Alhamdulillah, pada kesempatan ini, dapat kita berkongis jawapan pada apa yang ditanya.
Zara Slm, sy selalu marah anak kerana malas & x dpt keputusan baik.Adakah sy dikira x percaya takdir Allah? 2009-11-30 10:45 AM
Tidak, sebab marah itu perkara lain dan tidak percaya itu perkara lain. Jika marah dan kemudian mengeluh dan menyalahkan takdir, barulah ada masalah di dalam beriman dengan Qada dan Qadar
tonet, Salam Ust Bagai mn pula klu semua urusan pyembelihan, memasak n pbhgian hidangan aqiqah 2 sy serahkan pd org lain. Blh ke ust? 2009-11-30 9:42 AM
boleh, bagi kepada orang yang amanah
cikgunorhaliza Salam ukhwah. 2009-11-30 6:24 AM
Salam
tonet, Salam Ust Yg sy baca, daging 2 kena msk manis / kicap, klu msk dgn masakan lain, blh ke ust? 2009-11-30 5:42 AM
itu dari segi afdhalnya
tonet, Salam Ust ½ dr daging aqiqah 2 sy bg pd org yg m'uruskan pnyembelihan utk d msk n d agih2kan n ½ lg sy masak utk d jamu pd jiran tetangga. Blh ke ust? 2009-11-30 5:41 AM
boleh
tonet, Salam Ust Klu aqiqahkan ank lelaki dgn 1 ekor kambing blh ke ust? 2009-11-30 5:39 AM
Sunnahnya dua ekor
Hasya Nida' Diyanah salam ustaz, berkenaan pendermaan organ ketika kita telah tiada nanti dibolehkan ke dlm islam? bukan ke semasa kite kembali kpd Maha pencipta sepatutnya berada dalam keadaan lengkap..jenazah harus sempurna..sy kurang faham dgn status pendermaan organ ni.. 2009-11-30 4:57 AM
Boleh, bukankah Allah akan menggantikan setiap yang diberi dengan yang lebih baik. Kalau begitu bagaimana keadaan orang yang mati dibaham harimau, jerung dan sebagainya? Mana nak gantikan anggotanya itu?
zul utz, dari rembau ke muar hanya 92km..adakah sy boleh jamak?sedangkan jarak jamak ialah 96km? 2009-11-30 4:37 AM
tak boleh, sebab ia 96 KM
Guest tiga kunci alam ghaib pe ea ust? 2009-12-01 6:41 AM
Wallahualam
KK Salam ustaz...apa hukumnya membela saka..SIL saya menyetujui menerima saka moyangnya dalam mimpi..kemudian di hari berikut terus nenek tu ikut dia ...pada hari keesokannya. macam2lah nenek tu suruh buat. spt berpuasa, sembahyang, zikir. dan skang SIL boleh mengubati org sakit. apa pendapat ustaz? saya confius nihh... tolong jwap ustaz...tq..jzakillaah 2009-12-01 6:19 AM
Saka itu jin dan kita tidak dibenarkan berdamping dengan jin. Tidak dibenarkan di sini ialah, paling rendah hukumnya makruh dan boleh jatuh haram.
Guest salam ustaz. mak saya buat aqiqah utk abg saya 2 ekor kambing. tapi dalam masa yg berlainan. maksudnya seekor tu di kemudiankan. sah ke? 2009-11-30 4:01 PM
Sah
juice salam ustaz, ape hukumnya kite bace al-quran tp xtau mkne lgsung...cume sekadar bace....tq ustz 2009-11-30 2:21 PM
Dapat pahala membaca
bard ust,jika kita sdg solat kanak2 kecil/bayi yang masih belum khatan, datang dan peluk kita adakah batal solat kita? 2009-11-30 12:26 PM
tak batal, Cuma orang yang belum sunat ada menganggung najis pada kemaluannya, jangan sampai dia duduk dekat atas peha kita dan kita ditakrifkan menanggung najis itu.
tonet, Salam Ust Sempat ke Ust jawap semua psoalan yg d kemukakan d cni.... 2009-12-03 9:35 AM
InsyaAllah, doakan...
Guest slam...ustaz,saya telah melakukan dosa terlampau jauh hinggakan rasa tak terampun rasanya.. dan dosa-dosa yg amat berat saya rasa tak cukup dgn taubat.tolonglah saya ustaz.saya mula tinggalkan semua dan terus bertaubat. 2009-12-02 4:32 PM
Banyakan taubat dan banyakkan amal soleh kerana amal soleh juga sebagai pengikis kepada dosa
chikara salam ustaz.. boss saya selalu memarahi saya seperti dia terlalu membenci dan saya ini jijik di mata dia... apa yang saya buat semuanya salah..setahu saya semua kerja pejabat saya telah buat 100% terbaik.. tapi dia tetap membenci saya..apa patut saya buat ustas 2009-12-02 6:07 AM
Bacakan surah Taha 1-5 dan banyakkan senyum dan menyapa dia..
mawarkota slam...bolehkah mengunakn sabun tanh liat utk membersihkn najis mughalazah??sy macam terbaca ada pndpt mengatakn boleh sekiranya ad fatwa dnegeri itu 2009-12-01 1:18 PM
Kalau ada fatwa, maka boleh..
