Thursday, December 24, 2009

al-Ijabah 41 – Perancangan Rumah HIV Darul Ukhwah 2010

Rabu 23 Disember 09, jam 8.00 malam, saya menziarahi salah seorang tuan guru saya, Prof.Dr Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di rumah beliau di Subang.

Agak lama tidak bertemu dengan beliau sejak hampir dua bulan lalu. Bertemu dengan ahli akademi begini, lebih banyak membincangkan mengenai perjalanan dunia ilmu.

Beliau menceritakan program yang dibuat antara UM dan pusat pengajian di Mesir dan Qatar.

Saya sempat mencelah mengenai perkembangan penulisan Phd yang sedang diusahakan di bawah penyeliaan beliau. Semoga Allah terus membantu usaha ini.

Jam 9.30 malam, saya bergegas diri Subang terus ke Shah Alam kerana ada satu mesyuarat yang melibatkan perjalanan rumah HIV Darul Ukhwah.

Hadir di dalam mesyuarat ini ialah penasihat Undang-Undang MAIS, Nurhani Salwa sebagai pemerhati.

Untuk tahun 2010, kami semua bercadang untuk meluaskan lagi program kemasyarakatan Darul Ukhwah.

Ini kerana, ada di kalangan penghuni rumah yang sudah agak sihat dan boleh diaturkan untuk berkerja.

Dalam seminggu ini, saya bersama beberapa sahabat ada menemui beberapa syarikat, membincangkan mengenai kerjaya yang boleh diberikan kepada pesakit kita yang telah sihat. Biar mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa dan tidak terasa disisihkan.

Satu cabaran yang agak besar bagi pesakit HIV ini ialah, mereka dianggap asing oleh masyarakat. Masih kurang lagi program-program kesedaran yang dibuat di institusi pengajian mengenai HIV ini lebih-lebih lagi kesedaran agar tidak meminggirkan golongan ini.

Mereka juga manusia seperti kita yang memerlukan keperluan rohani, kasih sayang, dihargai, dan dihormati.

Memang kita tidak menafikan bahawa, ada di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang yang buruk sebelum ini, tetapi alangkah baiknya jika mereka dapat dibentuk untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Sesungguhnya, Allah tidak melihat di mana kita bermula, Allah melihat di mana hujung kita. Jika hujung mereka lebih bertaqwa, mereka lebih mulia dari orang yang hujungnya penuh dengan penyakit hati dan mazmumah.

Semoga, siapa pun kita, biarlah penghujung kita di dalam husnul khatimah, amin…

“Mengharap Kepulangan Yang diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

24 Disember 09 jam 2.45 pagi

IMG_3220

Mesyuarat di adakan di seksyen 9 Shah Alam

IMG_3221

Ia membincangkan perjalanan Darul Ukhwah tahun 2010

IMG_3222

Semoga terus mendapat sokongan dari semua dan bantuan dari Ilahi, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...