“Yeeh.. cuti,”
Ada di antara kita yang memandang Maal Hijrah begitu.
“Ahhh, kena kerja…”
Ada di antara kita pula yang mengeluh di pagi Maal Hijrah
“Yahoo, tidur…”
Ada juga yang tidak ada perancangan masa cuti Maal Hijrah ini.
“Baaaaalikkk kampong”
Ada juga yang demikian…
Walauapa pun keadaan kita, ia tidak mengapa selagi segala perancangan bertepatan dengan syarak.
Tapi, berbeza dengan perkataan para sahabat 1431 tahun yang silam.
Pagi ini, keluarga Amar bin Yasir sedang dikebumikan kerana dibunuh oleh kafir laknatullah.
Pagi ini, ada yang sedang dirampas bekalan makanan mereka ditengah jalan untuk berhijrah.
Pagi ini, ada yang sedang merentasi padang pasir sejauh 400 km dari Mekah ke Madinah dalam keadaan lapar.
Apapun keadaan mereka, di dalam dada mereka telah ditanamkan lapan perkara oleh Nabi saw.
1. Peningkatan kecintaan kepada Allah
2. Peningkatan kecintaan kepada Rasullullah
3. Peningkatan kecintaan kepada Agama
4. Peningkatan kecintaan kepada Muslimin
5. Peningkatan kecintaan kepada ilmu
6. Peningkatan kecintaan kepada iman
7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak
8. Peningkatan kecintaan kepada Amar Makruf Nahi Mungkar
Kelapan perkara ini yang menjadikan mereka begitu luar biasa mengharungi padang pasir dengan keadaan lapar.
Lapan perkara ini yang menjadikan mereka begitu gagah disakiti dan dihina oleh masyarakat setempat.
Dan lapan perkara ini yang menjadikan mereka yang pernah diibaratkan seperti belalang padang pasir menjadi singa-singa hebat.
15 tahun selepas hijrah, kuasa besar Parsi telah jatuh ke tangan Muslimin
16 tahun selepas hijrah, istana putih di Mesir jatuh ke tangan Muslimin
17 tahun selepas hijrah, satu persatu kota Rom timur jatuh ke tangan Muslim
20 tahun seleps hijrah, mereka telah mula bertebaran ke muka bumi membawa risalah agung “lailaha illallah”
40 tahun selepas hijrah, Islam telah sampai ke Barus Indonesia dan Guangzhou China, satu perjalana jauh merentasi badai dengan satu tujuan, menyampaikan risalah tauhid kepada manusia.
Hari ini, manusia menjadi lemah dan tidak berdaya, kerana umur mereka meningkat, tetapi ilmu dan keimanan mereka masih ditahap lama.
Umur meningkat, tapi ilmu agama dan iman masih ditahap tadika dan sekolah rendah, sembahyang tidak ditingkatkan, akhlak tidak diperbaiki, ilmu tidak ditambah, iman tidak dijaga, orang susah tidak dibela, anak yatim dibiarkan, orang sakit tidak dihiraukan.
Sebab itu, saban tahun menyambut Maal Hijrah, saban tahun juga kita mendengar perkataan:-
“Yee, cuti..
“Aaaah, kena kerja..”
“Yahoo, tidur…”
“Baaaaalikkk kampong”
Dan lebih parah, “Yee, cuti..” diisi dengan pertemuan dengan boy friend dan girl friend yang akhirnya berpegang tangan, bergurau senda, berdua-duaan dan maksiat yang lain.
“Aaaah, kena kerja..” dipenuhi dengan hati yang mendongkol sedangkan sebelum ini telah banyak waktu kerja yang sebenarnya ponteng, curi tulang dan rehat lebih dari masa rehat sebenarnya.
‘Yahoo, tidur” telajak hingga solat subuh pun lewat, zuhur tertinggal, asar baru bangun.
“baaaalikkk kampong” diputuskan setelah betengkar dengan suami dengan kata “kali ini balik kampong saya, asyik abang aje betul”..
Bagaimana kita memandang Maal Hijrah sebenarnya mencerminkan, bagaimana keadaan diri kita. Jika kita memandangnya dengan dunia, maka dunialah yang akan kita dahulukan.
Tetapi, jika kita memandangkan dengan keadaan untuk terus memperbaiki diri sebagai persediaan bertemu Allah, maka kita akan menanamkan lapan perkara yang telah ditanamkan oleh para sahabat ke dalam diri mereka.
Akhirnya, mereka menjadi orang-orang yang luar biasa hebatnya.
“Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga Allah memelihara saya dan pembaca sekalian dan terus kita dibimbing untuk mengabdikan diri kepadaNya.
“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Selepas Kuliah Subuh Di Baitul Rahman Putra Heights
18 Disember 09 jam 8.00 pagi.
Petang akhir Zulhijjah 1430 diakhiri dengan berdoa memohon agar diampun dosa yang lepas bersama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di Subang Jaya
Majlis dimulakan dengan Asmaul Husna
Bersama berbuka bagi yang berpuasa sunat khamis
Antara Jemaah sekitar Subang Jaya yang hadir
Selepas solat Maghrib, doa awal tahun memohon Allah membimbing kita ke arah kebaikan, biasanya, saya akan membawa para jemaah membaca Selawat dan kitab sirah Dibaie di dalam bahasa Melayu
Selepas Isyak, jamuan bersama anak yatim dan hafiz al-Ijabah
Bahagian muslimah
5 comments:
salam ustaz...bagaimana seorang pelajar mahu berhijrah dari yang baik kepada yang terbaik..
Salam Ustaz,
Salam Maal Hijrah 1431. Terasa pulak lepas membaca entry ini, sebab poyo nak balik kampung lepas habis program di Ijabah. Apapun, entry ini saya sangat terkesan dengan entry ini, kerana ianya menyebabkan saya berfikir panjang, agak2 dapat tak saya perolehi 8 jenis cinta tu?... Mudah2an Allah terus bimbing saya.. Amin..
sambut maal hijrah dengan mop dan lantai
xpe
pengorbanan penting
;)
Sangat menginsafkan melihat kita yang macam tak menghargai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat!!! Salam Maal Hijrah ustaz!
terima kasih semua, salam Maal Hijrah dan salam perjuangan
Post a Comment