Saturday, October 11, 2008

Sekilas 1 - Ketupat diberi pada orang arab

Cuba kita bayangkan, orang arab yang makan roti dan amat jarang makan nasi diberi ketupat. Ia tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Inilah perumpamaan yang dapat dibuat pada kes di bawah.

Hari ini 11 Oktober 2008, Inilah yang berlaku. Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70.

Sama-samalah kita fikirkan, apakah manfaatnya kepadanya dan kepada kita rakyat Malaysia.


4 comments:

Kamal said...

Alhamdulillah Ustaz dah balik ke Malaysia..saya 'baru' mengenali Ustaz dikaca2 TV..TV3, TV9..dan yang akhir, alhamdulillah, rancangan Tanya Ustaz di TV9 sehari atau dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru2 ini..dari situ saya dapat link di internet ini...
Sungguh hebat Ustaz dan sudah tentu Allah swt yang mengurniakan kehebatan itu...saya akanterus mengikuti perkembangan Ustaz...mungkin dapat berkunjung ke Masjid Aminah SS2 Petaling Jaya untuk berKuliah Subuh satu hari nanti...mungkin kita buat hari Sabtu 2 kali sebulan disekitar tajuk Meningkatkan Iman Untuk Menjadi Mukmin dan Tidak Hanya Muslim! (atau apa2 tajuk yang lebih mengancam supaya bolih menarik ramai datang ke Masjid kami)..InsyaAllah.

Selamat Hari Raya & Selamat Berkenalan.

Generalhoho said...

Salam Ustaz..
Dorg nak buat lawak raya tu kot.. haha..

Unknown said...

Ustaz,lanjutan kepada rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 semasa bulan Ramadhan yang baru lalu, saya ada kemushkilan agama yang mungkin ustaz boleh jelaskan. Soalan 1:Adakah boleh atau sah solat saya jika saya memakai barangan yang diperbuat dari kulit lembu seperti talipinggang, dompet atau tali jam tangan? Soalan 2: Adakah Zakat Pendapatan itu wajib? Pendapatan saya adalah hasil dari bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan ia adalah pendapatan tetap bulanan.

Sekian.

Abdillah M O

Ustaz Amin said...

Terima kasih yang bertanya.

1. Soalan pertama, sah dan perbahasan lanjut insyaallah kita akan buat.

2. Ada dua perbahasan mengenai zakat.
i. orang yang berpegang zakat hanya nassi(dari nas) sahaja. Golongan ini berpegang zakat hanya lima jenis iaitu, zakat perniagaan, zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat tanaman dan zakat harta galian/ jumpaan.

ii. orang yang berpegang zakat berbentuk ijtihadi (terdedah dengan ijtihad). Golongan ini berpendapat bahawa zakat diluaskan pada bidang-bidang moden kerana cara mendapat harta itu ada kesamaan. Golongan ini memperluaskan zakat pada zakat pendapatan, zakat saham, zakat wang simpanan dan sebagainya.

Kebanyakkan ulama seluruh dunia dan di Malaysia berpegang pada pendapat kedua.

Saya secara peribadi juga berpengang pada pendapat kedua. Jika kita berpegang pada pendapat kedua bermakna zakat pendapatan adalah zakat yang wajib ditunaikan.

Sekian, semoga memenuhi kehendak soalan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...