Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Friday, October 10, 2008
Jom Kongsi Pengalaman 10 - Krabi Thailand
Dalam perjalanan balik dari Phuket ke Malaysia, saya di ajak oleh sahabat saya Ustaz Hussain untuk bermalam di Krabi. Dia akan mengajak saya berjalan ke pulau sekitar Krabi. Kami menaiki bot dari Aou Prak Nang. Dalam lebih kurang dua puluh minit kami sampaike AouTon San. Di sini kami tidur di Ton Sai Resort.
Satu masa dahulu, di Krabi ramai penduduk Islam, tetapi sekarang ia telah bercampur dengan orang bukan Islam. Saya duduk di Ton Sai Resort sebab ia dimiliki oleh orang Muslim. Pengusahannya bernama Burhan. Di restorannya, ada makanan halal. -gambar di atas adalah Jeti di Aou Prak Nang untuk ke Aou Ton Sai-
Krabi mempunyai banyak pulau yang cantik. Ia setanding Phuket. Di sekitarnya terdapat Phi Phi Island,Hong Island, Railay Beach,Poda Island, Tup Island, Chiken Island dan lain-lain lagi. - gambar di atas laut pada waktu petang.
Banyak akitviti yang boleh dibuat di sini. Di kepulauan ini, orang boleh berkayak, boleh membuat kembara dengan gajah, boleh snorkling, diving, , climbing, rafting, mandi dan sebagainya. Tapi apa pun yang kita buat, bagi orang Islam, jangan lupa iaitu untuk melihat kebesaran Allah. - gambar adalah suasana hujan di tengah laut di Krabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
3 comments:
ustaz bila nak buat rombongan kali kedua..boleh ana mintak cuti awal2...
salam ustaz..
sy hendak bertanya serba sedikit..
sy hendak ke krabi thailand,insyaAllah dlm masa terdekat..tp ada beberapa rakan yg berkata krabi agak bahaya kpd muslimin terutama yg bertudung..
adakah ini benar dgn keadaan di sana skrg?
terima kasih
Suasana di Krabi...terasa seperti di Malaysia.
Post a Comment