Monday, December 14, 2009

Jawapan Pada Persoalan 85

Alhamdulillah, kesempatan ini dapat kita berkongsi jawapan pada apa yang ditanya.

Tetamu 6 Disember Assalamua' laikum w.b.t. Apa penjelasan ustaz mengenai pemakaian penutup wajah dan kedua belah tapak tangan ? Apakah hukum-hakamnya, Insha Allah, t/k. Juga tentang pendapat-pendapat yang ada, bagaimana cara isteri Rasulullah s.a.w berpakaian dan sebagainya, diharapkan Insha Allah boleh diperjelaskan.2009-12-05 6:37 PM

Jika suasanan menimbulkan fitnah maka seorang muslimah wajib memakai purdah, tetapi jika tidak, maka sunat.

Isteri Rasul berpakaian dengan menutup aurat. Kain apa dan bagaimana tidak dijelaskan, Cuma mereka melabuhkan pakaian mereka.

kamal salam..ustaz..disini saya ada soalan yng musykil.. soalan saya.adakah kita boleh mengamalkan sistem pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan duit sedangkan kita mengikut iman shafie.. jika boleh saya nk minta ustaz beri ayat al-Quran atau hadis mengnai perkara ini.. jika boleh.. adakah kita mengikut ajaran iman lain-lain untuk sesuatu benda dalam masa terdakat.. contohhnya jika kita ingin mengeluarkan kentut,. kita mengamalkan mengikut lain yang mane ada setengah iman terkentut tidak membatlkan wuduk.. dan selepas itu kita mengikut kembali iman shafie.. saya agak keliru di sini.. mintak ustaz beri pandangan terus kepada saya tentang perkara ini.. ustaz bolehlah teruskan e-mel kan kepada saya jawapn mengenai in di emel saya: saya berharap dapat memberi jawapan kepada masalah ini dengan terperinci.. sekian terima kasih..assalamualaikum.. 2009-12-05 11:25 AM

Sumber hukum adalah al-Quran dan hadith, kaedah mengistinbat hukum ada cara yang disepakati dan ada cara yang tidak disepakati ulama seperti saad zaraik, masalih al-Mursalah, dan sebagainya.

Di dalam konteks zakat fitrah, telah ada fatwa-fatwa dari al-Syafiiyyah yang mengharuskan menggantikan wang. Paling senang lihat fatwa negeri-negeri di Malaysia. Boleh beli buku-buku fatwa dan lihat hujah di sana.

Untuk talfiq (mencampurkan antara mazhab) tidak dibenarkan jika kita belum sampai tahap orang yang mampu melihat dan membahaskan hukum berdasarkan istinbat hukum.

Jadi, dari kita sibuk nak bahaskan perkara yang telah selesai dibahaskan ulama’ lebih baik kita tumpukan pada mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang belum ada lagi seperti perbahasan fiqh perubatan, fiqh siasah, fiqh daulah dan sebagainya. Barulah perbahasan itu berkembang.

confuse Ustz,leh x mndi hdas gna air pns yg dcmpur dgn air paip yg mngalir n dtadah ke dlm baldi?2009-12-05 10:31 AM

boleh

Azizah Seorang suami tak percayakan isterinya lagi dan tak mahu memaafkannya tetapi masih berjimak dengannya. Apakah dosa2 itu telah terampun? 2009-12-08 5:08 AM

Teruskan minta maaf, jika suami tak maafkan, paling kurang Allah tahu kita telah berusaha untuk memperbaiki diri, semoga Allah yang maha pengasih membuka hati suami.

Aida salam. saya ada masalah yang dah lama menghantui saya. saya sebenarnya takut bila solat sendirian. saya terbayang malaikat berdiri dekat saya... tapi saya takut setan menyerupai makhluk berjubah putih. saya takut rosak iman. kalu nak solat mesti di kawasan ada orang. bantu saya ustaz 2009-12-08 2:33 AM

AMF to aida.... jgn pandang belakang... hehehehehe 2009-12-08 2:36 AM

Baca auzubillah sebelum sembahyang dan minta Allah beri kekuatan untuk hilangkan rasa takut pada selain dari Allah itu..

amani salam ustaz.Adakah hukum bulu kucing yg tertanggal dr bdnnya najis? Jika ada terdapat bulu kucing di pakaian semasa solat adakah solat itu sah? 2009-12-08 12:05 PM

Ada yang berpendapat najis dan ada yang berpendapat tidak, Pada saya, jika boleh jaga, jaga semaksima yang boleh.