Zara Slm, kwn peluk dah 12thn & sgt mantap.Dia benci ibubapa dia yg kafir, juga fmly suami yg moden, hingga x ada yg nak ckp dgn dia. Nasihat Ustaz? 2009-12-01 10:14 AM
Tingkatkan ilmu akhlak sebagaimana dia meningkatkan ilmu hukum hakamnya
tonet, Salam Ust Nak buat Solat Tahiyyatul Masjid dulu ke / Solat Sunat sblm Fardhu Zohor, Asar, Isya & Subuh dulu? 2009-12-01 7:34 AM
Tahyatul masjid dulu jika masa masih banyak
hafiz mansor Salam Ziarah Ustaz Mohamad, moga sihat hendaknya... ingat kat ana lagi tak... sebilik di rumah johor ... 2009-12-04 4:19 AM
Ye ingat, semoga Allah merahmati kita semua
laaifham ustaz saya bertaubat dan tidak ulangi semua dosa2 yg lalu.saya nak keluar rumah pergi masjid belajar pun takut bila tak diizinkan oleh suami. saya sering berdoa...kdg3 dia kasi pegi lepas tu last minute dia ubah fikiran tak izinkan saya pegi.bagaimana ni ustaz? 2009-12-03 5:19 PM
Cakap baik-baik dengan suami, dari apa yang puan ceritakan, suami sebenarnya baik, Cuma kurang bimbingan, ajak dia sekali pergi. Jangan putus asa, doakan dia.
laaifham dan satu lagi apa kah hukuman saya tidak menurut kemahuan suami seperti dia mahu saya kerja kembali ke kelab malam atas alasan untuk dapat spend time 2009-12-03 5:16 PM
tidak boleh mentaati seseorang terhadap perkara maksiat
laaifham slm ust..saya tinggal bersama mertua sekeluarga,pada masa yg sm,ibu mertua saya slalu minta suami saya wang dan dia juga menyatakan pada suami saya tidak perlu berikan nafkah pada saya seperti mana yg telah dilakukan oleh suaminya...tolong betulkan saya tentang hukum ini.saya bnr bnr keliru dan gkan beliau telah pun menunaikan ibadah haji.tapi benarkah nafkah boleh buat begitu sekali.wallahualam.2009-12-03 5:05 PM
Ibu berhak meminta wang dari suami kerana nafkah ibu bapa pada anak lelaki jika ibu bapa tidak mampu, tetapi ia tidak menafikan nafkah isteri. Dua-dua kena bagi.
confuse Ustz,leh x mndi hdas gna air pns yg dcmpur dgn air paip yg mngalir n dtadah ke dlm baldi? 2009-12-05 10:31 AM
Boleh
fizrie Slm ustz.Sy sorg guru.Kdg2 bla ada bdk jmpa duit sy t'lpa nk war2kn sbb sbuk sgt..jd bla trgt sya akn msukkn duit 2 dlm tbung kbjkn sek. kdg2 sy sdri x igt duit2 apa yg sya pgg sbb dh b'cmpur2 n jmlhnya sdkt2 dan xtau nk bg kat sape.Jd sy gnakn duit2 tu utk blikn alat2 tlis bg mrid2 yg krg mpu..Dan sb sya msykil smda cra sya ni btl or x jd kdg2 sya gnakan duit sya sdri utk tmbh byrn2 yran yg xckup utk cover blik tkut2 sya ada t'gna duit yg bkn hak sya.Sya nk tnya ustz,bleh x sya wat mcm 2? 2009-12-05 10:22 AM
Yang dah lepas tu, biarlah, yang akan datang, kena isytiharkan dulu. Tapi isytihar tak perlu beritahu berapa jumlah, umum sahaja, “siapa ada duit hilang?”
Guest salam ustaz, apakah hukumnya mendengar ceramah agama daripada individu yg berpengetahuan agama tetapi dia sendiri tidak melakukan amal ibadat? 2009-12-05 6:08 AM
Boleh, ilmu dan amal dua bab berbeza, kadang-kala, ilmu yang diberikan member manfaat pada kita walaupun tidak pada dia.
Wallahualam,
Semoga menepati kehendak soalan, jika masih samar, boleh tanya kembali.
“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Madinah al-Munawwarah
5 Disember 09 jam 2.30 petang
2 comments:
salam..ustaz..sy nk minta pendapat ustaz..sy sering buat istikharah..minta petunjuk sekiranya teman lelaki sy skarang adalah jodoh sy atau tidak..sy pnah mimpi sy berada dikalangan ulama..di kawasan bukit..mlm selepas2 itu..sy ade ternmpk wajah dia..bukan setiap kali sy buat istikharah sy nmpk..cuma dlm 2,3 x..tp sy x pasti mimpi ape..adakah itu petunjuk allah dia adalah jodoh sy?atau sy mimpikan dia sbb hati sy cenderung pd dia?
Salam ustaz.. apakah nafkah kepada isteri itu wajib? jika ianya tidak dilaksanakan atas alasan kurang mampu dan si isteri memahaminya, apakah dia terlpas dari memberi nafkah? Tetapi si isteri pernah melihat si suami membeli barangannya sendiri sehingga mencecah ratusan ringgit dan ade kalanya ribuan ringgit semata mata kerana hobi.. si isteri agak kecewa kerana jarang nafkah kepadanya diberi sdgkan si suami membeli brgn mahal utk hobinya. Minta pendapat ustaz dan penjelasan. Terima kasih. Wassalam
Hamba Allah.
Post a Comment