Sunday, October 19, 2008

Universiti Kehidupan 8 - Peliharalah sebelum terlambat

Hari ini 17 Okt 2008. Saya menziarahi seorang sahabat sempena hari raya. Pada ketika saya sampai ada beberapa orang tetamu lain di rumahnya. Setelah beberapa ketika kami berbual, tuan rumah meminta izin untuk berbual dengan saya secara personal. Kami duduk di luar dengan beberapa orang lagi.

Sahabat ini memulakan cerita mengenai masalah kawannya yang bersama dengan perbincangan ini.

Kawan ini sedang tertekan dengan karenah isterinya. Isterinya, seorang pegawai besar di satu syarikat swasta. Pada pertengahan tahun 2008 dia meminta izin dari suaminya untuk menyertai kelab kesihatan di sekitar Subang Jaya ini.

Jurulatih khas yang bertanggungjawab menjaga latihan isteri ini ialah seorang lelaki. Rupanya, pengenalan di kelab kesihatan ini menyebabkan isterinya jatuh hati pada jurulatih khas di pusat ini.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, isterinya suka mencari salah suami. Ada sahaja yang tidak kena. Si suami telah mendapat tahu puncanya dan telah berusaha memperbaiki perhubungan keluarga ini.

Tetapi kebebasan bertemu di atas alasan bersenam di pusat kesihatan ini menjadikan keadaan semakin teruk.

Akhir kisah pada malam 17 Oktober ini, si suami terserempak isterinya sedang keluar dari sebuah restoran bersama jurulatih khas isterinya. Sebab itulah dia membawa anak-anaknya ke rumah sahabatnya ini.

Iktibar dari kisah ini.

1. Hendaklah kita sentiasa mencegah yang buruk dari berlaku. Segala bentuk pergaulan bebas hendaklah dikawal. Ini kerana keburukannya lebih besar dari kebaikan.

2. Hidup perlu kepada ilmu agama. Pada waktu kita kecil, ibu dan ayah kita yang menjaga kita. Jika kita salah dialah yang memarahi kita. Setelah besar, iman sahajalah yang menjaga kita.

3. Ilmu agama perlu sentiasa diingatkan. Ini kerana sifat manusia yang mudah lupa. Kadang kala seorang yang ada ilmu yang tinggi sekalipun belum tentu dapat mengamalkan ilmunya.

4. Sentiasalah bergantung pada Allah di dalam segala kehidupan kita. Ini kerana, syaitan memang akan sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak adam ini.

Semoga, Allah mengembalikan kebahagiaan kepada saudara kita ini serta Allah melimpahkan juga kebahagiaan kepada saya dan pembaca blog sekelian, amin..

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...