Guest Salam, Ustaz, sya nk addres al-Ijabah klau kene zakat nk byar (dtg) kt situ (baru niat la).Insyallah.. TQ ust. ats jwpn yg tlh diberikn ianya bnyk membantu.. 2009-12-08 8:54 AM

Lihat dalam web al-ijabah

Guest Salam, Ustaz, sya dpt duit jual rmah rm25. Duit tu sya bg skit pd anak2&mak & lbihnya simpn di LUTH (10k). Kene zakat yg lebih @ yg diterima awal2 (25k)? TQ 2009-12-08 8:47 AM

Kira dari awal.

Guest Selamat Kembali Ustaz. Saya nak tanya oleh kerana saya tak pandai mengaji, saya selalu membaca tafsir. Adakah pahalanya sama? Jazakallah kayran. 2009-12-08 7:50 AM

Tetap lain, Cuma pahala membaca terjemaah juga tetap ada

hanim Salam ustaz.Bila bermimpi mertua sy, tiap kali sy & suami brgaduh wlau tak mceritakn pdnya. Dia mulakn. Mcm dah jdi trademark. Kenapa? Tlg bantu 2009-12-08 5:24 AM

Apa keadaanya?

hanim Salam ustaz. Apa tanda2 org yg ada saka? P"cik sya dulu guru silat dan pandai mengubati org Skg tdak dipraktikkn lg. Sakakah?.95thn, mkn cukup kuat 2009-12-08 5:20 AM

makan kuat tu tanda sihat

Azizah Jika imam baca Bismillah & ayat2 lain berakhir dengan "him" dibunyikan "khim", boleh ke kita jadi makmumnya? 2009-12-08 5:20 AM

Jika benar-benar merubah huruf maka tak boleh..

Azizah Apakah hukumnya seorang bapa tiri tiri tidak membenarkan ibunya drpd berjumpa dengan anaknya? Apakah ibu itu berdosa jika berjumpa dengan anaknya tanpa pengetahuan/izin suaminya iaitu bapa tiri anaknya? 2009-12-08 5:14 AM

Tak berdosa dan bapa tiri tak boleh nak halang hubungan kekeluargaan itu

Azizah Jika isteri xsolat, suami boleh tegur dan piisahkan tempat tidur jika degil tp jika suami yg xsolat, bolehkah isteri berbuat begitu juga? 2009-12-08 5:12 AM

Dakwahlah dengan berhikmah dan minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik

disco Sebarkannn: Isteri Dr Asri tak nak masuk disco, baca di: link 2009-12-09 4:12 AM

Zailani salam Ustaz. Bila nak datang ceramah langkawi? 2009-12-09 3:40 AM

InsyaAllah, ada masa dan umur, sampai nanti..

Guest ustaz,sya mengalami haid berpanjangan selama bb tahun.adakah haid di kira 15 hari selamanya atau ambil hari2 kebiasaan haid sahaja. 2009-12-09 1:36 AM

Untuk permulaan, kira 15 hari, dalam waktu yang sama, buat pemeriksaan doctor, apakah jenis darah ini. Ini kerana, orang yang mempunyai penyakit darah rendah memang akan keluar darah dengan lama. Sahkan darah apa. Jika memang bercampur, maka kira 15 hari, tapi, jika darah itu penyakit, maka kira kitaran biasa.

Guestasmi.salam ustaz,apakah hukum makan ulat mulung(dalam b hujjah nya. 2009-12-09 12:56 AM

Maaf, minta terangkan sikit mengenai ulat mulung tu yang mana satu?

razifembi Assalamualaikum, mana yang lebih utama, ceramah agama atau menunaikan solat isyak?kadang2 pergi masjid niat solat jemaah isyak, tapi ada ceramah agama jadi solat isyak dilewatkan sedikit, akhirnya oleh sebab ada hal, saya tak dapat ikuti ceramah hingga selesai, hanya sekadar solat isyak seorang shj . 2009-12-08 6:43 PM

Ceramah agama lebih utama..

