Alhamdulillah, saya selamat sampai di KLIA pada Selasa 8 Disember 09 jam 12.30 tengah malam. Menyambut saya di Airport ialah sahabat-sahabat seperjuangan dari al-Ijabah, Abang Azizi, Dato’ Syed Hamid, Haji Othman, Adnan dan Ustaz Mu’in.
“Ustaz nak makan apa, kita bawa” kata Dato’ Syed Hamid.
“Tak apalah, dalam perjalanan balik nanti singgahlah mana-mana, saya nak makan nasi lemak, lama tak makan nasi lemak” kata saya.
Kami berhenti sekejap di R&R untuk makan dan berbual.
Saya sampai di Putra Heights hampir jam 2 pagi. Semua tetamu menyambung berbual di rumah saya sebenar. Selepas menjamah air zam-zam dan madu dari Yaman, maka kami berpisah dengan salaman dan pelukan ukhwah.
Selepas solat Subuh pagi ini, saya berbisik:-
“Hari ini nak rehat dululah”
Baru saya nak merebahkan badan, masuk massage di telifon saya :-
Dari pentadbir Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASSA)
“Salam, minta datang sekolah boleh tak? Ada dokumen nak sign, penting”
“Oklah, kalau tidur pun ni sampai tengah hari tak habis” bisik hati saya.
Saya bersiap-siap dan terus ke MASSA. Selepas selesai beberapa urusan di sana, saya terus ke Shah Alam untuk melawat bahagian penerbitan, ALC Media.
“Ustaz jalan lupa petang ni, kita ada tetamu di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah, Dato’ Sri Mohd Effendi Normawi dari Encorp Berhad. Dia belikan peralatan sekolah anak-anak kita di Mydin terus ke rumah kita” kata Abang Azizi.
Selepas Zuhur, saya terus ke Subang Jaya dan menyempurnakan majlis bersama Encorp Berhad.
“Ok, boleh balik rehat lepas ni” bisik hati saya.
Selepas habis program saya dimaklumkan lagi:-
“Ustaz, lepas ni, anak-anak al-Ijabah dijemput melihat pertunjukkan ikan lumba-lumba dan Singa Laut di Sunway, nanti ustaz datang ye”
“Alamak, ada lagi?” bisik hati saya. Kepala sebenarnya dah mula rasa pening.
Habis program, datang satu panggilan daripada Helmi:-
“Ustaz, jumpa sekejap, ana nak tunjuka program kita tahun depan yang akan ke TV”
Di rumah Helmi, melihat beberapa episod program yang akan ke udara tahun depan. Mata semakin merah.
“Helmi, ana balik dululah, nak rehat sikit” kata saya.
Salam kepulangan yang agak penuh, semoga Allah terus berikan kebaikan untuk berkhidmat pada agamaNya, amin…
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Disember 09 jam 10.00 malam
Bersama Encorp Berhad
Bersama warga al-Ijabah melihat pertunjukkan ikan lumba-lumba dan singa laut
Aksi
1 comment:
Tahniah & terima kasih saya ucapkan bg pihak orang ramai atas jasa & perhatian Ustaz terhadap masyarakat Islam di Malaysia, terutama anak2 yatim di Al-Ijabah. Rehat yg sepatutnya slps prjalanan yg sgt jauh sanggup Ustaz delay demi kesejahteraan org lain. Smoga Allah memberi balasan setimpal pada Ustaz di akhirat nnt..
Post a Comment