Isnin, 14 Disember 09, bertalu-talu saya dihubungi oleh orang yang bertanya mengenai kemasukkan anak-anak yatim ke rumah al-Ijabah. Dalam separuh hari saya menguruskan mereka dan persediaan kemasukkan anak-anak pelajar di Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASSA).
Petang pula saya dikunjungi oleh Syahril Kadir dan beberapa orang sahabatnya membincangkan mengenai rumah HIV Darul Ukhwah.
Oleh kerana banyak perkara yang perlu diuruskan dalam waktu dekat ini, maka saya terpaksa menangguhkan perjalanan saya ke Etophia hari ini 15 Disember 09.
Jadi, saya meminta maaf di atas segala jemputan ceramah yang saya tolak sekitar tarikh 15-25 Disember 09 kerana pada waktu awal, memang saya tidak dapat menerima jemputan tersebut kerana perjalanan saya ini.
Semoga Allah terus membantu kita di dalam kehidupan ini.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
15 Disember 09 jam 9.30 pagi.
Kunjungan Syahril Kadir dan sahabatnya ke rumah HIV Darul Ukhwah
Kenangan bersama
Minum teh selepas ziarah
1 comment:
ust... nanti tengok blog saya ust..
ust komen sikit tulisan saya.
Post a Comment