Guest Saya nak tanya bagaimana nak hilangkan hobi suka tengok bahan lucah 2009-12-08 4:27 PM

Kena didik hati, hindarkan bersendirian dengan computer dalam waktu yang lama..

Mata B Ustz, sy sedekahkan pahala baca Al-Quran kpd arwah abah. Adakah sy masih dpt pahala dr bacaan itu utk sy sendiri 2009-12-09 10:37 PM

Dapat

Mata B Sy telah mbeli takaful utk perubatan hospita & sbg simpanan. Jk sy mati, ada byrn akn diterima waris2 sy. Adakah halal wang yg akan diterima waris2 sy 2009-12-09 10:36 PM

Takaful, halal..

Mata B Ustaz, perlu ke kita bayar zakat atas duit insuran pendidikan yg telah matang slps 2o thn penyertaan 2009-12-09 10:33 PM

Kalau dah keluarkan duit, baru kena bayar zakat

T-mee Ustaz, b4 beli brg, seorang minta sy belikn brg itu & jual semula kpdnya + 5% markup. Hati sy juga tdetik utk setuju. Tp belum sempat sy bayarkn, brg itu dah sampai & kwn sy minta sy bayar kpd vendor. Bolehke sy terima 5% utg yg dijanjikn krn kawan sy tu akan byr pd saya 1-2 bulan lg 2009-12-09 10:29 PM

Boleh asalkan akad itu jelas dan tidak ada unsur penipuan dan tidak pasti (gharar)

T-mee tanya lagi pasal lobi kontrak. projek dah lama siap & untung dah abis sara keluarga. cam ne nak pulangkan projek 2? Cukupke dgn taubat nasuha sja 2009-12-09 10:23 PM

Hak kena balikkan pada yang empunya barulah taubat diterima

Antoi Kenape sy skrg sudah x begitu minat dgn kehidupan dunia ni? Sy merasakn dunia betul2 sementara & penuh tipu daya. Sy mahu cari kebahagiaan di akhirat 2009-12-09 11:15 PM

Bagus tu, jadi, ambil dunia sebanyaknya dan kemudian berikan untuk akhirat..

Antoi Ustaz, apa maksud Ust dosa syirik x diampunkan di akhirat? Bgmn dgn taubat nasuha kita thdp dosa syirik? Kita lakukan dosa syirik dgn tak sengaja, tak tak betul2 faham ancaman Allah, hanya ikut ckp org tua2 & jahil dlm agama? tiada ke jalan lain utk dpt ampunan Allah. Dah tau, Nyesal sangat2 ni Ustaz2009-12-09 10:58 PM

Jika dah bertaubat di dunia, maka lepas di akhirat, maksud tidak diampun di akhirat ialah, Allah banyak bagi ampun pada dosa yang tak sempat ditaubatkan di dunia pada hambanya, kecuali dosa syirik.

Ceby Apakah bdosa terlihat aura org di TV ketika iklan sdgkn kita mahu lihat rancangan agama & yg ilmiah 2009-12-09 10:54 PM

Pandangan pertama dimaafkan, kalau pandang balik, maka dosa

Ceby Sy de buat korban di kg. Bapekah bhgn yg sy dpt & lehkah sy bawa balik daging tu ke KL serta bagikn kpd kluarga di KL & brpa lama dagig 2 leh disimpan 2009-12-09 10:52 PM

Berapa-berapa pun tak apa kecuali jika korban adalah korban nazar, tak boleh ambil langsung. Daging boleh disimpan, afdhalnya, masak dalam tempoh tiga hari.

Ceby Ustaz, sy x putus doakn anak2 jadi anak yg soleh & solehah. & mharap sgt2 mrk jadi tahfiz Al-Quran. Apakah amalan utk mrk jadi phafal Quran 2009-12-09 10:48 PM

Teruskan doa, hafal al-Quran tak semua orang mampu walaupun tinggi harapan kita pada anak kita tu.

