PUTRAJAYA 16 Okt. – Sebanyak 36,000 kes demam denggi dengan 80 kematian dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, walaupun menurun sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu tetapi tujuh negeri iaitu Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Melaka telah menunjukkan trend peningkatan sejak sebulan lalu.
Denggi berasal dari nyamuk. Oleh kerana ia boleh memudharatkan maka memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedis adalah wajib.
Walaubagaimana pun, setelah kita memaksimakan usaha menjaga kebersihan dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, hendaklah bertawakkal kepada Allah. Mintalah keselamatan dari Allah. Itulah yang dinamakan tawakkal.
Tawakkal adalah berusaha semaksima mungkin, baki, serahlah pada Allah. Jika berserah tanpa usaha itu bukan tawakkal, itu tidak berakal.
Oleh itu, jaga kebersihan, musnahkan kawasan pembiakan nyamuk dan bertawakkal pada Allah. Bagi orang yang telah Allah jemput kerana denggi, kita doakan semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan mereka bersama orang yang soleh.
Untuk yang Islam, al-Fatihah...
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
No comments:
Post a Comment