Wednesday, April 8, 2009

Sekilas 18 - Apa Makna Menang, Apa Makna Kalah

Semalam 7 hb April 09, pilihan raya kecil selamat disempurnakan. Ada yang menang dan ada yang kalah.

Mari kita lihat menang dan kalah dari 5 kaca mata

1. Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, syariat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan

2. Dari sudut politik dalam pilihan raya, menang atau kalah membawa masej dari rakyat. Yang menang bermakna rakyat terima dan yang kalah bermakna rakyat menolak. Yang diterima jalankan tanggungjawab yang ditolak kena muhasabah

3. Dari sudut sebuah perjuangan, menang atau kalah itu penting, tetapi yang lebih penting adalah sesebuah perjuangan itu bersambung. Ini kerana kalau menang belum tentu akan datang itu masih menang dan kalau kalah belum tentu akan datang akan kalah. Jadi, sesebuah perjuangan itu akan bersambung apabila golongan mudanya sedar dan ada kemahuan untuk sama berjuang. Sesebuah perjuangan akan menang apabila perjuangan itu terus bersambung.

4. Dari sudut pandangan rakyat, menang atau kalah adalah pilihan mereka. Yang penting, apabila telah dipilih maka tanggung jawab yang telah diamanahkan perlulah ditunaikan. Yang menang kena turun ke rakyat dan yang kalah kena baiki diri Jangan seperti sesetengah wakil rakyat yang menang tidak pernah turun pada masyarakat yang memilihnya.

5. Dari sudut strategi, menang atau kalah adalah soal cara mempersembahkan sesuatu. Yang menang bermakna mempunyai isu yang kuat dan yang kalah bermakna isu yang dilagangkan kurang menyentuh rakyat. Yang menang dan yang kalah perlu lebih peka dengan isu masyarakat.

Apa pun yang menang atau yang kalah. Kedua-duanya adalah sulaman dari ketentuan Allah. Wujudnya menang dan kalah merupakan rentetan dari siri Allah mahu menilai sama ada ketika menang atau kalah masih mengekalkan sifat kehambaan padaNya. Menang dan kalah telah ada di dalam ketentuannya, Cuma ketika menang adakah kita diredhaiNya begitu juga ketika kalah.

Bukankah Allah telah berfirman:-

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Ali Imran ayat 26)


Sesungguhnya, menang atau kalah telah ada di dalam ketentuannya. Tetapi yang Allah mahu beri pada kita ialah pahala berjuang. Ketika usaha untuk menang semuanya penuh dengan taat dan harapan pada Allah

Hari ini kalau kita dijemputNya, menang atau kalah akan ditinggalkan. Yang kita bawa ialah ketika menang penuh dengan taat atau ketika kalah penuh dengan amal.

Semoga menang atau kalah menjadikan kita semakin rapat dengan Allah.

Selamat berjuang,

"Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 8 April 09 jam 8.00 pagi

2 comments:

inas said...

salamun 'alaik,

ustaz,
adkh politik di malaysia berlandaskan hukum syariah? maksud saya, status demokrasi nya...

Ustaz Amin said...

Ini satu perbahasan yang panjang. InsyaAllah, jika ada kesempatan saya bahaskan pada masa akan datang

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...