Mata B Adakah wang sy yg disimpan dlm tabung haji anak2 dikira hibah @ pusaka slps sy mati. sbb kdg2 sy ambil juga wang sy itu utk sara hidup. sy juga dah dah pesan pd keluarga jk sy mati wang simpanan sy dlm akaun anak2 itu adalah hak mereka. Apa nasihat ustaz? 2009-12-09 10:45 PM

Hibah adalah pemberian semasa hidup, jadi akadkan pada anak dan anak tu kena terima.

Mata B Ust, adakah bacaan Al-Fatihah, 3 Qul & Ayat Kursi slps solat itu dikira kita telah mbaca Al-Quran spt yg disyorkan bacalah setiap hari walau 1 ayat 2009-12-09 10:42 PM

Sudah dikira, tapi kalau mampu, usahakan untuk baca ayat-ayat lain dan  khatamkan al-Quran banyak kali

Mata B Ust, slps solat, sy sering sedekahkan fatihah kpd Nabi Muhammad, kluaga & shbt nabi & ibubapa serta muslimin yg hidup & mati. Boleh ke? 2009-12-09 10:40 PM

Boleh

NQN Ustaz, suami pernah bgurau yg dia tak redho dgn sy. Sy minta dia tarik balik ckp dia & ingatkn dia jgn bgurau benda2 cam 2 jk sygkn sy. Adakah 2 doa 2009-12-09 11:41 PM

Boleh

NQN Bdosakah si anak yg x brape mahu jaga mak sbb dah btahun2 jaga mak tp sikap mak yg panas baran & tlalu sensitif mybbkn sy kdg2 tertinggi suara. Akhirn Akhirnya mak kata anak2 melawan & dia nangis. Sy tak nak jadi anak derhaka. mak selesa duduk dgn sy tp sering kecil hati dgn sy. Dah puas doa agar mak lembut hati & sabar tp akhir2 ni makin panas baran. Apa yg patut sy buat? Kalau jaga mak nanti makin byk dosa sy pdnya. Dia puji anak2 yg lain yg duduk jauh dari mak sbb x byk sakitkn hati mak. Apa pat patut sy buat utz. Sy sayngkn mak. Sy ikut perintah Allah jaga mak. Tp sy tak nak masuk neraka sbb kdg2 mjawab ckp mak. Kami sering doa hingga depan depan Kaabah agar mak berubah. Bila hati mak dah sejuk, mak kata dia cuba sabar & x ambil hati. Mak akui sy byk jaga dia & bagi kemewahan pd dia 2009-12-09 11:23 PM

Sabarlah, teruskan jaga, teruskan berdoa, kadang kala, anak yang boleh mak marah yang paling mak sayang. Cuma dia tak pandai nak tunjuk macam mana. Semoga Allah bersama kak..

NQN Ustaz, adakah aurat dagu wanita itu, sempadannya ikut tulang dagu kita? 2009-12-09 11:20 PM

Ada khilaf, ada yang berpendapat sedemikian

Siti assalammualaikum ustaz, sy nak taye, bleh ke saya bagi mak saya $ tapi tanpa pengetahuan suami kerana saya sy kesian dapur rumah mak saya yg bocor, 2009-12-10 2:52 AM

Kalau dari duit kita sendiri boleh, walaubagaimana pun, nanti tingkatkan diri untuk usaha bagitahu. Itu lebih berkat dan afdhal

ayli salam.ustaz, macamana cara nak hilangkan rasa kosong dalam hati.tiba2x aje, dalam tgah brsama2x rakan2x, kadang2x saya rasa jiwa saya seperti kosong. saya tak dapat nak ungkapkan. 2009-12-10 2:51 AM

ingat Allah

Ingin tahu Ustaz, wajibkah kita tanam tulang lembu yg dijadikan korban atau blh dibuang saja? 2009-12-10 1:38 AM

Afhdalnya

Guest Salam Ustaz, Anak2 lelaki saya, Anas dan Amir selalu abaikan solat walaupun sudah baligh. Minta ustaz doakan mereka jadi anak2 soleh. Jazakallahukha 2009-12-10 1:09 AM

Amin..

