Friday, October 10, 2008

Jom Kongsi Pengalaman 10 - Krabi Thailand

Dalam perjalanan balik dari Phuket ke Malaysia, saya di ajak oleh sahabat saya Ustaz Hussain untuk bermalam di Krabi. Dia akan mengajak saya berjalan ke pulau sekitar Krabi. Kami menaiki bot dari Aou Prak Nang. Dalam lebih kurang dua puluh minit kami sampaike AouTon San. Di sini kami tidur di Ton Sai Resort. Satu masa dahulu, di Krabi ramai penduduk Islam, tetapi sekarang ia telah bercampur dengan orang bukan Islam. Saya duduk di Ton Sai Resort sebab ia dimiliki oleh orang Muslim. Pengusahannya bernama Burhan. Di restorannya, ada makanan halal. -gambar di atas adalah Jeti di Aou Prak Nang untuk ke Aou Ton Sai-
Krabi mempunyai banyak pulau yang cantik. Ia setanding Phuket. Di sekitarnya terdapat Phi Phi Island,Hong Island, Railay Beach,Poda Island, Tup Island, Chiken Island dan lain-lain lagi. - gambar di atas laut pada waktu petang.

Banyak akitviti yang boleh dibuat di sini. Di kepulauan ini, orang boleh berkayak, boleh membuat kembara dengan gajah, boleh snorkling, diving, , climbing, rafting, mandi dan sebagainya. Tapi apa pun yang kita buat, bagi orang Islam, jangan lupa iaitu untuk melihat kebesaran Allah. - gambar adalah suasana hujan di tengah laut di Krabi.

Sedari pagi bot-bot yang membawa pelancung sibuk ke sana dan kemari. Dengan kehijauan air, kecantikan pantai dan keindahan pulau-pulau mengingatkan kita mengenai kebesaran Allah yang menciptakan semua itu untuk manusia, tetapi sedikit hamba Allah yang berfikri - gambar sekitar pulau di Krabi.
Allah menyuruh kita banyak mengembara, para Anbiya juga selalu mengembara, para ulama mempunyai tradisi mengembara. Yang penting, setiap pengembaraan membuahkan ilmu dan iman. Alam yang luas ini merupakan universiti buat kita. Inilah Universiti Kehidupan.

3 comments:

Anis Hartini Haron said...

ustaz bila nak buat rombongan kali kedua..boleh ana mintak cuti awal2...

_ said...

salam ustaz..
sy hendak bertanya serba sedikit..
sy hendak ke krabi thailand,insyaAllah dlm masa terdekat..tp ada beberapa rakan yg berkata krabi agak bahaya kpd muslimin terutama yg bertudung..
adakah ini benar dgn keadaan di sana skrg?

terima kasih

Kak Mahh said...

Suasana di Krabi...terasa seperti di Malaysia.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...