Tuesday, October 14, 2008

Sekilas 2 - Tulisan Jawi Di Tol


Hari ini, 12 Okt. - Langkah Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang meletakkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam tulisan jawi di plaza-plaza tolnya di seluruh negara mendapat perhatian.

Tulisan jawi telah wujud sebelum kedatangan penjajah ke negara ini. Malahan, surat perjanjian di antara Raja-Raja Melayu dahulu kepada Inggeris juga menggunakan tulisan jawi.

Saya melihat tulisan jawi satu tulisan yang rapat dengan al-Quran. Orang yang boleh membaca jawi biasanya boleh membaca al-Quran.

Pengguguran tulisan jawi di dalam sistem pendidikan satu masa dahulu, banyak memberi kesan kepada masyarakat. Saya banyak menemui individu-individu di dalam generasi yang melalui pengguguran tulisan jawi ini tidak boleh membaca al-Quran. Tapi Alhamdulillah, oleh kerana mereka ada kesedaran, maka mereka mencari tempat untuk belajar.

Mungkin ada di antara kita yang memandang rendah tulisan jawi kerana ia hanyalah tulisan yang digunakan oleh kitab-kitab lama. Tidak ada buku sains di negara ini yang ditulis di dalam tulisan jawi. Namun, Kebolehan membaca al-Quran hasil mengenal huruf membuatkan banyak rahsia al-Quran dapat diterokai termasuklah ilmu sains. Ada lebih 500 ayat di dalam al-Quran mengenai sains yang semuanya memperhebatkan lagi kajian manusia terhadap sains. Ada lima tingkatan ahli al-Quran.

i. orang yang belajar membaca dan berusaha untuk membaca
ii. orang yang banyak membaca
iii. orang yang cuba memahaminya
iv. orang yang cuba mengamalkannya
v. orang yang berusaha menyampaikannya

Kelima-lima gologan inilah yang disebut sebagai ahli al-Quran. Paling kurang ialah dengan dapat membaca dan memperbanyakkan bacaan kita.

Bagi kita orang melayu, bolehlah dengan kita berjinak dengan tulisan jawi. Ini kerana tulisan ini dapat menghubungkan antara bahasa Melayu dan Bahasa al-Quran.

3 comments:

FauzyCaterers said...

Assalamualaikum Ustaz...

1) Apa hukumnya menternak ikan didalam kanvas (tidak kekal)dibelakang rumah ditanah rezab kerajaan (tanah berada diantara pagar belakang rumah dan longkang yg bersaiz +/- 12kaki lebar, 50 kaki panjang), apakah pendapatan kita menjadi haram ?

2) Apa status pendapatan saya kerana menjalankan perniagaan ternak ikan secara kecil-kecilan dibelakang rumah (bukan tanah rezab) yg tiada lesen? kerana ada pendapat mengatakan harus kerana berniaga didalam kawasan sendiri.

Shahabudeen Jalil said...

kalau tanah kerajaan.. tak pe.. kerajaan bukan guna pun.. amik jer.. he he he.. tapi saya tak faham apa kaitan tol dalam jawi dengan ternakan ikan dlm canvas nie. Harap ustaz dapat jawab juga.

Ustaz Amin said...

terima kasih pada yang bertanya.

1. Jika tanah kerajaan yang tidak digunakan, usaha kita tidak mengganggu orang lain dan tidak menimbulkan perkara yang tidak baik maka hukumnya harus. Ia bolehlah diibaratkan sebagai menghidupkan tanah yang terbiar.

2. hukumnya harus. Lesen adalah satu syarat untuk membuatkan sesuatu usaha itu dilakukan dengan sempurna. Jika tiada lesen, menyebabkan kita tiada pantauan, akhirnya mendatangkan mudharat, maka mengambil lesen itu boleh sampai kepada hukum wajib.

sekian, semoga menepati kehendak soalan.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...