Ketika makam malam di Ton Sai Resort Krabi, saya dihidangkan dengan masakan Thailand. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang sentiasa memberikan rezki kepada hambanya. Di hujung hidangan saya dihidangkan dengan satu mangkuk yang berisi air teh. Saya menyangka ia merupakan hidangan air secara tradisional. Ustaz Hussain terus menyapa saya, jangan minum air itu, itu air buat basuh tangan.
Saya terkejut dan bertanya, orang sini basuh tangan dengan air teh ke? Ustaz Hussain mengangguk, kadang kala mereka menggunakan limau. Ia untuk membersihkan tangan. Oh.. begitu, saya ingatkan air untuk minum. Ustaz Hussain hanya tersenyum.
Saya teringat satu kisah ketika seorang kawan yang bertemu dengan seorang Inggeris di negaranya. Orang Inggeris itu memuji masakan Malaysia. Kawan ini bertanya, adakah dia telah mencuba nasi lemak? Orang Inggeris ini menjawab, sudah. Sahabat ini bertanya, apa rasanya. Orang Inggeris itu mengatakan, “Nasi Lemak is good but the salad is not good”. Kawan ini mengerutkan dahinya kehairanan. Mana ada nasi lemak di makan dengan salad. Rupanya orang Inggeris ini telah makan nasi lemak dengan daun pisang sekali.
Kadang kala, ada orang yang membuat satu kesilapan dengan kejahilan. Ada perkara yang kita anggap remeh, tetapi bagi seseorang yang lain, dia memang tidak tahu akan hal itu. Kita jangan mengukur kefahaman orang sama dengan kefahaman kita.
Oleh sebab itu, itu, kita perlu lebih berlapang dada apabila melihat orang membuat salah. Jika dia tidak tahu, ajar dia. Jika dia lupa, ingatkan dia. Tidak semua yang kita marah kadang-kala adil bagi dia.
Bagi diri kita pula, hendaklah kita sentiasa meningkatkan ilmu kita. Walau setinggi mana ilmu kita, masih sedikit dibandingkan dengan lautan ilmu dan pengalaman yang ada. Kita mungkin jaguh di tempat kita, tetapi ia tidak memberi erti kita juga jaguh di tempat lain.
Kalau kita memahami hakikat ini, nanti kita tidak akan sombong jika kita berilmu dan tidak akan malu untuk belajar jika kita jahil. Kita juga akan sentiasa membimbing orang lain untuk sama-sama maju dengan kita. Jika semua orang tahu hakikat ini maka kita akan mewujudkan satu masyarakat yang sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berpesan-pesan ke arah kesabaran. Maka insyallah, kita akan sentiasa membina kecemerlangan di dunia dan keselamatan di akhirat.
Mangkuk yang berisi air teh di KrabiIa digunakan untuk membasuh tangan
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment