Hari ini 6 Oktober 2008. Saya terkejut di Phuket ini. Orang di sini seolah-olah sedang merayakan satu perayaan. Jalan-jalan ditutup, liputan di TV dan akhbar dibuat secara besar-besaran.
Rupanya, penganut Budha berbangsa Cina sedang merayakan perayaan Je. Orang Budha berbangsa Cina dan Orang Budha berbangsa Siam mengamalkan agama mereka dengan cara yang sedikit berbeza.
Pada setiap tahun, Orang Cina beragama Budha akan meraikan hari puasa selama sepuluh hari. Pada hari puasa ini mereka boleh makan apa sahaja selain dari daging. Mereka hanya makan sayur-sayuran.
Dalam masa sepuluh hari ini juga, ada kumpulan-kumpulan dari kuil yang mengadakan persembahan. Mereka akan membuat pemujaan dan seterusnya akan mencucuk diri mereka dengan benda-benda tajam. Ada di kalangan mereka yang memukul diri mereka dengan objek keras. Lagak dan gayanya seakan orang Hindu yang merayakan perayaan mereka.
Perayaan ini hanyalah akan di sambut oleh orang Budha berbangsa Cina. Orang Siam tidak terlibat dengan upacara ini. Perayaan ini menjadi salah satu daya tarikan pelancung di Thailand ini khususnya di Phuket.
Di dalam Islam, kita tidak dibenarkan membuat upacara seperti ini. Islam mengajarkan agar umatnya tidak membuat perkara yang memudharatkan. Selain itu, di dalam Islam, pemujaan hanyalah pada Allah.
Setelah memuja Allah, seseorang tidaklah disuruh membuktikan pemujaannya dengan memudharatkan badan. Di dalam Islam, orang yang memuja Allah akan diperintahkan menterjemahkan pemujaan itu di dalam ketaatan lahiriyyah. Ketaatan hasil dari pemujaan pada Allah terdapat lima peringkat.
1. Peringkat diri seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya
2. Peringkat keluarga seperti menjaga nafkah anak dan isteri, jika dia seorang isteri menjadi isteri yang solehah. Jika dia seorang anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan sebagainya. 3. Peringkat masyarakat seperti amar makruf nahi mungkar, mengadakan majlis ilmu dan sebagainya
4. Peringkat negara seperti mempertahankan negara, membangunkan negara selaras dengan kehendak Allah dan sebagainya.
5. Peringkat Ummah seperti menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Palastin, Afghan, mendoakan mereka dan memberi sokongan kepada mereka.
Di dalam Islam, semakin seorang memuja Allah, semakin tamaddun kemanusiaan juga terbangun. Jika kita memahami hasil pemujaan pada Allah yang lima ini, maka kita akan menjadi umat yang hebat di dunia dan selamat di akhirat. Semoga kita semua menterjemahkan pemujaan pada Allah dengan ketaatan yang lima ini.
Salah satu keadaan peserta yang mencucuk pipinya dengan pedang.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
3 comments:
Assalamualaikum.....
Saya seorang pengusaha katering.
Setiap pakej majlis perkahwinan yg ditawarkan kpd pelanggan ada memberi satu unit Sistem audio (P.A.System) secara percuma dgn Syarat Yg tertentu. Sistem itu saya sewa drpd kawan saya. Setahu saya sistem tersebut menggunakan lagu-lagu yg di "Download" drpd internet. rasanya mustahil dapat membeli kesemua CD lagu-lagu tersebut yg tulen.
Soalan saya,
1) Apakah Pendapatan saya haram, kerana setahu saya, lagu adalah hak cipta terpelihara?
2) Kalau haram, macam mane nak lupus kan pendapatan tersebut?
3) Boleh beri tips macam mana nak kesan pandapatan kita telah bercampur dgn perkara haram dan syubaha?
Terima kasih pada tuan yang bertanya.
1. Untuk lagu yang didownload di internet paling rendah hukumnya makruh. Tidak ada serendah harus. Pertama, lagu itu sendiri sudah mempunyai berbagai pendapat, yang kedua cara dapatannya. Mungkin juga boleh jatuh haram jika ia boleh di dapati di kedai. Tetapi, seperti yang tuan katakan, “ia mustahil dapat dibeli”, maka boleh saya katakan bahawa paling rendah hukumnya makruh.
2. Jika kita terlibat dengan pekerjaan yang haram keseluruhanya seperti orang yang bekerja di kilang arak, maka hendaklah dia meninggalkan perkerjaan tersebut. Tetapi jika sebahagian kecil yang ada unsur syubhat, seperti seorang pramugara, dia bekerja melayan penumpang, itu yang utama, tetapi, ada ketika dia terpaksa menghidang arak, maka, sedaya mungkin dia hendaklah menghindarkan menghidang itu, jika tidak boleh, maka minta ampunlah pada Allah di atas perbuatannya itu. Hati jangan redha dan berniat akan berusaha mencari pekerjaan lain. Hasil pendapatan sedekahkah sebahagian kecil pada pengurusan masjid dengan memaklumkan bahawa ini adalah harta syubhat. Ia hendaklah dibelanjakan untuk sesuatu yang “umum” seperti menambak jalan, membaiki tandas dan sebagainya.
Bagi kes tuan, pekerjaan tuan bukan seluruhnya haram atau syubhat, mungkin sebahagian kecil sahaja. Oleh yang demikian, jika hati rasa tidak tenang, sedekahkan sebahagian pada urusan masjid dengan memaklumkan bahawa ia harta syubhat.
3.Harta yang haram atau syubhat ada tiga tandanya
i. ia akan sentiasa rasa tidak cukup
ii. ia akan membawa kita pada perkara yang semakin jauh dari Allah
iii. hati akan sentiasa tidak tenang
sekian sahaja, semoga menepati kehendak soalan. Semoga Allah memberikan saya, tuan dan sesiapa yang membaca blog kita ini dengan rezki yang halal lagi baik. Amin…
Assalammualaikum ustaz,
Mengenai soal halal dan haram makanan. Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam. Kini, professional dan cerdik pandai ilmuwan Islam telah membuat kajian saintifik dan telah mendapati kebanyakan makanan di negara ini dihasilkan/menggunakan darah, tulang, enzim, hormon tumbesaran, lemak, minyak, tulang daripada khinzir dan binatang yang syubhat cara sembelihannya. Soalan saya adakah haram kita makan makanan yang terbukti penggunaan unsur disebutkan diatas tetapi mendapat sijil halal(yang sebahagiannya diragui), dan ada juga ustaz yang mengajar supaya tidak mengkaji terperinci bahan makanan, sedangkan dlm quran dan hadis melarang memakan makanan haram. Sila ustaz terangkan.
2. Apakah hukumnya membeli/menggunakan produk yang memusuhi Islam, cth produk Yahudi.
3. Bagaimana saya hendak bertaubat daripada makanan haram yang saya dan anak suami makan dahulu.
Terima kasih ustaz. Semoga dirahmati Allah.
Post a Comment