“Hebatnya Seseorang Kerana Ilmunya, hebatnya ilmu kerana amalnya, hebatnya amal kerana syumulnya”
- al-fakir Ila Rabbihi Penulis -
Hari ini, 12 Disember 09 merupakan hari kedua saya memenuhi program “Tanyalah Ustaz’ di TV9. Memang sejak balik dari Mekah, saya ada sedikit selsema, tetapi hari ini adalah hari yang agak kuat selsema ini.
Tapi, dengan kasih sayang Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan dengan baik.
Kesempatan ini, saya ingin berkongsi isi penting di dalam program “Tanyalah Ustaz” kali ini.
Tajuk kali ini ialah “Ilmu Yang Tidak Boleh Dipisahkan Pengajarannya”. Tetapi, jika tajuk ini ingin dituliskan di kaca television, maka sudah tentu ia panjang. Maka, tajuk ini diringkaskan kepada “Pasangan Ilmu”.
Ada 15 pasangan ilmu yang terpenting sekali.
1. Pengajian mengenai ilmu tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai amalan.
2. Pengajian mengenai amalan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ikhlas
3. Pengajian mengenai ikhlas tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hak.
4. Pengajian mengenai hak tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ihsan.
5. Pengajian mengenai ihsan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai kemanusiaan.
6. Pengajian mengenai kemanusiaan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar.
7. Pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur.
8. Pengajian mengenai hikmah dalam menegur tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sangka baik.
9. Pengajian mengenai sangka baik tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami tipu daya manusia.
10. Pengajian mengenai memahami tipu daya manusia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai doa dan tawakkal
11. Pengajian mengenai doa dan tawakkal tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai usaha.
12. Pengajian mengenai usaha tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sunnatullah.
13. Pengajian mengenai sunnatullah tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami dunia.
14. Pengajian mengenai memahami dunia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami akhirat.
15. Pengajian mengenai akhirat tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai keimanan.
Inilah pengajian yang tidak boleh dipisahkan.
Apakah kesimpulannya?. Walau apapun yang kita lalui, akhirnya, hidup ini membawa kita kepada beriman. Dengan kekuatan keimananlah, kita akan sentiasa dibantu di dalam mengharungi hidup di dunia ini, lebih-lebih lagi, di akhirat nanti.
“Ilmu Pelita Hati”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
12 Disember 09 jam 3.45 petang
bahagian kedua, soalan email
berhenti sekejap…
Terima kasih pada semua krew yang bertugas dan yang menjayakan program kita.
5 comments:
Assalamualaikum ustaz.Saya tertarik dengan doa ustaz di akhir rancangan "Tanyalah Ustaz" berkenaan tajuk ini.Bolehkah ustaz paparkn doa ustaz itu untuk panduan saya.Terima Kasih
Salam ustaz... apakah hukum seorang suami memaki hamun isteri dan mengeluarkan perkataan mencarut? (contoh perkataan yg pernah dikeluarkan seperti : pukimak, babi, sial, bangang dan bodoh)
Seandainya sudah ditegur tapi masih memaki hamun dan mencarut tiap kali si suami memarahi isterinya.. apakah langkah lain yg boleh si isteri ambil? Terima kasih ustaz.
Wassalam..
Hamba Allah
salam ustaz, saya juga tertarik dengan doa pada akhir rancangan tanyalah ustaz topik "pasangan ilmu" - mohon ustaz perturunkan dalam halaman ini untuk dikongsi bersama.
2. bagaimana saya boleh mendapat buku untuk membuat rujukan tentang pasangan ilmu ini. sangat menarik kupasannya, cuma saya ini tidak boleh berbahasa arab, mohon ustaz berikan judul buku yang digunakan atau mana-mana buku dalam Bahasa Melayu/indon yang boleh saya fahami.
terima kasih.
Assalamualaikum ustaz. Saya tertarik dengan doa ustaz di akhir rancangan "Tanyalah ustaz" berkenaan tajuk ini. Bolehkah ustaz paparkan doa ustaz itu untuk panduan saya. Terima kasih
Asslmalakum ustaz...saya sangat tertarik dengan doa tajuk pasangan ilmu...Doa tersebut dibuat analogi dengan kehebatan para nabi2...sy tak sempat tulis...tlg ustaz paparkan untuk dikongsi bersama...tk
Dis 14.
Post a Comment