Sunday, December 13, 2009

Diari 137 – “Tahniah Orang Tanjung”

Sabtu 12 Disember 09, hari ini hari kedua saya bersama penonton di dalam program “Tanyalah Ustaz” TV9. Petang ini, jam 5.30 petang, saya ke Tanjung Karang memenuhi undangan forum.

Saya singgah di rumah seorang sahabat dari MAIS, Nora yang betul-betul di bandar Tanjung Karang. Di rumahnya saya dijamu dengan makan malam.

Selepas Maghrib, penganjur program menghubungi saya.

“Ustaz dah sampai ke?” tanyanya.

Ye, ye.. dah ada dekat rumah… sapa ni?

tanya saya pada tuan rumah. Saya kemudian memberikan telifon kepada tuan rumah dan dia menerangkan kepada pengajur tempat saya berada.

Tidak lama selepas itu, datang seorang yang memperkenalkan diri sebagai Abang Zul dengan menaiki motosikal.

Tuan rumah menjemputnya masuk dan kami makan bersama-sama. Selepas Isyak kami mula bergerak dari rumah Nora.

“Abang Zul, saya naik motor dengan abang ye” kata saya pada Abang Zul.

Ke lokasi forum, saya hanya menaiki motor sedangkan Samsul yang membawa kereta saya mengikuti dari belakang. Kami dibawa ke Kampung Dato’ Manan.

Program forun malam ini, saya digandingkan dengan Ustaz Ghazali Omar dan forum dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azim, Imam Masjid al-Raudah Tanjung Karang. Forum ini bersempena dengan majlis pernikahan Haji Sukim Arshad.

Saya difahamkan bahawa, di kawasan sini, masih banyak orang yang mengajurkan karaoke jika ada majlis perkahwinan.

Tuan rumah ingin mengubah budaya ini dan menganjurkan majlis forum agama sempena perkahwinan anak mereka.

Tajuk forum malam ini ialah “institusi keluarga Islam”.

Forum berlangsung hampir dua jam.

Selepas forum, saya singgah di sebuah restoran di Tanjung Karang ini. Bertolak dari Tanjung Karang jam 12.30 malam dan kami serombongan sampai di Putra Heights jam 2.00 pagi.

Malam ini, saya terus berehat dan tak sempat pun untuk mengulang kaji topik tanyalah ustaz untuk hari yang terakhir pagi ini.

Tahniah saya ucapkan pada tuan rumah yang cuba membuat satu kelaianan di Tanjung Karang, semoga usaha yang ini terus dibantu oleh Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights 13 Disember 09 jam 11.00 malam.

IMG_2347

Tanjung Karang waktu petang

IMG_2353

Matahari yang melabuhkan tirainya

IMG_2397

Tajuk forum saya hari ini ialah “Institusi Keluarga Islam”

IMG_2459

Balik pun dah jam 2.00 pagi, keluar balik pukul 6.00 pagi, agak meletihkan. – Samsul, anak buah saya yang lena ketika siaran sedang berlangsung.

IMG_2475

Hari terakhir tajuk “Pasangan Ilmu”

IMG_2490

Santai selepas program.

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...