Tuesday, December 1, 2009

Univerisiti Kehidupan 130 – Keajaiban Di Padang Arafah

“Alhamdulillah ustaz, syukur”, kata Puan Zanariah atau lebih mesra dipanggil dengan nama Kak Yah.

“Ye ye”, kata saya sambil senyum tapi hati saya tertanya-tanya,

“Siapa kakak ni?”

Taklah susah sangat untuk mengenali semua penghuni apartment yang tak sampai 50 orang ini, tapi sebelum ini saya tak pernah nampak Kak Yah.

Saya tak kenal kak Yah tapi, dia menyapa saya dengan mesra. Lebih-lebih lagi dia menyapa di apartement yang saya duduk.

“Ustaz sebelum ni, mesti ustaz tak perasan saya, tapi mula-mula datang dulu, saya dah cam ustaz” kata kak Yah lagi.

“Aahlah, kak duduk mana sebelum ni” tanya saya.

“Ada, tapi dalam bilik sahaja” jawabnya ringkas.

“Saya syukur ustaz, saya sebenarnya stroke, jalan pun orang papah, itu yang duduk dalam bilik sahaja” kata kak Yah.

“Semalam ke Arafah, orang papah saya. Alhamdulillah, sehari di padang Arafah, saya berdoa pada Allah agar Allah beri kesihatan pada saya, lepas itu Alhamdulillah ustaz, waktu tu, Allah terus beri kesembuhan kepada saya ustaz. Saya terus dapat jalan sendiri. Tak sangka, saya dah boleh jalan sendiri ustaz” kak menyambung kisah gembiranya dengan perasan terharu.

“Subahanallah, subahanallah”, tak henti-henti saya mengucapkan tasbih menyatakan kekaguman kepada Allah.

Seorang yang sedang sakit, menadah tangan, mengadu pada Allah, Allah berikan kesembuhan kepadanya.

“Macam mana nak logikkan menurut sains”, bisik hati saya.

Tapi itulah hakikatnya. Sains hanyalah dilahirkan dari kajian manusia, sedangkan banyak lagi perkara yang manusia tidak temui.

Itulah hakikatnya, satu antara ribuan kisah ajaib di tanah suci Mekah. Mungkin ada di antara kita yang mecebek cerita seperti ini. Mungkin ada yang mengatakan:-

“Ah!.. kebetulan kot”

Sebenarnya, di dalam Islam, memang ada dibincangkan mengenai keajaiban-keajaiban ini.

Jika ia berlaku kepada para Rasul, maka ia disebut sebagai Mukjizat. Di antara contoh mukjizat Nabi ialah membelah bulan, batu pernah berkata-kata dengan Nabi berdasarkan hadis:-

Dari Jabir bin Samurah dia telah berkata, telah bersabda Rasullulah saw, sesungguhnya aku sangat mengenali satu batu di Mekah dulunya ia mengucapkan salam padaku sebelum aku diutus, aku mengenalinya sekarang (Hadis riwayat Muslim di dalam kitab al-fadhail di dalam bab Fadl Nasab an-Nabi saw wa at-Taslim)

Jika sesuatu keajaiban itu berlaku pada para sahabat, para wali, ia disebut sebagai karamah. Ia seperti yang berlaku kepada Saidina Umar r.a ketika beliau mengirim pasukan tentera yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil Sariyah. Saidina Umar yang sedang berkhutbah di Madinah tiba-tiba berteriak:-

“Wahai Sariyah, bertahanlah di gunung”

Ketika pasukan Islam itu pulang, antara mereka bertemu Saidina Umar, “Wahai Amirul Mukminin, kami menghadapi musuh kami dan kami hampir kalah, tiba-tiba ada teriakan:-

“wahai Sariyah, bertahanlah di gunung, maka kami bertahan di gunung, dan Allah mengalahkan mereka”

(Menurut at-Tabrizi, diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Dala’il an-Nubuwwah dan Muhaqqiq al-Misykat berkata : Ibnu Asakir juga meriwayatkan serupa dengan sanad Hasan)

Jika ia keajaiban itu berlaku kepada orang awan, maka ia dipanggil Maunah. Ia berlaku seperti kepada kisah kakak di atas.

Jika keajaiban itu berlaku ke atas orang-orang kafir, fasik, zalim dan orang-orang jahat, maka ia dipanggil Istidraj, iaitu kelebihan yang Allah beri kerana usahanya sedangkan pemberian itu untuk lebih menjauhkannya dari Allah. Pemberian itu dianugerahkan dengan keadaannya dimurkai Allah.

