Hari ini kita akan membicarakan mengenai ubat kesedihan. Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan taqdir, ketika dia sedih dia menungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi dengan dia"
Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati.
Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya?
Saya ingin bawakan satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah " Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".
Quran diturunkan untuk rahmat bagi sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.
Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan hati yang sedih berubah menjadi tenang?. Saya ingin berkongsikan pengalaman yang saya lalui.
Kisah satu
Pada kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004, dengan izin Allah saya telah ke sana pada hari kelapan di dalam operasi kemanusiaan. Mereka yang masih hidup menghadapi tekanan yang luar biasa. Anak kecil mereka hilang, suami hilang, dan sebagainya. Sebenarnya, jika mereka berjumpa dengan mayat anak mereka, mereka lebih tenang kerana telah pasti mereka meninggal. Tetapi, status hilang membuatkan mereka menaruh harapan mudahan ia ditemui. Unit trauma dari berbagai negara datang untuk menenangkan penduduk Acheh yang kesedihan tetapi saya melihat penduduk Acheh lebih tenang dengan membaca al-Quran. Di khemah-khemah, mereka membaca al-Quran. Dengan al-Quran mereka menjadi tenang
Kisah dua
Ketika kejadian gempa bumi di Pakistan pada Oktober 2005. Saya telah sampai ke sana pada minggu kedua. Status di Pakistan pun sana. Anak-anak mereka tertimbus di dalam bangunan. Masih ramai yang belum dapat dikeluarkan kerana kekurangan bantuan tenaga. Saya melihat mereka menenangkan diri mereka dengan membaca al-Quran.
Kisah tiga
Saya pernah melihat orang yang sangat kesedihan disebabkan kematian ayahnya. Dia tidak boleh berhenti menangis. Ketika diberikan surah Yasin kepadanya, dia cuba membaca dengan suara yang tersekat-sekat kerana masih menangis. Ketika sampai ke ayat lima belas dia sudah mula berhenti menangis dan apabila sampai ke akhir surah Yasin, dia sudah boleh bercakap dan berbual dengan baik dan tenang. Al-Quran telah memberi ubat yang luar biasa pada kesedihan hatinya.
Kisah empat
Seorang kakak bertemu dengan saya kerana masalah rumah tangganya. Saya menyuruh dia membaca surah al-Kahfi kerana terdapat di dalam hadith, Allah menurunkan ketenangan pada seorang sahabat yang membaca surah kahfi ini. Dia membaca dan mengamalkannya. Akhirnya, dia dapat menghadapai krisis rumah tangganya dengan tenang dari sebelumnya.
Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Surah ar-Ra’du ayat 28
Oleh yang demikian, jika kita bersedih, ambil al-Quran dan bacalah. Kita akan dilimpahi dengan ketenangan dan inysallah, Allah akan memberikan jalan keluar bagi segala permasalahan kita.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
16 comments:
Ustaz,
Mohon dikongsi artikel ustaz ni bersama sahabat saya di Facebook..
Terima kasih...
ssaya mengalami kesedihan apabila ayah saya mengungkapkan sesuatu perkataan yang betul2 menguris ati saya... tapi saya perlu abaikan hati saya kan... kerana hati ayah saya lagi penting... insyaallah saya akan cuba menggunakan ubat seperti yang ustaz katakan didalam artikel ini...
kepada bos saya... mekasih en.yus
salam ustaz.. pohon share di faacebook.... :)
assalamualaikum,
ustaz, mohon untuk saya share di facebook..terima kasih..
minta share. ;)
mohon share ustz
salam ustaz.. mohon share ye.. :)
Assalamualaikum...minta izin untuk copypaste....terima kasih
terima kasih di atas entry ini.. entry ini benar2 mengubat hati saya..
Assalamualaikum wbt..ustaz saya mohon share artikel ini..
Artikel ini mengubati hati saya yang duka setelah tahu suami berlaku curang dengan x-girl yang dah jadi isteri orang....terima kasih ustaz...
mohon share
Saya seorang anak yg selalu menjeruk perasaan dgn ahli keluarga. Ibu pernah mengungkapkan yg dia sendiri tak tahu knapa menyampah tgk muka saya....sejak itu ada saja yg tak kena di mata dia. Kini saya ibarat dibuang keluarga, adik2 dahulu yg ditatang umpama minyak yg penuh semakin dewasa and sorang demi seorang berubah mendendami saya....alhamdulilah disebalik kegelapan saya di kurniakan seorang suami yg memahami. Cuma bila kenangan itu hadir saya sentiasa bersedih.....insha allah kini saya mencuba mendekati yg maha ESA, semoga saya tenang setenangnya
salam ustaz..mohon share
salam mohan share ya ustaz
Assalamualaikum ustaz.....bagaimana caranya menangani ibu mertua yang zalim pada anaknya menantunya dan cucunya sendiri.malah dia pernah menyihir menantunya dari cerita orang yang bawanya jumpa bomoh.apakah yang pernu saya buat ustaz
Post a Comment