Jiput Ustaz, sy sering klua negara & gunakn kad kredit. Apakah haram sy gunakn kad kredit disbbkn pbezaan tukaran matawang pd transaksi jual beli dgn bil yg dituntut kpd bank di Msia. Ustz, tak kan kita nak bawa cash byk di luar negara sbb belum tentu kita gunakn nnt rugi pulak bila kita jual balik duit 2 2009-12-09 11:50 PM

Tukaran itu tak haram, yang haram riba pada kad

Jiput Ustaz, sy masih gunakn kad kredit konvensional & cuba tukar ke Islamic tp x dpt sbb bank perlukn slip gaji, LHDN dll sdgkn saya kini x keje tp x tipu tp x nak tipu bank dgn dokumen palsu. Sy masih mampu bbelanja dgn duit simpanan & guna kad sbg ganti duit cash bila shopping. Leh ke ustz, sy teruskn 2009-12-09 11:45 PM

Maksimakan usaha dan semoga Allah bersama niat yang baik

Jiput Ustaz, sedekah tika hidup & sedekah dr harta kita oleh waris kita lepas kita mati, adakah sama pahalanya & mana > baik 2009-12-09 11:43 PM

Ketika hidup

KK Ustaz terima kasih pada jwpn tentang saka tu. saya nak tanya. apakah yang harus saya lakukan? biar saja SIL dengan dunia dia atau suruh dia buang .. saka tersebut dan bertaubat. katanya SIL sebelum menerima saka tersebut tidak ada perjanjian di antara dia (SIL) dengan nenek tu. 2009-12-10 7:54 AM

Sebaiknya buangkan..

Aini Suami saya org minyak, suka berbogel masa mengintai jiran ditingkap blakg rumah pd Maghrib & Subuh. Smua dh tau tp blum dpt tgkap. Mcmna ni? 2009-12-10 7:46 AM

Doakan agar jadi orang biasa

LadingEmas Salam ~ Ziarah .. Tahniah! Moga Majlis iLMU ini menjadi amal Jariah utk bekalan akhirat ..Amin! 2009-12-10 4:25 AM

Amin..

sedih Salam Ustaz, mcm maner nk buat jika org sekeliling kita membenci, tidak mengendahkan jauh sekali untuk tegur2 walaupun kita kenal org2 tersebut ? 2009-12-10 3:51 AM

baiki diri dan amalkan surah taha ayat 1-6

Mat Assalamualaikum ustaz..apa hukumnya seseorang Islam yg mengganggu seseorang perempuan yg telah bertunang hingga menyebabkan tali pertunangan tersebut 2009-12-10 3:34 AM

Haram

rubina salam.macam mana cara nak kurangkan rasa sensitif terhadap teguran orang. kadang2x teguran itu mungkin baik tapi, caranya macam menghina sebab di ditegur di depan orang ramai. saya rasa seperti hendak menangis dan betul2x sedih 2009-12-10 2:53 AM

Bersarkan akhirat

faisal Slm ustaz, saya mmg menunggu ustaz tulis entri tntg "ikhlas tak menafikan hak", alhamdulliah penerangan lisan pg td di tv mmg lebih baik dr tulisan.tq 2009-12-11 12:39 AM

Alhamdulillah

Guest salam ustaz. apakah hukum bagi saya jika saya tdk berkesempatan untuk membayar hutang seseorang. dan skrg saya tdk dapat mencari org tersebut. 2009-12-11 12:32 AM

Niat untuk bayar dan usaha untuk cari orang itu

Guest salam..mcm mane nak mengubat hati yang cpt terasa dgn kata kata suami. 2009-12-11 12:26 AM

Besarkan akhirat

wan Hussin Apa pandangan ustaz tentang bank-bank yang ada di Malaysia ni bebaskah meraka daripada riba termasuk yang mengamalkan perbankan Islam? 2009-12-11 12:15 AM

Panjang perbahasan ni, elok dibuat dengan lisan,

http://hjarshad.blogspot.com Masyaallah ustaz, berehat dulu jaga kesihatan. 2009-12-10 9:44 PM

ok, tk

Guest Slm Ustaz, dah ada ke account maybank utk Yayasan Al Ijabah 2009-12-10 2:54 PM

Maybank Yayasan al-Ijabah 56227 2300 250

Guest salam ustaz...saya masih lagi dlm keraguan,setelah bertaubat.dahulu saya telah memakai susuk nauzubillah.gara2 ikutkan kawan dan iman yg lemah .adakah taubat saya dpt diterima.saya perlukan bimbingan ttg perkara ini.terima kasih ustaz 2009-12-10 2:25 PM

Jika bertaubat dengan penuh penyesalan, maka insyaAllah diterima

KK terima kasih ustaz..diari 131 sememangnya menitiskan air mata.. 2009-12-10 7:58 AM

Tk

Wallahu alam,

Jika masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Isnin 14 Disember 09 jam 9.30 pagi

7 comments:

Anonymous said...