Rasullullah saw, ditanya tentang dukun (yang mempunyai keajaiban), baginda bersabda:-

“Dia tidak mempunyai kemampuan apa-apa, Mereka berkata, Ya Rasullullah, mereka (para dukun itu) menyampaikan kepada kami tentang sesuatu dan ternyata benar, maka bersabda Rasullullah saw, Itulah kalimat hak yang dicuri oleh jin, kemudian mereka sampaikan ke telinga pendukungnya lalu berita benar tersebut mereka campur seratus dusta” (Jami Ushul, Ibnu Atsir, V/63)

Al-Harits ad-Dimisyqi, seorang penjahat dan pendusta, ketika ditangkap oleh umat Islam untuk dibunuh, ada yang menikamnya dengan tombak tetapi tidak lut, maka Khalifah Abdul Malik bin Marwan berkata pada tenteranya:-

“Sesungguhnya engkau tidak membaca Bismillah”

Maka mereka membaca Bismillah, lalu menikamnya dan mereka dapat membunuhnya (al-Rusul wa al-Risalah, Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar, hal 220)

Itulah pembahagian keajaiban. Ia meman ada dan ada ketogerinya.

Sebab itu di dalam Islam, kita tidak diajar untuk ghairah dan takjub pada keajaiban yang ada pada manusia ini. Ditakuti kita cuba mendapatkannya dengan keadaan yang dimurkai oleh Allah.

Menjadi kebal tetapi dikurniakan dengan istidraj.

Semua kejaiban yang berlaku adalah untuk Allah tunjukkan kebesaran dan keagunganNya. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sesungguhnya, redha Allahlah yang kita buru di dalam hidup ini, bukan selainnya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sya’ab Ali, Mekah al-Mukarramah

Jumaat 27 November 09 jam 3.00 petang

IMG_1559

Padang Arafah, tempat terbaik untuk berdoa

IMG_1589

Para jemaah ada yang berdoa di dalam khemah dan ada yang memanjatkan doa di tanah lapang.

11 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

Orang awam, bukan orang awan. Kategori, bukan ketogeri

Shahabudeen Jalil said...

memang bukan meman

Anonymous said...

putus mood aku,haha.ade 2 ekor nie.mintak kerje jadi kerani lah,lagi bagus haha.

Hunny said...

Salam Anonymous,

Bukan hanya menjadi kerani barulah kita boleh menegur apabila ada kesilapan. Allah menyebut di dalam Al-Quran:-

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran, dan berpesan2 lah dengan kesabaran. Al-Asr: 1-3.

Ustaz Amin juga dalam beberapa entrinya dan ceramahnya selalu berpesan, kalau ada orang buat silap, kena tegur. Bukan sebab kita seorang kerani, atau kita lebih baik dari orang yang ditegur, tetapi kerana Allah yang suruh kita tegur.

Lebih mulia menjadi kerani yang menegur kesilapan yang dibuat oleh tuannya, mudah2an tuannya tidak mengulangi kesilapan yang sama, daripada membiarkan kesilapan yang sama terus-terus dibuat.

Dan akhirnya, bukan niat saya nak jadi kerani yang hebat, atau mengganggu ketenangan hati anonymous tatkala membaca blog ini, tetapi Allah kurniakan saya sepasang mata yang terlalu cepat mengesan kesilapan ejaan!

Anonymous said...

Cik adik Hunny,

No body is perfect. Nabi Adam, bapak segala manusia, pun ade buat silap. Ejaan2 Ustaz Amin tu bende kecik aje. Kitorg yg lain ni x kisah pun 'minor errors' ni.. Yg wat skt mate ialah bile stiap kali bc bab comments yg dikomen adelah psl ejaan. Bg la komen yg 'mind provoking' sket.

Cthnye dlm post ni. Ustaz ade tulis: Padang Arafah, tempat terbaik untuk berdoa. Then kite bg komen ke, atau soalan ke, such as: Ape beza berdoa di Padang Arafah dan berdoa di hadapan Kaabah? Mana lebih makbul?

Cube bg komen2 yg berwawasan sket.. Kesilapan2 ejaan ni kecik aje. Paham2 sendri sudah la..

Hunny said...

Salam abang papaseed,

Rasa mindaku ter'provoke' bila membaca komenmu..Betul2 berwawasan..

Shahabudeen Jalil said...

bagus la.. kalau tak ada kesalahan besar, kita tegur kesalahan kecik.

hehehe.. ekor tu penjodoh bilangan bagi hantu anonymous, bukan untuk manusia bernama macam kami.. huhuhu.

Anonymous said...

;) thanks for the information ustaz.

Anonymous said...

Typo error pun jadi isu...smpi membawa kpd mencerca (panggilan hantu, penjodoh bilangan ekor utk org yg guna ID anonymous? Wajarkah?)...Banyak lagi isu yg lebih penting & bermakna utk dibahaskan...typo error yg tidak menghilangkan mesej asal biarkan lah sahaja, cuma kesilapan menekan kekunci keyboard, bukannya tanda cetek ilmu & akal...k, nilaikan.

Unknown said...

Terima kasih ustaz Amin atas perkongsian yang amat berguna ini..

Anonymous said...

terima kasih..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...