk saya kala ini ialah 5D. Tidak ada apa yang menarik malam ini melainkan agak selesa menaip beberapa artikel di dalam penerbangan ini.
Lebih kurang jam 1.30 pagi waktu Malaysia, saya melelapkan mata.
Sampai di Seoul jam 5.25 pagi waktu Malaysia. Jam di sini 6.25 pagi. Beza waktu antara Malaysia dan Korea ialah satu jam.
Cuaca hari ini di sini ialah (-1). Agak sejuk, tetapi tidaklah sesejuk Moscow ketika saya sampai masa seperti ini tahun lepas. Di lapangan terbang, salji nipis mengindahkan pandangan.
Tidak ada yang memandang pelik ketika saya bersolat subuh di satu sudut.
Setengah jam menunggu, saya disambut oleh Zukkhairi, pelajar Master tajaan UiTM.
InsyaAllah, kita akan berkongsi perjalanan di sini, semoga semua dipermudahkan Allah.
"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan.
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Incheon International Airport, Seoul Korea
20 Febuari 2010 jam 8.15 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
5 comments:
Salam Ustaz.
Semoga Allah selamatkan anda pergi dan balik. amin.
Assalamualaykum Ustaz,
nak tanya sikit. banyak karenah tak buat visa ke Korea?
Salam Ustaz,
Semoga selamat pergi dan pulang. Jangan lupa ole2 untuk saya.. seorang mamat korea yang beriman. shakira dan nora pun kirim ole2 yang sama.. chayyok chayyok!
kita tak kena visa ke sini
salam ustaz,
sy just google info berkenaan Korea then come across blog ustaz. Alhamdulillah. saya bercadang utk melawat Korea pd tahun ni, tp sy berseorgan, jd saya tak pasti sgt keadaan di sana termasuk mknn, tmpat tinggal dll.
ada saranan x? kwn sy ckp mknn halal susah nk dptkn kt sana compared dgn US dan UK.
terima kasih byk2.
Post a Comment