Aida "salam. saya ada masalah yang dah lama menghantui saya. saya sebenarnya takut bila solat sendirian. saya terbayang malaikat berdiri dekat saya..." tapi saya takut setan menyerupai makhluk berjubah putih. saya takut rosak iman. kalu nak solat mesti di kawasan ada orang. bantu saya ustaz 2009-12-08 2:33 AM

To Aida: ustaz saya ada ajar supaya membaca surah An-Nas sebelum nak bersolat. Cuba anda amalkan. Lebih elok kalau hafal maksud/terjemahan sekali. Insya Allah..

Ummi Aisyah said...

syam "salams ustaz", saya ada sedikit persoalan nak tanya, mengenai ada seorang rakan pejabat lama pernah ajak saya join satu MLM, saya sebenarnya tak nak, tapi ntah macam mana saya boleh bersetuju nak menyertainya pada ketika itu, memandangkan saya tak mempunyai duit pada ketika itu, gelang dan rantai saya diambil untuk dijadikan modal(saya sampai kesudah tak tahu nilaian barang kemas saya dan saya juga tak tahu macam mana saya boleh tergamak untuk membuka rantai dan gelang sebagai modal), dan rakan pejabat telah meng'swipe'kan kredit kadnya untuk melunaskan modal saya secara cash sebelum gelang dan rantai tersebut dinilai dan diambil RM nya oleh rakan tersebut. amaunnya yang di swipe adalah RM4k, dan saya diberi selonggok barang untuk dijual, tapi saya yang seolah2 baru tersedar dari mimpi selepas keluar dari premis berkenaaan, geram punyer pasal,saya cuba jual, tapi hanya 3 ajer yang terjual, dan saya telah memulangkan semula SEMUA baki barang2 tersebut kepada rakan tersebut bersama2 harga modal2 barang2 yang telah dijual,dia bising2 suh saya bayar sekali dengan interest bank sebab RM4k yang dia swipe tuh dah start ada interest. macam nak kater aper yang saya bayar tak cukup la tuh...

1. Persoalan saya, saya dah bayar, termasuk pulangkan barang, adakah masih ada hutang pada saya terhadap rakan tersebut??adakah interest yang bank kredit kad kenekan pada dia, yang telah mengambil rantai dan gelang saya sebelum ini juga tertanggung pada saya? saya dah buat semua kira, dan dah bayar dia mana yang sepatutnya bahagian yang terjual, saya takut saya berdosa kerana masih berhutang, tapi dalam masa yang sama, saya fikir, bukan saya yang suh dia swipe kad kedit dia, dia yang offer...walau dia dah amik siap2 rantai dan gelang saya...saya dah pulangkan barang2 beserta dengan dia kater nilai barang kemas saya cuma RM700 camtuh (wallahualam, walau saya tak caya), dan harga 3 barang yang saya jual yang mana totalnyer RM4k, adakan interest dia kepada bank tuh masih atas tanggungan saya?

saya betul2 perlukan penjelasan., terima kasih ustaz..saya bingung...

Hunny said...

Salam Mata B,

Soalan anda,"Adakah wang sy yg disimpan dlm tabung haji anak2 dikira hibah @ pusaka slps sy mati. sbb kdg2 sy ambil juga wang sy itu utk sara hidup. sy juga dah dah pesan pd keluarga jk sy mati wang simpanan sy dlm akaun anak2 itu adalah hak mereka. Apa nasihat ustaz? 2009-12-09 10:45 PM

Saya setuju dengan pandangan Ustaz AMin supaya harta tersebut dihibahkan semasa hidup, kerana lebih jelas. Saya mencadangkan supaya akad hibahnya diperjelaskan di dalam suratcara yang khusus supaya tidak timbul pertikaian. Di MAIS kami ada menyediakan perkhidmatan hibah. Boleh hubungi pegawai hibah kami, ustaz Yasser di talian 03-5514 3773 untuk pertanyaan.

