Thursday, December 24, 2009

al-Ijabah 40 – Cawangan rumah al-Ijabah

Selasa 22 Disember 09, jam 4.00 petang, saya dan sahabat-sahabat dari al-Ijabah berkumpul di Damansara membincangkan pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah.

Semoga, cita-cita tahun depan untuk memulakan pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah ini mendapat izin dari Ilahi, amin…

Malam ini, jam 9.00 malam, saya dan beberapa sahabat dari al-Ijabah pergi ke Kuala Selangor untuk melihat dan membincangkan penubuhan cawangan rumah anak yatim dan tahfiz al-Ijabah. Pada peringkat awalnya, ia dijangka akan beroperasi pada Januari ini, tetapi pembangunan yang agak lambat menyebabkan ia tertangguh.

Saya melihat batu-bata yang mula tersusun membentuk sebuah bangunan. Walaupun belum beratap, tapi perkembangannya telah ada.

Harap semua dapat mendoakan agar cawangan rumah anak Yatim al-Ijabah ini akan dapat disempurnakan.

Sistem yang sama akan dilaksanakan seperti di Subang Jaya iaitu ia sebuah rumah yang menekankan pembangunan akademi dan syahsiah anak-anak ini. Kebanyakkan rumah anak-anak yatim menjaga makan dan minum sahaja, tetapi kita menekankan pendidikan dan pembelajaran mereka dan mereka akan diaturkan untuk menghafal al-Quran.

Kita mengharapkan agar al-Quran ini yang dapat menjaga mereka di ketika anak tanpa ayah ini tiada siapa yang dapat menegur dan menjaga mereka.

Bukankah Allah telah menyatakan di dalam al-Quran bahawa:-

Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (surah al-Baqarah ayat 2)

Ketika kita kecil, ibu kita dan ayah kita yang menjaga kita, tetapi, setelah kita dewasa, imanlah yang menjaga diri kita.

Anak-anak ini, siapa yang dapat membela mereka jika bukan diri mereka sendiri. Ingin harapkan orang lain, banyak yang hanya suka melihat dan mencari kelemahan, tidak ramai yang ingin sama-sama mendidik dan membimbing.

Nabi saw bersabda:-

“Aku dan anak yatim, begini di syurga” sambil baginda menunjukkan dua jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengah, ingin menyatakan rapatnya baginda dengan pembela anak pilihan ini.

Tetapi percayalah, jika ia berkaitan dengan syurga, ia bukan perkara mudah. Cabarannya cukup besar. Hanya dari Allah sahaja kekuatan itu datang dan hanya dari Allah sahaja segala permasalahan dapat diselesaikan.

Yang penting, di dalam hati, biarlah ada rasa kasih sesama muslim, kerana ia salah satu cara untuk mendapat keredhaan Allah.

“Mencari Kepulangan Yang Diredahi”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putera Heights

24 Disember 09 jam 2.10 pagi

IMG_3118

Pembangunan cawangan rumah al-Ijabah

IMG_3126

IMG_3128

IMG_3134

Semoga mendapat bantuan dari ilahi, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...