Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.
Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.
1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah
2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan
3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal
4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.
5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran
6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.
7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.
Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
3 comments:
Assalammualaikum ustaz,
Mengenai soal halal dan haram makanan. Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam. Kini, professional dan cerdik pandai ilmuwan Islam telah membuat kajian saintifik dan telah mendapati kebanyakan makanan di negara ini dihasilkan/menggunakan darah, tulang, enzim, hormon tumbesaran, lemak, minyak, tulang daripada khinzir dan binatang yang syubhat cara sembelihannya. Soalan saya adakah haram kita makan makanan yang terbukti penggunaan unsur disebutkan diatas tetapi mendapat sijil halal(yang sebahagiannya diragui), dan ada juga ustaz yang mengajar supaya tidak mengkaji terperinci bahan makanan, sedangkan dlm quran dan hadis melarang memakan makanan haram. Sila ustaz terangkan.
2. Apakah hukumnya membeli/menggunakan produk yang memusuhi Islam, cth produk Yahudi.
3. Bagaimana saya hendak bertaubat daripada makanan haram yang saya dan anak suami makan dahulu.
Terima kasih ustaz. Semoga dirahmati Allah.
Assalamualaikun ustaz.
saya nak bertanya, kalau fidyah yang berganda ganda tidah dapat dibayar kerana tidak mampu tetapi puasa semua sudah diganti. boleh ke saya membayar dgn kaedah sekali ganda
1. Jika sudah terbukti dengan jelas ia haram, maka tidak boleh kita memakannya. Jika masih samar-samar maka ia disebut syubhat. menghindarkan yang syubhat adalah lebih utama
2. Jika barang itu tidak ada pilihan maka diharuskan.
3. dalam konteks pemakanan ini, 2 syarat taubat:-
i. menyesal
ii. bertekad tidak akan mengulangi
4. Membayar fidyah jika tidak mampu, diringankan untuk ketika itu. Bayarlah sekadar mampu. Jika telah mampu maka sempurnakanlah yang baki.
Sekian, mudahan menepati kehendak soalan.
Post a Comment