Hunny said...

To Ummi Aisyah,

Kalau ikut undang-undang kontrak, pinjaman RM4k melalui penggunaan kad kredit, kawan Ummi yang buat, so kontrak yang termeterai adalah di antara bank dan kawan ummi. By right, kawan sepejabat tu tak leh claim apa2 pun dari Ummi, sebab pihak dalam kontrak tu, dia, bukannya Ummi. Akan tetapi, disebabkan kawan tu men'swipe'kan kad untuk diberi pinjam sebagai modal kepada Ummi, Ummi perlulah membayarnya semula.

Jika Ummi dah bayar semua jumlah yang terhutang sebelum interest atau denda lewat dikenakan oleh pihak bank, sepatutnya kawan tu tak boleh claim interest pada Ummi, sebab dia boleh bayar terus pada bank untuk elak interest dikenakan terhadap dia. Tetapi jika Ummi bayar selepas interest dikenakan oleh bank, Ummi perlu bayar sebab denda lewat dikenakan atas baki jumlah terhutang.

By the way, Ummi dapat balik tak gelang dan rantai tu? Kalau tak, kena la tuntut dari kawan /kontra dengan bayaran hutang.

Maybe Ustaz Amin boleh kupas dari sudut hukum Syaraknya. Apapun, isu Ummi ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua termasuk saya, iaitu apabila kita berhutang hendaklah ditulis seperti difirmankan Allah, "apabila kamu berhutang (dengan bayaran bertangguh)hendaklah kamu tulis". Ini termasuk menyatakan persetujuan secara bertulis dengan syarat2 dan terma yang dipersetujui. Disebabkan terma pembayaran dan persetujuan yang tidak jelas, kes-kes begini banyak berlaku. Semoga Allah membantu Ummi dalam permasalahannya. Amin.

Zaidatul Abu Bakar said...

Salam ustaz... apakah hukum seorang suami memaki hamun isteri dan mengeluarkan perkataan mencarut? (contoh perkataan yg pernah dikeluarkan seperti : pukimak, babi, sial, bangang dan bodoh)

Seandainya sudah ditegur tapi masih memaki hamun dan mencarut tiap kali si suami memarahi isterinya.. apakah langkah lain yg boleh si isteri ambil? Terima kasih ustaz.

Wassalam..
Hamba Allah

Zaidatul Abu Bakar said...

Salam ustaz.. apakah nafkah kepada isteri itu wajib? jika ianya tidak dilaksanakan atas alasan kurang mampu dan si isteri memahaminya, apakah dia terlpas dari memberi nafkah? Tetapi si isteri pernah melihat si suami membeli barangannya sendiri sehingga mencecah ratusan ringgit dan ade kalanya ribuan ringgit semata mata kerana hobi.. si isteri agak kecewa kerana jarang nafkah kepadanya diberi sdgkan si suami membeli brgn mahal utk hobinya. Minta pendapat ustaz dan penjelasan. Terima kasih. Wassalam

Lin, KL said...

Salam Ustaz, saya ada 1 soalan mengenai suami saya. Suami saya tak suka menghadiri ke sebarang jemputan majlis perkahwinan/doa selamat/tahlil. Tapi saya tak nafikan yang dia seorang yang beriman, maksud saya, dia rajin mengaji, rajin ke masjid, suka bersedekah, dan banyak membimbing saya dan anak ke jalan Allah swt. Cuma bab jemputan majlis je dia tak suka pergi dan tak akan pergi kecuali sepupu-sepapat dia yg buat kenduri. Kalau majlis sebelah keluarga saya, dia akan hadir tapi muka macam tak ikhlas (masam muka, dan cepat2 ajak saya balik lps mkn). Jgnkan yg jauh, yg dekat kaw. 1 tmn pun dia tak pergi. Jadi, bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya menasihat suami saya supaya dia berubah. Maklumlah, org sekeliling tak tau apa yg berlaku. Saya kuatir mereka cakap saya yg control suami sbb tak bergaul dgn org sekeliling. Tolonglah Ustaz…

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...