Monday, December 7, 2009

Diari 134 – Catatan Perjalanan Pulang

Ahad 6 Disember 09, jam 4.00 pagi, saya dan rombongan bertolak meninggalkan Madinah al-Munawwarah menuju ke Jeddah.

Perjalanan ke Jeddah sejauh 400 KM ini dimulakan dengan bacaan doa.

“InsyaAllah, jumpa lagi waktu dekat ini wahai bumi Madinah” bisik hati saya.

Pemandu lebih separuh abad berasal dari Mesir ini, begitu mesra dengan saya lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu saya pernah belajar di sana.

Tapi di hujung pertemuan, pemandu ini membisikan pada saya:-

“Mintakanlah baksis (duit tips) pada jemaah kamu”

Jam 11.00 pagi, kami telah sampai di Jeddah. Untuk pulang ini, kami tidak melalui terminal haji, tetapi terminal antarabangsa.

Alhamdulillah, semua urusan perjalanan dapat disempurnakan dengan baik.

Kapal Royal Jordanian meninggalkan Jeddah jam 6.00 petang menuju ke destinasi pertama iaitu Amman, Jordan.

Jam 8.00 malam, kami sampai ke Amman. Beza jam di sini dan di Saudi ialah satu jam ke belakang. Jadi, di Amman kala ini ialah pukul 7.00 petang.

Cuaca di Amman agak sejuk, ramai jemaah yang batuk dan ada di antara mereka yang agak kritikal. Seorang dari jemaah saya terpaksa mendapatkan rawatan dengan pegawai perubatan di Queen Alia Airport ini.

Tepat pukul 12.00, kami memasuki gete no. 2 untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok Thailand. Di ruangan menunggu kini, ramai jemaah haji dari Thailand yang juga mahu pulang.

Perjalanan dari Amman ke Bangkok hampir 9 jam, cuma, oleh kerana perjalanan ini pada waktu malam, kami tidak terasa lamanya. Semuanya lena ketika kapal membelah awan gelap pada waktu malam.

Kami sampai ke Bangkok jam 9.00 pagi waktu Amman sedangkan waktu Bangkok kini jam 2.00 petang.

Di sini, transit kami selama 5 jam dan kami akan bertolak ke Kuala Lumpur jam 7.55 petang waktu Bangkok.

Beginilah perjalanan, pejam celik, macam baru sahaja bertolak, kini dah nak balik dah. Semoga semua perjalanan di permudahkan Allah.

“Diari, Mencatat Sejarah Merakam Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Suvarnabhumi Airport, Bangkok Thailand

Isnin 7 Desember 09 jam 6.20 petang.

Di Airport Jeddah

Royal Jordanian

Airport Amman

5 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Selamat pulang ke tanah air.. selamat bekerja..

Anonymous said...

syukurAlhamdulillah ustaz selamat kembali ..akak nampak ustaz ceria

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

Salam Perjuangan kepada Ustaz Amin,

Saya amat tertarik dengan penulisan dan saranan terutamanya perjuangan umat Islam.

Ustaz mempunyai sifat perjuangan dan kepimpinan yang jelas. Di sini saya juga ingin mengajak Ustaz melihat perjuangan HPA, Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Sila lawati web saya utk mengetahui serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan ummah.

Terima kasih and jumpa lagi!
http://myhpafamily.blogspot.com/
Nazrin

Anonymous said...

Jangan.

Pujian ada udang di sebalik mee... Tak perlu join HPA tu. Nanti tak pasal2 buruk nama.

Pena Warisan said...

salam..selamat kembali ustaz.alhamdulillah ustaz dan semua dah selamat pulang.tgk airport Jordan, teringat zaman belajar kat sana..memang kenangan manis..semoga dapat bersua dengan ustaz satu ketika nanti..