Wednesday, December 16, 2009

Diari 139 – Anak Yatim, Yang Nak Masuk Dan Yang Nak Keluar

Beberapa hari ini, saya agak sibuk dengan kemasukkan pelajar di MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) dan juga kemasukkan anak-anak yatim baru ke dalam al-Ijabah.

Seorang ibu yang datang dari jauh, dengan hanya dihantar oleh saudaranya, membuat dua keping surat, merayu untuk masuk ke dalam al-Ijabah.

“ustaz, saya tahu, keputusan anak saya tidak berapa baik, tapi saya harap sangat dia dapat diterima masuk ke tempat ustaz. Semoga nanti dia jadi ustaz” kata ibu kepada seorang anak yatim yang benar-benar berharap agar anaknya diterima masuk.

Saya memerhatikan ibu ini. Matanya penuh harapan.

“Baiklah kak, tapi akak kena istikharah dulu ye, apa jawapan untuk anak akak ni, nanti akak bagitahu saya ye dari pihak saya pun, saya akan istikharahkan dulu” kata saya setiap kali mengakhiri temuduga kemasukkan pelajar MASSA ataupun anak yatim.

Selesai semua temuduga, saya terus ke Kuala Lumpur untuk melawat tapak kedai baru di AXIS Pandan, semoga ia menjadi salah satu sumber ekonomi bagi Ijabah nanti, amin..

Telifon saya bordering,

“Ustaz, boleh jumpa tak, ada hal sikit lah”, suara ini saya kenal, salah seorang ibu pada anak yatim kita.

“Ok kak, pukul 6 ye” jawab saya ringkas.

Pukul 6 petang, saya sudah sudah berada di asrama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di Subang Jaya. Ibu ini sudah mengunggu saya. Di dalam asrama, kami berbual:-

“Ustaz anak saya nak pindahlah”

Saya memegang tangan anak yatim ini. Dengan suara yang rendah saya katakan padanya,

“Ustaz tahu kenapa awak nak pindah, awak kena marah dengan Ustaz Jazlan kan?”

Anak ini mengangguk. Dia yang ditangkap kerana mengambil barang orang, pernah didenda dengan abang saya, Ustaz Jazlan yang juga saya menjaga rumah anak yatim ini.

“Agak-agak awak, patut tak awak kena hukum” tanya saya.

“Patut” jawabnya ringkas.

“Agak-agak awak, ustaz Jazlan marah sebab nak didik awak atau saja nak marak”

“Nak didik” jawabnya agak matang walaupun baru berumur 9 tahun.

Agak lama bertanya dengan nada yang rendah, akhirnya anak ini menangis.

“Kak” saya berkata dengan ibunya.

“Kita tak sama dengan rumah anak yatim lain, rumah lain menjaga makan dan minum sahaja, tapi di sini, kita jaga pelajaran, tarbiah, akhlak dan pembentukan syaksiah”

“Kak, kalau umurnya 9 tahun pun, kak tak sanggup nak bertegas dengan dia, cuba banyangkan kalau dia umur 15 tahun, 18 tahun, 25 tahun. Kalau tak ada didikan agama, agak-agak, senang ke nak bentuk.”

“kak, kalau kerusi rosak kita boleh buang, tapi kalau manusia rosak, kita tak boleh nak buang, sebab itu memang kena sabar dan perlu ada ketegasan” terang saya pada kakak ini.

“Memang, sejak dia duduk sini banyak dah perubahan saya lihat” kakak ini mengakui perkembangan anaknya berbanding dengan sebelum ini yang tinggal di rumah anak yatim lain.

Beginilah antara rencam anak-anak al-Ijabah. Saya lebih senang mengambil anak-anak yang tidak pernah tinggal di mana-mana rumah anak yatim sebelumnya dari anak-anak yang pernah tinggal di mana-mana rumah.

Anak-anak yang pernah tinggal di rumah-rumah lain, biasanya agak keras dibanding yang langsung dari keluarganya.

Apapun, satu yang saya harapkan dari mereka,

“Semoga mereka berjaya seperti mana orang yang ada ayah berjaya”.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Disember 09 jam 11.15 malam

IMG_2578

Axis Pandan

IMG_2581

tapak kedai di Axis Pandan

IMG_2589

Semoga menjadi tapak pembiyaan al-Ijabah

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...