Monday, November 30, 2009

Universiti Kehidupan 129 – Melontar Syaitan Di Jamrah

9 Zulhijjah 1430/ 26 November 09, saya dan rombongan semua telah berada di Padang Arafah, satu kawasan yang menempatkan seluruh umat Islam di dunia.

Wukuf di Arafah merupakan salah satu rukun haji yang utama. Jika seseorang tidak dapat wukuf di Arafah, maka, ia tidak dikira menyempurnakan haji.

Di padang Arafah, semua jemaah diberikan kawasan diberi nama maktab. Saya dan jemaah yang bersama di letakkan di Maktab 100. Di setiap maktab itu, kita akan diberkan khemah yang agak sederhana.

Sehari sebelum wukuf, hujan lebat melanda Mekah menyebabkan banyak antara maktab ditenggelami air.

Pada permulaan sampai, ahli rombongan yang lelaki semuanya duduk di luar, dengan carpet yang lembab lantaran hujan semalam, kami semua duduk di luar berbumbungkan langit.

Matahari semakin tinggi.

Duduk di sebelah saya ialah En.CM dan En. Nizam dari Bahagian Pengambilan UiTM.

“Besar-besar batu kat Arafah ni ye” kata En.CM.

“Aah, ustaz, nak tanya sikitlah. Di tempat melontar tu, betul-betul ada syaitan atau sebenarnya kita melontar syaitan yang ada di dalam diri kita” tanya En. Nizam pada saya.

Belum sempat saya menjawab, En. CM terus menyampuk,

“Memang ada kat situ tu, patutnya kita baling pakai batu besar sikit, biar syaitan tu pengsan sikit,

“Ooo, dulu ko tipu aku ye, haah, ambil kau” En. CM menggayakan.

“Haa, baling pakai batu besar sikit ustaz, baru padan dengan muka dia” kata En. CM

Kami ada ada di sekeliling semuanya tergelak. Barangkali benci betul kerana pernah tertipu.

Apapun, melontar di Jamrah itu symbol kepada keimanan kepada Allah. Disunatkan hanya menggunkan batu-batu kecil sebesar kekacang.

Tetapi, ramai jemaah yang melontar penuh emosi sehingga payung pun terbang, kasut, botol, batu besar dan sebagainya.

Syaitan tidak pernah sakit dengan batu itu, tetapi syaitan akan sakit dengan lontaran bersama doa dan ayat-ayat suci yang dipanahkan kepada mereka ketika melontar.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hendaklah kita sentiasa memohon perlindunga kepada Allah dari syaitan ini:-

Dan jika syetan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (surah Fussilat ayat 36)

Sesungguhnya, terdinding kita dari syaitan bukan kerana azimat-azimat, bukan sebab kayu koka, bukan sebab tangkal-tangkal, tetapi terdinding kita dari syaitan apabila Allah melindungi kita daripadanya dan seluruh tenteranya.

Oleh itu, selalulah meminta perlindungan kepada Allah dari tipu daya iblis dan tenteranya ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayangNya, amin..

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sya’ab Ali,

Jumaat 27 November 09 jam 3.00 petang

IMG_1560

En.CM dan batu besarnya di Padang Arafah

10 comments:

Hj Karim said...

waduh...... bosarnyo batu tu.. ustaz.kalu keno kat kplo eden 3 hri kat hospital Ajiad. Melopeh aden nk gi tawah dan sai.

Hunny said...

Salam Ustaz,

Tajuk entry ni, melontar syaitan ke syitan?

Anonymous said...

perlu ke tiap kali ade typo nak di betolkan? asalkan paham dah lah...ish ish ish

Anonymous said...

bapak komen tu tak masuk lagi nie,kalu dia ade habislah haha.komen org no1.

Anonymous said...

Hj Karim nie bagi komen, kelakar le...
Boleh take over Ujang

Shahabudeen Jalil said...

BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN...

bagus la kalau dapat betulkan typo tu.. lama2 jadi perfect la. Terima kasih Hunny.

Kepada hantu2 tidak bernama kat atas ni, kalau tak boleh buat kebaikan, jangan halang org lain untuk buat kebaikan. Nanti daripada baik2 jadi hantu (anonymous) akan jadi syaitan pulak.

he he he.

kalau betul anak jantan, guna la nama sendiri. Baru dipanggil kita bertanggungjawab terhadap komen sendiri. bukan berselindung sebagai hantu anonymous.

he he he...

Anonymous said...

nobody is perfect laa... not even you!!

Shahabudeen Jalil said...

wahai hantu Anonymous,

sebab itu la kita kena saling menasihati..

adus, ini basic concept la wahai hantu. hahahaha..

masih tak ada keberanian untuk muncul ke ? hahahaha..

Anonymous said...

manusia2....dlm site mcm nie pun nak buat kacau,komen sana sini.aku harapakan ustaz dapat teruskan site nie seperti biasa.nak harapakan mereka2 yg kononnye baguslah,tapi entah ape pun tak de.hari tu komen kate ustaz amin nie suka sangat ziarah kubor,ape masalah kat situ?.

Shahabudeen Jalil said...

he he he.. tgk hasilnya.. kebelakangan ni takde ziarah kubur sgt dah.. huhuhuhuhu...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...