Ada orang yang melihat pisau sebagai alat untuk berkhidmat, ada orang melihat pisau sebagai perkara yang membahayakan, ada orang melihat pisau sebagai perkara yang melucukan, walauapa pun yang mereka lihat, sebenarnya mereka melihat diri mereka sendiri.
Ketika saya di dalam perjalanna ke Maghribi ini, saya bertemu dengan berbagai orang. Sewaktu transit di Dubai, saya bertemu dengan Dato’ Mufti di salah sebuah negeri di Malaysia. Selepas sembahyang subuh, saya berbual dengan beliau. Beliau di dalam perjalanan ke Mesir untuk menguruskan pelajar negerinya yang akan menyambung pelajaran ke sana. Beliau bertanya kepada saya, hendak ke mana ni, saya menyatakan bahawa saya dalam perjalanan ke Maghribi. Oh, ke sana, sana bagus tu, ujar Dato’ Mufti. Ana pun pernah ke sana. Di sana banyak ulama-ulama yang hebat tetapi tidak terdedah di peringkat antarabangsa. Penulis khusyuk mendengar kisah-kisah pengalaman yang diceritakan oleh Dato’ Mufti ini.
Selepas pertemuan dengan Dato' Mufti ini, saya bertemu pula dengan seorang chef yang selalu keluar di dalam radio di Malaysia. Beliau bersama beberapa orang krew TV sedang di dalam perjalanan ke Maghribi. Beliau sedang di dalam usaha mempelajari cara masakan orang Maghribi. Ketika saya bertanya kepada chef ini, hendak ke mana?, beliau menyatakan beliau di dalam perjalanan ke Maghribi. Tuan hendak ke mana? ujarnya. Saya mengatakan dengan ringkas, "Maghribi" . Beliau mengatakan, "wah bagus tu, masakan masyarkat Maghribi agak unik. Ini kerana, ia campuran dari masakan Eropah kerana hampirnya negara tersebut dengan negara-negera Eropah, campuran masakan Afrika kerana ia di benua Afrika dan campuran masakan Asia di sebabkan pengaruh Arab dan Turki di dalam masakan mereka. Saya hanya mendengarkan kisah-kisah masakan yang diceritakan.
Selepas dari itu, saya berjalan lagi di sekitar airport. Kali ini saya berbual dengan beberapa orang yang sama transit di Dubai. Saya berkenalan dengan mereka dan mereka bertanya mengenai perjalanan saya dari mana hendak ke mana? Saya menyatakan bahawa saya dalam perjalanan ke Maghribi. Mereka berkata, kei Maghribi, wah, hebat tu, perempuan-perempuan di sana cantik-cantik, mereka campuran darah Arab, Barbar dan Spain. Sebab itu cantik-cantik.
Daripada peristiwa di atas, kita dapat melihat bagaimana seseorang itu memandang sesuatu. Kita juga boleh mengenali diri kita dengan cara kita memandang sesuatu perkara. Walaubagaimana pun cara seseorang itu memandang sesuatu, sebenarnya mereka sedang memandang diri mereka sendiri.
Sebenarnya, seseorang itu memandang sesuatu dari sudut apa yang dirasakan penting di dalam hidupnya. Ada orang yang memandang di dalam hidup ini yang penting adalah pengaruh, maka mereka akan bersungguh-sungguh mencari pengaruh walaupun ketika mencari pengaruh ini mereka terpaksa menjatuhkan orang lain, mengaibkan orang lain dan sebagainya.
Ada orang yang memandang yang penting di dalam hidup ini adalah harta, maka mereka akan mencari sungguh-sungguh harta ini walaupun kandang kala terlibat dengan perkara-perkara yang di haramkan kepada mereka.
Ada orang yang memandang yang penting di dalam hidup ini adalah glamour. Maka mereka akan mencari sunggguh-sungguh glamour ini sehingga kandang kala ketika memburu glamour ini mereka terlibat dengan perkara yang haram, yang merosakkan dan yang rendah akhlaknya.
Ada juga orang yang memandang yang penting di dalam hidup ini adalah keseronokan nafsu. Maka ke mana mereka pergi, mereka akan membuat perkara-perkara yang menyeronokkan nafsu.
Ada juga orang yang merasakan di dalam hidup ini yang penting adalah keredhaan Allah. Maka mereka akan menyuluh apa sahaja yang mereka lakukan dengan syariat Islam. Mereka tidak akan mengabaikan apa yang Allah suruh dan mereka sekali-kali tidak akan melanggar apa yang Allah larang. Walaupun pada ketika itu mereka sedang mengusahakan harta, sedang memburu pangkat atau sedang di dalam dunia yang terkenal.
Apa pun keadaan mereka, mereka akan sentiasa mentaati Allah. Mereka akan meminati perkara yang mendatangkan keredhaan Allah. Mereka berminat untuk bertemu dengan para ulama kerena dengan menziarahi ulama kita akan dipesankan agar mencintai Allah. Mereka akan cenderung kepada kemurnian ilmu, ini kerana dengan ilmu mereka akan dapat menyuluh kehidupan ini agar tidak menyimpang dari jalan yang lurus. Mereka akan mencari-cari cara berkongsi kebaikan dengan orang lain, ini kerana dengan berkongsi kebaikan dengan orang lain akan mewujudkan rasa bersama untuk kebaikan dan akan melahirkan berlumba-lumba membuat kebaikan.
Oleh yang demikian, asas memperbaiki diri adalah dengan bermula memperbaiki cara kita memandang sesuatu perkara. Ia memerlukan ilmu dan juga tarbiah rohani. Apabila kita memandang sesuatu maka hendaklah kita memandang dengan tiga ukuran.
1. ia mestilah baik di sisi Allah
2. ia mestilah mendatangkan kebaikan pada hidup kita di dunia dan di akhirat
3. ia mestilah tidak dari ukuran nafsu
Semoga kita semua terus memperbaiki diri. amin...
Gambar di airport Dubai. - Perjalanan dari Malaysia ke Dubai hampir lapan jam, transit enam jam, dari Dubai ke Maghribi hampir lapan jam lagi. Memang agak letih perjalanan ke Maghribi ini. Tingkah waktunya dengan kita di Malaysia juga hampir lapan jam.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment