Tuesday, February 2, 2010

Diari 162 – “Tuan Presiden….”

Saya membelek kad berwarna kelabu. Tertulis di muka kad ini alamat e-mail.

“jundumay”

“Barangkali bahasa korea ni” bisik hati saya.

Hari ini, sabtu 30 Januari, jam 5.30 petang, saya diajak untuk bertemu dengan Presiden Pelajar Malaysia Korea di Shah Alam.

“Jundu tu artinya tentera ustaz”, kata Mohd Kamil Ab. Halim.

“Ooo, cakap arab, saya ingat tadi cakap Korea. Habis May tu apa” tanya saya.

“May tu nama saya. Nama penuh saya Kamil. Kalau di Kelantan, nama Kamil orang panggil May, sebab itulah email saya “jundumay” terang Mohd Kamil yang berasal dari Kelantan.

Pertemuan pada petang ini ialah untuk membincangkan mengenai perjalanan saya ke Korea pada 20 Febuari ini.

Beberapa program akan diatur selama seminggu di sana.

Saya melihat wajah Preseden pelajar ini. Wajahnya jernih.

“Dulu sebelum ke Korea saya sekolah agama ustaz”

“Ooo, patut pun, kira ustaz jugalah ni” kata saya.

Kami semua ketawa. Bersama saya kala ini ialah Syazwan, pelajar perubatan dari Moscow Rusia. Syazwan balik dalam dua minggu kerana ayahandannya sakit.

Saya berkenalan dengan Syazwan pada tahun lepas ketika saya menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti, Rusia awal tahun lepas.

Kami bertukar-tukar pandangan dan pengalaman antara Moscow dan Seoul. Kedua-dua bandar ini adalah antara top 5 bandar termahal di dunia.

“Jangan lupa bawa baju tebal-tebal ustaz” kata mereka.

Kala ini, di Korea masih di dalam musim sejuk.

Satu yang saya ingin ziarah di sana. Iaitu, rumah orang Korea yang beragama Islam. Kita nak tengok budaya dan cara berfikir mereka. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah.

Imam as-Syafie di dalam ungkapan hikmahnya menyebutkan:-

“Bermusfirlah, kamu akan mendapat pengganti bagi yang kamu tinggalkannya, dan bersusahlah kerana kelazatan hidup pada kepenatan, sesungguhnya, aku melihat air yang terhenti itu menjadi busuk dan jika ia mengalir ia akan menjadi baik”

(Diwan al-Imam as-Syafie, Dari al-Fikr, 2005 hal 151)

Apapun, semoga program yang diatur di Seoul nanti dibantu dan dipermudahkan Allah. Bersempena dengan musim maulid ini, semoga selawat Nabi dapat digemakan bersama para pelajar kita di sana.

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights

17 Safar 1431/ 2 Febuari 2010

Jam 12.15 pagi

IMG_6366

IMG_6367

Dari kiri gambar, saya, Syazwan, Kamil dan kawan-kawannya

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...