Hari ini 18 Oktober. Saya diamanahkan untuk membentangkan satu kertas kerja mengenai Fiqh Perubatan di Fakulti Perubatan, Bangunan Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor.
Ini merupakan kali kedua saya di sini setelah perbentangan Fiqh perubatan yang dibuat pada 16 Mac 2008 lalu.
Pembentangan saya bermula pada jam 12 tengah hari sehingalah jam 1.30. Ia kemudian disambung dari jam 2.30 sehinggalah 4.45 petang.
Perbentangan di buat dengan santai dan bersahaja agar peserta tidak berat membincangkannya. Ia dimulakan dengan perbentangan dan kemudian sesi soal jawab.
Ada lebih 200 soalan bertulis yang saya dapat dan insyallah kita boleh kongsikan kemudian.
Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah tasawwur fiqh perubatan. Apakah fiqh perubatan ini?
Fiqh perubatan adalah satu perbahasan mengenai perubatan melalui kaca mata al-Quran dan hadith. Ia menyentuh tiga bahagian.
i. Perubatan dan akidah
ii. Perubatan dan syariah
iii. Perubatan akhlak serta adab
Isu di dalam bahagain Aqidah ialah :-
(a) konsep penyakit di dalam Islam
(b) menghilangkan syirik di dalam perubatan
(c) konsep tawakkal dan usaha
Isu di dalam Syariah ialah:-
(a) bagi pesakit seperti sembahyang, puasa, haji dan lain-lain
(b) bagi pengamal perubatan seperti sembahyang, puasa dan lain-lain
(c) di antara pesakit dan pengamal perubatan seperti memilih untuk meneruskan rawatan atau menghentikannya, terpaksa berijtihad untuk memotong anggota, aurat, sentuhan, wudhuk dan sebagainya
(d) bagi masyarakat seperti derma darah, derma organ dan lain-lain
(e) bagi kaedah dan jenis rawatan yang digunakan seperti menggunakan perkara haram di dalam perubatan, pembedahan plastik, botox, mengasah gigi, kuku dan lain-lain.
(f) Bagi pemerintah iaitu menyediakan keperluan perubatan dan sebagainya
Isu di dalam akhlak dan adab
(a) Etika pengamal perubatan dengan pesakit
(b) Etika pesakit dengan pengamal perubatan
(c) Etika masyarakat pada kedua-dua golongan di atas
Inilah ruang lingkup fiqh perubatan. Dari ketiga skop di atas melahirkan ribuan permasalahan terkini yang memerlukan ijtihad. Selagi ada manusia selagi itu ada penyakit. Selagi ada penyakit selagi itu ada ubat. Selagi ada perubatan selagi itulah akan wujudnya dan berkembangnya fiqh perubatan.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment